{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Ceroboh rumah, geledah makanan

Posted: 10 Sep 2013 11:04 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MONYET liar yang kerap mengganggu penduduk memanjat bumbung sebuah rumah di Lorong Haji Othman, Jalan Junid, Muar, semalam.

MUAR 10 Sept. - Jika sebelum ini kawasan kampung sering menjadi sasaran monyet liar yang mengganggu ketenteraman penduduk, namun agak pelik apabila masalah itu turut menghantui kira-kira 30 penduduk di Lorong Haji Othman, Jalan Junid, di bandar ini.

Penduduk mendakwa gangguan tersebut telah berlarutan lebih 50 tahun lalu dan semakin serius sejak kebelakangan ini selepas kumpulan monyet liar itu 'menyerang' rumah mereka tanpa mengira waktu.

Penduduk, Abd. Rahman Osman, 69, berkata, kehadiran monyet ke kawasan itu semakin banyak selepas hutan berdekatan yang dipercayai menjadi habitat binatang tersebut diteroka.

Menurutnya, sejak itu kumpulan monyet berkenaan sering berkeliaran dan memanjat bumbung rumah, selain turut melakukan kerosakan kediaman mereka.

"Binatang ini datang dalam jumlah yang banyak melebihi 20 ekor membuatkan penduduk terutama kanak-kanak takut kerana terdapat antara monyet itu agak agresif.

"Jika ada tingkap atau pintu yang terbuka, pasti monyet-monyet ini akan menceroboh dan menggeledah makanan di atas meja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abd. Rahman memberitahu, kumpulan monyet itu kerap datang ke rumah penduduk pada waktu pagi dan petang terutamanya apabila terbau masakan.

Menurutnya, kumpulan monyet tersebut yang kelaparan turut menyelongkar tong sampah berhampiran jika tidak dapat masuk ke dalam rumah penduduk.

"Saya pernah cedera ringan pada tangan kerana diserang seekor monyet yang menyangka saya mahu ambil anaknya yang baru dilahirkan," katanya.

Sehubungan itu, dia sering menasihati dua cucunya yang berusia tiga dan lima tahun supaya tidak berada di luar rumah jika terdapat kumpulan monyet berhampiran kawasan rumah.

"Penduduk sudah buntu untuk mengatasi masalah tersebut dan pernah membuat aduan kepada jabatan berkaitan untuk tindakan selanjutnya, tetapi masalah itu tetap berlaku," katanya.

58,335 calon duduki UPSR di Johor

Posted: 10 Sep 2013 11:04 AM PDT

MURID-MURID tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda mengaminkan doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan pada hari pertama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 10 Sept. - Sebanyak 58,335 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 906 buah sekolah kerajaan dan swasta di negeri ini bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Nor A Ghani berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 37,854 merupakan calon Sekolah Kebangsaan (SK), 17,424 calon Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) manakala 2,454 adalah calon Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 603 adalah calon sekolah swasta.

"Jumlah calon UPSR tahun ini kurang sedikit berbanding keseluruhan 64,973 calon pada tahun lalu melibatkan 967 buah pusat peperiksaan.

"Sebanyak 5,852 petugas iaitu terdiri daripada 70 Penyelia Kawasan, 960 Ketua Pengawas, 960 Timbalan Ketua Pengawas, 2,802 pengawas peperiksaan dan 960 Pengemas Bilik akan mengendalikan peperiksaan selama tiga hari ini," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan kepada calon semasa peperiksaan, pihak jabatan melantik 21 Ketua Pengawas yang akan bertugas di 21 buah hospital kerajaan dan swasta jika tenaga mereka diperlukan untuk mengendalikan peperiksaan di hospital.

Tambahnya, bagi calon yang terdiri daripada golongan istimewa seperti buta, rabun, pekak, bisu, terencat akal dan sebagainya, mereka menerima pelbagai kemudahan semasa menduduki peperiksaan berkenaan seperti tambahan masa, soalan braille, kertas soalan cetakan besar, soalan moderasi (calon pekak), menggunakan komputer, pemindah tulis dan bilik berasingan.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan juga telah mengambil langkah rapi bagi menghadapi kes-kes di luar jangka semasa peperiksaan seperti banjir, wabak dan sebagainya dengan mengadakan bilik khas dan prosedur yang tersusun.

"Kita juga telah membuat persediaan untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku dengan mengeluarkan surat dan pekeliling bil 1/2001 (Operasi Payung) kepada semua guru besar dan Pejabat Pendidikan Daerah.

"Pihak jabatan juga mendapat kerjasama rapat daripada badan kerajaan yang terlibat secara langsung seperti Jawatankuasa Banjir Tempatan, Jabatan Keselamatan negeri, polis serta bomba dan penyelamat," katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Noorsihah Derwish berkata, sebanyak 150 calon sekolah tersebut menduduki UPSR tahun ini berbanding 163 orang tahun lalu.

"Pada UPSR tahun lalu, sebanyak 32 calon berjaya memperoleh 5A dan tahun ini kami sasarkan sebanyak 50 orang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat