{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Urutan batu cakra

Posted: 23 Sep 2013 11:14 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF
Spa SPA TIRTA OLEH CEMARA AYU, TINGKAT 4, HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR (03-40494400)

Selesai langkah-langkah tadi, tujuh biji batu cakra yang berbeza warna disusun pada tujuh poin tubuh dan dibiarkan beberapa ketika.

BAIK lelaki atau wanita sebaiknya mendapatkan perkhidmatan mengurut badan sekerap mungkin. Jika dapat melakukannya seminggu sekali sudah cukup bagus tetapi kalau tidak berkesempatan, sebulan sekali pun sudah memadai.

Urutan badan elok bagi melancarkan perjalanan darah, menghilangkan sakit-sakit sendi dan membuang angin dalam badan.

Bagaimanapun kesukaran mendapatkan tukang urut yang berkebolehan atau bertauliah amat sukar pada masa kini. Ini yang menjadikan salah satu sebab mengapa ramai yang mendapatkan perkhidmatan tersebut di spa-spa.

Bagi anda yang tercari-cari spa untuk mendapatkan rawatan urutan badan, Spa Tirta oleh Cemara Ayu menyediakan promosi Urutan Kristal Healing Cakra Balancing Stone bagi bulan September ini hingga bulan November nanti.

Pengasas dan Pengarah Urusan Spa Tirta oleh Cemara Ayu, Ayu Mudiasih berkata, urutan ini menggunakan kristal dan batu cakra.

Menurutnya, pada tubuh manusia terdapat tujuh poin penting, iaitu ubun-ubun, tengah kening, tekak, jantung, atas perut, dalam perut dan rahim.

Kata Ayu Mudiasih, jika salah satu daripada poin tersebut tersekat atau terganggu, boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik antaranya kanser.

"Oleh itu sebagai langkah pencegahan, kita harus berusaha melakukan sesuatu seperti urutan ini. Sebenarnya semua rawatan yang disediakan oleh spa adalah bagi menghindari daripada penyakit kronik.

"Urutan Kristal Healing Cakra Balancing Stone membantu mengimbangkan sistem cakra dan melancarkan perjalanan darah supaya mengalir normal,'' ujar Ayu Mudiasih yang ditemui di Spa Tirta baru-baru ini.

Beliau menambah, tujuh jenis batu cakra ini terdiri daripada tujuh warna, iaitu magenta, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan putih.

Sementara kristal pula adalah elemen yang dapat memberi tenaga positif pada tubuh.

Tambah beliau, rawatan dimulakan dengan membasuh kaki pelanggan menggunakan tujuh biji batu cakra. Selepas itu, tubuh diurut dengan menggunakan minyak urut yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggan sambil menggosokkan perlahan kristal.

Selesai langkah di atas, tujuh biji batu cakra yang berbeza warna tadi disusun pada tujuh poin tubuh dan dibiarkan beberapa ketika.

"Rawatan cakra yang berasal daripada India dan dipermodenkan dengan kristal yang mengambil masa selama dua jam ini disarankan untuk semua sama ada yang sihat atau yang sakit.

"Rawatan ini jika dilakukan secara berkala boleh menjadikan badan semakin sihat, metabolisma seimbang, lancar pembuangan dan jarang sakit yang teruk-teruk,'' ujar Ayu Mudiasih lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat