{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


PBTM bina 350 rumah

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 26 Sept. - Sebuah perkampungan bekas tentera akan diwujudkan di Batu 11, Pagoh dekat sini bagi menyediakan kediaman kepada 350 golongan berkenaan yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais (gambar) berkata, cadangan itu dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh bagi membantu pesara yang tidak berpencen di daerah ini.

"Rumah bekas tentera itu akan dibangunkan di kawasan tanah seluas 54 hektar oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan akan dijual dengan harga berpatutan bagi membantu ahli PBTM memiliki kediaman.

"Usaha ini dibuat kerana seramai 350 pesara itu masih tidak mempunyai kediaman sendiri dan ketika ini mereka menumpang di rumah keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Bagaimanapun, ahli PBTM tersebut yang terpilih perlu membuat aku janji untuk terus menyokong kerajaan sebelum layak mendapat rumah tersebut kerana tidak mahu golongan yang tidak mengenang budi mendapat kelebihan berkenaan kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan serta membantu mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pejabat PBTM di Jalan Sulaiman kini sudah berubah wajah selepas dinaik taraf dengan kos RM60,000 yang disumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman Jun lalu.

Shamsudin berkata, kerja-kerja menaik taraf dilakukan selepas persatuan itu berjaya mendapatkan status hak milik tanah tersebut daripada Pejabat Tanah Daerah, September lalu.

Kerja menaik taraf itu melibatkan penggantian dinding papan kepada batu, lantai jubin, membina tembok, mengganti papan tanda persatuan, membaiki sistem perparitan, mengecat bangunan dan menggantikan bumbung yang bocor.

"Bangunan asal pejabat ini ialah kuarters Jabatan Kerja Raya yang sudah lama terbiar. Ruang bangunan baharu pejabat ini boleh menampung 300 ahli dan jauh lebih selesa," katanya.

Shamsudin memberitahu, pihaknya juga merancang untuk membina sebuah stor bagi menempatkan peralatan.

Setakat ini persatuan itu mempunyai seramai 3,383 ahli termasuk dari Bakri, Ledang dan Pagoh.

Anak syarikat JCorp sedia bekal ternakan korban

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Ihsan Permata Sdn. Bhd. (IPSB), anak syarikat Johor Corporation (JCorp) bersedia menawarkan bekalan haiwan ternakan bagi menampung keperluan ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim berkata, syarikat IPSB yang menjalankan aktiviti penternakan lembu secara integrasi dan fidlot itu mempunyai bekalan haiwan ternakan yang mencukupi bagi tujuan ibadat korban tahun ini.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 181 lembu ditempah dan harga yang ditawarkan bagi seekor lembu adalah antara RM2,100 hingga RM4,200 bergantung kepada jenis dan saiz haiwan ternakan tersebut.

"IPSB mengamalkan aspek bio-security yang tinggi bagi memastikan haiwan ternakan sentiasa sihat tanpa dijangkiti sebarang penyakit kerana merupakan salah satu daripada syarat ibadat korban.

"Di samping itu, kualiti lembu yang mempunyai lima gred iaitu AAA, AA, A, B dan D jenis Brahman Cross Import serta KK Cross terjamin dan dijangka mempunyai peratusan daging yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamaruzzaman, IPSB turut mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga.

Katanya, pelanggan yang ingin mendapat bekalan haiwan tersebut boleh datang ke ladang ternakan IPSB yang terletak di Sedenak, Kulaijaya atau menghubungi pejabatnya di talian 07-2192692.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Pengurus Besar IPSB, Kamarulzaman Othman di talian 019-7902692, Mohd. Zan Muda (012-2673677) serta Dr. Nurul Hidayah Khalid (017-7692953) dan tarikh akhir pendaftaran tempahan adalah pada 5 Oktober ini.

KPJ PSH buka Klinik Sihat untuk penumpang lapangan terbang

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Kakitangan KPJ Puteri Specialist Hospital melakukan pemeriksaan percuma kepada pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Bagi memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) termasuk masyarakat sekitar, Kumpulan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) menerusi KPJ Puteri Specialist Hospital (KPJ PSH) membuka sebuah klinik yang dikenali sebagai Klinik Sihat, di sini.

Pengurus Operasi KPJ PSH, Haslinda Ismail berkata, klinik yang sudah memulakan operasi 12 Disember tahun lalu dikendalikan Pegawai Perubatan Residen, Dr. Aidel Atan serta dibantu dua jururawat dan seorang kakitangan bukan klinikal.

Beliau berkata, sehingga kini klinik yang terletak di Aeromall berhampiran kaunter tiket penerbangan itu dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam.

"Objektif utama pembukaan klinik ini adalah untuk memberikan perkhidmatan kecemasan selain memenuhi keperluan perubatan penumpang yang hampir mencecah 5,000 orang yang menggunakan lapangan terbang tersebut setiap hari.

"Sehingga kini, pembukaan klinik berkenaan diterima baik dalam kalangan kakitangan lapangan terbang, penyewa dan penumpang baik penerbangan domestik dan antarabangsa kerana mudah untuk mereka mendapatkan pertolongan kecemasan atau bertemu doktor," katanya dalam program promosi pembukaan klinik berkenaan di sini hari ini.

Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi masakan, pameran kesihatan dan kempen derma darah.

Menurut Haslinda, perkhidmatan yang ditawarkan Klinik Sihat adalah sama seperti klinik lain seperti pemeriksaan kesihatan, cuci luka, nebulizer, suntikan untuk pelancong dan perkhidmatan ambulans.

"Bagi memudahkan orang ramai yang ingin melancong, kita turut menjual kit kesihatan yang dipanggil The Sihat Kit, merangkumi pelbagai ubat iaitu demam, gastrik, cirit birit, selesema atau alahan dan muntah selain turut menyediakan topeng muka dengan harga RM15," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat