Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Op Cantas: 7 ditahan, 3 senjata api, peluru dirampas Posted: 12 Sep 2013 09:02 PM PDT ALOR SETAR 13 Sept. - Polis Kedah menahan tujuh lelaki dan merampas tiga senjata api termasuk 12 butir peluru dalam dua operasi berasingan sempena Op Cantas Khas pada Isnin dan Khamis lalu. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tangkapan pertama melibatkan lima lelaki dipercayai terlibat dalam satu kes rompakan senjata api di Pokok Sena pada 4 September dan kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar Kepala Batas dan Jitra. Dalam satu sidang media di sini, Ahmad berkata, polis turut merampas sepucuk pistol dan 12 butir peluru dipercayai digunakan dalam rompakan tersebut. Sementara dalam operasi kedua semalam, polis menahan dua lelaki kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri di Sik. Tambah Ahmad, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE |
Lelaki ugut bunuh Ketua Polis Negara serah diri Posted: 12 Sep 2013 08:41 PM PDT Oleh AZRAI MOHAMMAD KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam. Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini. Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?") Kenyataan itu dipercayai dipaparkan susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam. Berikutan itu, satu laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 9.35 malam tadi bagi membolehkan siasatan dilakukan pasukan itu. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |