Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT Oleh FARIK SALLEH Ismail Mohamed (tiga dari kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan Program Mini Agro Johor 2013 Daerah Kota Tinggi dan Karnival Hari Malaysia 2013 di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, kelmarin. KOTA TINGGI 16 Sept. - Selain menjadi pengeluar utama makanan negara, Johor juga berpotensi menjadi pemain utama dalam sektor pertanian bukan makanan yang meliputi agropelancongan, bunga dan ikan hiasan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamed berkata, banyak faktor yang membantu pencapaian itu namun yang pentingnya ialah usaha meningkatkan lagi pencapaian tersebut pada masa akan datang. "Seterusnya ialah menjamin semua yang terlibat mendapat keuntungan dan menjadikan bidang pertanian satu prospek pekerjaan yang menarik bagi disertai pelbagai pihak termasuk generasi muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mini Agro Johor 2013 Daerah Kota Tinggi dan Karnival Hari Malaysia 2013 di Tanjung Balau di sini kelmarin. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mansor; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri merangkap Pengerusi Mini Agro Johor 2013, Dr. Kamarudin Md. Isa dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Shammodin Abd. Halim. Lebih 7,000 orang dijangka memeriahkan program dua hari tersebut yang bermula semalam dan merupakan penganjuran buat kali kedua selepas acara sulung diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang pada 5 hingga 8 September lalu yang melibatkan lebih 60 gerai jualan dan pameran. Program anjuran bersama Jabatan Veterinar negeri itu dipenuhi dengan pelbagai program menarik termasuk kongres veterinar saintifik, mini zoo, persembahan artis dan kebudayaan, sukan pantai dan sukaneka serta akan diteruskan di Mersing pada 25 hingga 27 Oktober, Pontian pada 1 hingga 3 November dan seterusnya di Muar pada 8 hingga 10 November. Menurut Ismail, penganjuran Mini Agro Johor bertujuan memberi nafas baru serta peluang kepada usahawan kecil untuk mempromosikan hasil produk mereka selain membolehkan pengunjung mengetahui perkembangan semasa dan teknologi terkini dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. |
Elak jadi alat pembangkang pecah-belahkan UMNO Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT MUAR 16 Sept. - Mereka yang bakal bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO Bahagian Bakri Oktober ini diingatkan tidak menjadi alat pembangkang bagi memecahbelahkan parti dari dalam. Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Shuib berkata, Barisan Nasional (BN) kini menguasai hanya satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bakri dan pihak terbabit perlu sedar tentang gerakan yang terus dijalankan oleh pembangkang bagi melemahkan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Saya minta orang Melayu bersatu, kuasa di Bakri hanya tinggal satu iaitu di kerusi DUN Bukit Naning, kalau menjadi ketua cawangan atau bahagian tetapi kuasa tiada, apa yang kita boleh buat," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning dan Pengerusi BN Bahagian Bakri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Bakal Haji DUN Bukit Naning dengan dihadiri lebih 10,000 pengunjung di Dataran Kampung Tengah, Air Hitam, Bakri dekat sini malam tadi. Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi. Saipolbahri berkata, beliau tidak gentar mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bakri yang disandangnya sejak sepenggal lalu walaupun kali ini bakal menyaksikan perebutan tiga penjuru termasuk dicabar timbalan dan naib ketuanya. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) itu juga menafikan pertembungan tiga penjuru berkenaan akan menyaksikan parti berpecah belah. ''Dalam konteks hari ini selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, apa yang saya lakukan sudah jelas. Pembangunan dan janji yang saya lakukan adalah jelas, tidak hanya angan-angan atau janjikan buah yang tidak gugur. ''Contohnya seperti mewujudkan GiatMara Bakri, mendirikan Bangunan UMNO Bakri dengan kos RM10 juta, menubuhkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bakri dan Muar serta membuka pasar nelayan di Sabak Aur dalam bulan ini khusus untuk nelayan dengan tidak ada orang tengah," ujarnya. Selain itu katanya, beliau baharu menubuhkan Koperasi Pembangunan Melayu Bersatu Berhad bertujuan mengukuhkan ekonomi lebih 21,000 ahlinya dengan pelaburan RM1,000 seorang yang disasarkan jumlah awalnya RM21 juta. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |