Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 05 Sep 2013 09:40 PM PDT Oleh GARRET DAWUM KEMESRAAN Johan dan Shila bukan penguat kisah cinta mereka. GAMBAR mesra pelakon, Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah yang dimuat naik oleh Shila di laman sosial menyebabkan ramai membuat andaian bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta. Wow, mungkin boleh dikatakan ya memandangkan Johan dan Shila kini bukan milik siapa-siapa. Tetapi, percintaan mereka tidak boleh hanya diungkapkan melalui gambar. Mungkin gambar itu hanya sebagai cebisan bukti yang mereka sedang dilamun cinta. Nasib Hits sungguh baik apabila bertandang ke rumah terbuka Wirefame Entertainment Sdn. Bhd., milik Zizan Razak di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Kemeriahan sambutan Syawal itu memang terasa. Hits berusaha mencari Johan untuk 'membongkar' gosip sehangat api itu. Sungguh bertuah! Selepas sejam berada di situ, Johan yang dilihat khusyuk melayan tetamu didatangi oleh 'kekasih hati', Shila Amzah. Mungkin kedatangan Shila menguatkan lagi bukti mereka sedang bercinta. Tetapi masing-masing, baik Johan mahupun Shila sudahpun menafikan mereka sedang bercinta. Sebenarnya mereka ini pasangan serasi. Jadi, jurugambar terus memotret gambar mereka berdua. Tanpa berlengah, Hits terus mendapatkan Johan untuk penjelasan lanjut mengenai sejauh manakah cinta mereka. Pelakon yang popular dengan panggilan Botak ini memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah hanyalah sekadar kawan tetapi mendapat restu daripada keluarganya. Malah mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya. "Ibu dan ayah pernah bertanya kepada saya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. "Mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung," katanya. Ulas Johan, orang tuanya memang nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri Shila malah ke mana sahaja Shila sentiasa bersama orang tuanya. "Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apa pun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja," ujar Johan lagi. Tidak letak sebagai calon Mengulas lanjut, Johan memberitahu, dia tidak meletakkan Shila sebagai calon jodohnya, namun tidak menolak dengan siapa sahaja jodoh yang datang kepada dirinya. "Siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa. "Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia. "Dan saya tidak akan terkejut jika Shila disunting oleh anak raja sekalipun," ungkap Johan. Kata Johan, apa yang datang pada dirinya, dia akan jaga dengan elok. "Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini," katanya sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya. Berpegang teguh kepada ajaran agama, Johan berkata, dalam Islam jika hendak mencari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, keturunan yang baik, harta dan juga agama. "Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut," ujarnya. Akan bertunang Timbul lagi gosip mengatakan bahawa Johan akan bertunang pada penghujung tahun ini, tetapi sejauh mana kebenaran itu. Rungkai Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasratnya untuk bertunang pada Disember ini. "Usia saya semakin meningkat. Jadi saya fikir memang patut untuk saya berkahwin dalam usia 27 tahun ini. "Tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri pun tidak tahu. "Saya masih samar-samar lagi berkenaan siapa wanita yang menjadi bakal tunang saya. Dia (bakal tunang) masih tiada lagi," katanya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 3 Disember ini. Tambah pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia hanyalah sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun itu. Ketika ditanya mengenai Shila yang dikatakan perampas, Johan menjelaskan supaya semua orang tidak menyalahkan Shila. "Shila bukan perampas walaupun saya akui dia wanita yang mempunyai semuanya. "Saya juga punyai seorang kawan yang hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelasnya yang ingin fokus kepada kerjaya. |
Posted: 05 Sep 2013 09:40 PM PDT Oleh ABD. AZIZ ITAR SELEPAS 35 tahun berlakon dan berlawak, Ahmad Busu kini akur dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk terus aktif. NAMA Ahmad Busu tersenarai sebagai salah seorang pelakon dan pelawak dalam dunia hiburan tanah air sejak era tahun 1970-an hingga kini. Sungguhpun telah berkecimpung dalam bidang seni sejak 1978 sehingga kini, tetapi dia sebenarnya bukan menghambakan diri sepenuh masa dalam bidang itu. Ini kerana, sepanjang 35 tahun menjadi anak seni, Ahmad tidak meninggalkan kerjaya tetapnya sebagai kerani di Lembaga Pelabuhan Klang. Dia berlakon secara sambilan sahaja. Namun, itu tidak menghalang dia mencipta populariti yang agak lama dalam bidang yang penuh dengan glamor itu. Menurut pelawak dan pelakon berusia 60 tahun ini, dia terbabit dalam bidang seni selepas dipelawa oleh dua kawannya yang mahu mementaskan teater di Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1970-an dan ia berlaku tanpa dirancang. "Ketika itu saya tinggal di Pelabuhan Klang, Selangor yang mana seorang guru bernama Cikgu Talib yang kini sudah meninggal dunia. Dia dan seorang lagi kawannya iaitu Syed Zamzam mahu membuat kelas tarian dan mementaskan teater yang bertajuk Tuan Hakim. "Mereka mengajak saya berlakon dalam teater itu yang mana ia adalah teater pertama lakonan saya. Teater itu dipentaskan bersama kumpulan Angkatan Seni Tanah Air atau Asnita. Itulah permulaan saya sebagai pelakon," kata Ahmad kepada Hits semasa ditemui baru-baru ini. Jelas bapa kepada empat orang anak dan seorang cucu ini, dia membabitkan diri dalam bidang lakonan bagi mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah. Selain itu, pada masa sama Ahmad juga mahu mengelakkan dirinya daripada bercampur gaul dengan rakan-rakan sebayanya yang ramai menagih dadah ketika itu. Katanya, ketika itu di Pelabuhan Klang ramai kawan-kawannya terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan salah satu caranya ialah dengan menjauhkan diri daripada mereka. Bidang lakonan adalah salah satu cara yang ada ketika itu bagi menyelamatkan Ahmad daripada dipengaruhi gejala yang negatif tersebut. "Selain itu, saya juga selalu berulang-alik dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur bersama kawan baik saya iaitu pelakon Khairul Azhar. Kami selalu mencari peluang berlakon terutama dalam pementasan teater dan bercampur gaul dengan para penggiatnya di Kuala Lumpur. Mereka sangat aktif ketika itu. "Pada masa itu, modal saya cuma RM5 sahaja. Dengan duit itulah saya gunakan sebagai tambang bas pergi balik dan makan roti canai dan teh tarik. Saya bersyukur kerana terselamat daripada pengaruh dadah dan pada masa sama dapat pula mencipta nama sebagai pelakon," ujarnya penuh bangga. Sejak 1978 sehingga kini, Ahmad Busu banyak berlakon teater, siri komedi, drama, telemovie dan filem cereka yang mana kebanyakan watak yang diberikan kepadanya lebih menjurus kepada watak-watak komedi sehingga dia lebih dikenali sebagai pelawak dalam bidang tersebut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |