Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
PPDNKK gagalkan cubaan seludup petrol RM10,000 Posted: 24 Sep 2013 11:33 PM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH TANAH MERAH 25 Sept. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Tanah Merah dengan kerjasama Unit Pengcegah Penyeludupan (UPP) Bukit Bunga berjaya mengagalkan cubaan menyeludup minyak petrol dianggarkan bernilai RM10,000 di sebuah Stesen Minyak di Felda Kemahang 1, di sini pada pagi kelmarin. Ketua Pegawai Penguatkuasan Daerah, Mazni Abd. Rasid berkata, dalam operasi kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pihaknya berjaya menahan dua buah kereta jenis Kenari dan Wira milik penyeludup yang ketika itu sedang leka mengisi petrol. Menurutnya, bagaimanapun pemilik kereta berkenaan yang berusia 20-an itu berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa. "Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua buah kereta berkenaan, pihak kami menemui sebanyak 431 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. "Pihak kami turut menemui beberapa tong termasuk sebuah tangki ubah suai yang dipercayai mampu mengisi 500 liter minyak petrol," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
2 ditahan bawa masuk barang berkaitan Chin Peng Posted: 24 Sep 2013 09:57 PM PDT Oleh AZHARI ZAINODDIN dan MALINDA ABDUL MALIK PULAU PINANG 25 Sept. - Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam tadi. Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam. Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'. "Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu. "Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi. Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012. "Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa balik barang tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |