Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Penjenayah larikan mesin ATM, ikat pengawal keselamatan Posted: 27 Sep 2013 11:22 PM PDT JEMPOL 28 Sept. - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad dengan mengikat seorang pengawal keselamatan yang dipercayai baru tiga hari bekerja sebelum melarikan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bahau awal pagi tadi. Kejadian itu disedari seorang pekerja di pasar raya berkenaan yang datang bertugas sekitar pukul 6 pagi tadi, yang terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan berkenaan terduduk dan diikat pada bahagian mulut, mata, tangan serta kakinya. Difahamkan mesin ATM berkenaan mengandungi wang tunai sebanyak RM360,000 yang dipercayai baru dimasukkan semalam bagi urus niaga kemudahan pengguna. Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta berusaha mengesan jumlah suspek yang terlibat, selain jenis kenderaan yang digunakan untuk melarikan sebuah mesin ATM di pasar raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT K. Ahnand maut selepas ditembak dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 27 Sept. - Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.25 malam itu, mangsa, K. Ahnand, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena empat das tembakan di badan. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui di dalam kereta jenis Proton Perdana. "Motif mangsa ditembak mati masih disiasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat tentang insiden itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, sumber memberitahu, mangsa dipercayai terkena empat das tembakan berdasarkan kesan luka dan kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian. Katanya, terdapat dua kelongsong peluru jenis 9 milimeter (mm) dan masing-masing satu jenis Thai Arms dan WCC ditemui. Difahamkan, kereta Proton Persona dipandu mangsa didaftarkan atas mana seorang lelaki India berusia 30 tahun dari Butterworth, Pulau Pinang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |