{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Remaja melecur, cedera parah

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

BEGINILAH keadaan bot yang terbakar di jeti Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Tiga beranak nyaris maut selepas bot dinaiki untuk menyertai aktiviti menyelam di Pulau Kapas sempena cuti Hari Malaysia terbakar di jeti Kampung Losong Panglima Perang di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini, seorang daripada mangsa, Haikal Amsyar Harif Fadhilah, 16, cedera parah manakala bapanya, Harif Fadhilah, 54, dan abangnya, Hazman, 18, terselamat.

Haikal Amsyar yang melecur di kaki, tangan dan muka kini diberi rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kejadian itu berlaku sewaktu tiga sekeluarga itu sedang bersiap-siap ke Pulau Kapas untuk aktiviti berkenaan dengan meminjam bot milik seorang rakan.

Harif Fadhilah berkata, bot itu terbakar secara tiba-tiba sebaik sahaja dia cuba menghidupkan enjin sebelum ke pulau berkenaan.

"Sejurus naik ke dalam bot, kami mengisi minyak sebelum saya hidupkan enjin tetapi tiba-tiba api terus menyambar kami," katanya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.

Berikutan itu, jelasnya, mereka terjun ke dalam sungai dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja tiba di tebing, dia menyedari anaknya, Haikal Amsyar mengalami kecederaan dengan melecur di tangan, kaki dan muka.

"Haikal Amsyar kemudian diberi bantuan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut kerana kecederaannya agak serius," ujarnya yang sebelum ini sering menggunakan bot rakannya itu.

Menurut Harif Fadhilah, dia mengesyaki kebakaran itu berlaku disebabkan tumpahan minyak di sekitar enjin bot ketika mereka mengisi minyak sebelum disambar api sewaktu cuba menghidupkan enjin.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Rozairi Abdul Rahim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati sebuah bot sepanjang tujuh meter sedang terbakar dan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang ramai," katanya sambil menambah, jumlah kerugian dan punca kejadian sedang disiasat.

Lelaki maut sewaktu dikejar polis

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

ANGGOTA polis membawa pengusung untuk mengangkat mayat seorang lelaki yang dipercayai mati mengejut selepas rebah kepenatan ketika melarikan diri dari polis di Lorong Perak, Jalan Putra, Alor Setar, Kedah, semalam

ALOR SETAR 16 Sept. - Seorang lelaki menemui ajal selepas rebah kepenatan ketika melarikan diri daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mengejarnya di Lorong Perak, Jalan Putra, di sini hari ini.

Kejadian berlaku semasa lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash melalui lokasi itu dan ditahan anggota berkenaan yang sedang melakukan rondaan pukul 11.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, lelaki itu bagaimanapun bertindak memecut sehingga ke Lorong Perak 4, Jalan Putra sebelum meninggalkan motosikalnya di situ dan melarikan diri.

"Polis yang mengejarnya berjaya menahan lelaki itu dan ketika ditahan, dalam keadaan kepenatan lalu jatuh pengsan. Ambulans yang datang tidak lama kemudian mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan beg galas miliknya, polis menjumpai satu bungkusan kecil dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.88 gram dan satu alat penimbang kecil.

"Bedah siasat akan dijalankan pagi esok bagi menentukan punca kematian lelaki ini," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat