Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT MULA-MULA masa Miss J ternampak sahaja gambar merah menyala itu memang Miss J dah pelik. Ada juga orang tak berapa nak cerdik sanggup percaya bila kononnya itu adalah baju dalam pelakon Rozita Che Wan. Seingat Miss J gambar ini bukan gambar baru tetapi hanya minggu lalu sahaja baru kecoh cerita tentang pemilik akaun Facebook yang mahu menjual baju dalam yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta kita itu. Agak-agak la kalau nak menjual barang pun. Kalau sampai baju dalam pelakon popular pun mereka kata nak jual, nampak sangat penipunya. Miss J baca status Facebook Awek Comel tu - 'nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir'. Tak mungkin la Che Ta itu nak tanggal baju dalam dan tinggal merata-rata. Kalau betul sekalipun itu baju dalam Che Ta dah sah-sah kru yang jumpa itu ambil bawa balik rumah. Memang cerita karut. Miss J pun tak faham kenapa Che Ta selalu sangat jadi mangsa cerita-cerita keji macam ini. Dulu cerita gambar bogel tersebar, orang pun percaya bulat-bulat. Sekarang dah cerita baju dalam pula jadi perhatian. Kasihan Che Ta, lagi kasihan pada Zain Saidin terpaksa telan cerita-cerita macam ini. |
Rupa-rupanya Tasha - Mahali hanya 'kawan' Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY HUBUNGAN pelakon Tasha Shilla dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali Jasuli, diperagakan di depan khalayak. Kelibat mereka berkepit macam belangkas ke sana dan ke sini bukanlah suatu yang mengejutkan. Kerana menjadi belangkas itulah yang membuatkan orang menganggap mereka sedang bercinta. Tapi jangan terkejut kerana istilah 'berkawan' kepada artis-artis kita bukan seperti orang biasa. Bagi mereka macam belangkas pun 'berkawan', kalau 'bercinta' bayangkanlah. Masyarakat bukan buta dan mereka nampak Tasha kerap menemani Mahali ke stadium. Sebab itu banyak yang anggap mereka sedang bercinta. Tetapi apabila ditanya, Tasha menafikan perkara itu sambil memberitahu, Mahali tidak lebih sekadar kawan baik. Nampaknya masyarakat kita masih kolot tidak dapat membezakan antara 'berkasih' dan 'berkawan'. "Tak habis-habis orang bertanya pasal hubungan saya dan Mahali. Kami ini cuma kawan baik. Iya, memang benar saya selalu menemani dia di stadium. Salahkah saya datang menyokong dia?" soalnya. Dia mengaku rimas dengan desakan peminat supaya dia mengaku sahaja status hubungannya dengan Mahali. Tetapi kata Tasha, dia tidak perlu mengikut kata orang. Baginya, setakat ini dia tahu status sebenar antara dia dan Mahali dan itulah yang diberitahu kepada umum. "Tiada apa yang nak disorok. Berulang kali dah saya katakan, kami tak bercinta. Memanglah kami rapat tapi nama pun kawan. "Macam mana nak beritahu, saya memang tak bercinta dengan dia pun," katanya tegas. Tasha yang kini sibuk dengan penggambaran drama untuk sebuah stesen televisyen juga mengaku bahawa dia sedar banyak pihak menuding jari padanya apabila Mahali tidak lagi mampu mengekalkan prestasi di padang. Merasakan hal itu tak sepatutnya berlaku, kata Tasha, dia berharap agar masyarakat tidak menyalahkan dirinya apabila menyentuh isu itu. "Kenapa bila prestasi Mahali merosot orang tuduh sebab dia berkawan dengan sayalah. Kalau prestasi dia baik dan cemerlang, tak ada pula orang nak kaitkannya dengan saya? Yang buruk, yang tak elok orang tuduh sayalah? "Bagi saya, mungkin keadaan itu berlaku disebabkan kecederaan yang dialami. "Kalau tak puas hati juga, cuba pergi tanya dengan jurulatih dia, Rajagobal. Dengar apa jawapan dia dan jangan tanya saya," katanya. Dalam pada itu, menurut Tasha, dia juga tahu bahawa dia pernah menyatakan kesediaannya untuk berkahwin. Mengulas mengenai hal itu kata Tasha, dia bagaimanapun tidak dapat meletakkan tarikh atau sasaran untuk itu. "Jodoh itu kan ketentuan Tuhan. Sebelum ini saya memang pernah cakap yang saya dah bersedia nak kahwin. "Tapi dengan siapa, saya pun tak tahu. Itu rahsia Dia. Saya serahkan saja pada Tuhan. Cakap lebih-lebih pun tak ada gunanya," katanya ringkas. Mengulas lanjut kata Tasha, dia juga tidak meletakkan spesifikasi dalam menjalin hubungan dengan lelaki. "Saya masih muda. Saya berkawan saja dengan semua orang. Apa yang saya boleh katakan setakat ini, saya tak ada teman yang benar-benar istimewa. Apa pun, doakan saya untuk mendapat yang terbaik," demikianlah kata-kata klise yang selalu kita dengar dan Tasha bercakap perkara yang serupa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |