{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Serlah kemesraan raja dan rakyat

Posted: 05 Sep 2013 10:49 AM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH
utusan.johor@yahoo.com

Sultan Ibrahim Iskandar bersama kerabat diraja bergambar kenangan bersama para sekreteriat dan peserta yang menjayakan Kembara Mahkota Johor 2013 di Gelang Patah, baru-baru ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Setiap tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) sentiasa dinantikan oleh semua lapisan rakyat di negeri ini.

Malah, populariti acara tahunan yang diilhamkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang memasuki edisi ke-16 baru-baru ini mencerminkan betapa program 'Raja bertemu rakyat' itu sentiasa menjadi bualan rakyat negeri ini.

Peluang menyertai konvoi sejauh 1,100 kilometer yang menjelajah ke semua 10 daerah di negeri itu memberi pengalaman berharga kerana dapat melihat dengan lebih dekat keindahan dan kehidupan masyarakat pelbagai kaum termasuk etnik Bugis, Jawa dan Orang Asli.

Namun, yang paling utama dapat menyoroti sikap mesra rakyat yang ditunjukkan Sultan Ibrahim setiap kali bertemu pelbagai lapisan masyarakat yang berada di setiap laluan dan lokasi persinggahan konvoi berkenaan.

Malah, Sultan Ibrahim tidak kekok untuk bersalaman, bergurau senda dan duduk berdampingan selain memasak dalam setiap program yang diaturkan.

Kehadiran Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, putera-putera dan puteri baginda dalam beberapa acara yang diadakan turut menyerikan lagi majlis sempena KMJ 2013.

Program bertemakan Kembara Ke Arah Perpaduan yang disertai sebanyak 393 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan berkereta itu turut disertai kerabat diraja dan para jemputan yang nyata mencapai misi selepas semua lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli serta etnik Sarawak dan Sabah yang berada di negeri ini bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Pelepasan konvoi selama empat hari itu bermula dari pekarangan Menara Aqabah, Pasir Gudang dekat sini dan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin manakala acara penutupan diadakan di Gelang Patah.

Di setiap lokasi persinggahan, Sultan Ibrahim turut menyaksikan pelbagai acara yang diadakan termasuk pertandingan permainan tradisional serta mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Lebih bermakna dalam KMJ 2013 ialah sebanyak 60 cabutan bertuah diberikan kepada pemenang bertuah daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Bagi kaum Melayu, mereka dihadiahkan pakej menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah manakala kaum Cina dan India, masing-masing diberi pakej melancong ke China dan India.

Sementara itu, Mohamed Khaled menyifatkan program berkenaan merupakan salah satu usaha terbaik mewujudkan hubungan dua hala antara pihak istana dan rakyat.

"Program ini secara langsung mampu memperkukuhkan institusi Raja Berperlembagaan yang wajib dilindungi dan dipelihara dan program ini juga merupakan satu bukti nyata taat setia rakyat kepada sultan.

"Johor amat bertuah kerana mempunyai sultan yang begitu prihatin terhadap keadaan rakyat jelata tidak kira di mana juga mereka berada," katanya.

Mohamed Khaled berkata, selain mewujudkan hubungan dua hala antara istana dan rakyat, KMJ juga merupakan acara pelancongan utama negeri ini dan mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Malah, program itu juga, katanya, diberi pengiktirafan Kerajaan Persekutuan sebagai salah satu acara pelancongan utama bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Peti sejuk meletup, 5 terselamat

Posted: 05 Sep 2013 10:49 AM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

Jamil Ahmad (kiri) dan rakannya melihat kesan kebakaran akibat peti sejuk meletup di ruang dapur rumahnya di Taman Perwira, Batu Pahat, semalam. - UTUSAN/ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATU PAHAT 5 Sept. - Lima sekeluarga terselamat selepas sebuah peti sejuk di rumah sewa mereka tiba-tiba meletup mengakibatkan sebahagian kediaman itu di Taman Perwira di sini terbakar malam tadi.

Ketika insiden berlaku pukul 8 malam, kesemua ahli keluarga itu tiada di rumah.

Mangsa, Jamil Ahmad, 49, berkata, dia dihubungi jirannya yang memaklumkan rumahnya terbakar di bahagian dapur sebaik sahaja terdengar letupan.

Dia kemudian bergegas pulang dan sejurus tiba kira-kira setengah jam kemudian, pasukan bomba dan penyelamat sedang memadamkan api.

"Mujurlah ketika kejadian, isteri dan dan tiga anak lelaki kami berusia sembilan hingga 29 tahun juga tiada di rumah," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Jamil, walaupun kebakaran merosakkan ruang dapur tetapi keluarganya dinasihatkan oleh bomba supaya berpindah ke tempat lain kerana bimbangkan bumbung rumah itu yang boleh runtuh pada bila-bila masa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Timah Sari, Bakeri Lihat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 8.52 malam sebelum tiba bersama dua jentera.

"Sejurus tiba, kita mengambil masa selama lima minit untuk mengawal dan memadamkan api supaya tidak merebak ke rumah bersebelahan.

"Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan letupan peti sejuk di bahagian dapur rumah berkenaan," katanya.

"Mujur pokok tumbang tersangkut pada peti sejuk"

Posted: 05 Sep 2013 10:49 AM PDT

Mohd. Puad Zarkashi (dua dari kanan) meluangkan masa bergotong-royong membaik pulih rumah Paiman Supian yang rosak dihempap pokok kelapa sawit di Kampung Sungai Buluh, Batu Pahat, kelmarin.

BATU PAHAT 5 Sept. - Sepasang suami isteri warga emas dan anak saudaranya nyaris maut selepas rumah mereka di Kampung Sungai Buluh, Senggarang di sini rosak akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, kesemua mereka bernasib apabila pokok tersebut tidak mengenai mereka yang sedang tidur kerana tersangkut pada peti sejuk.

Mangsa, Paiman Supian, 85, berkata, kejadian itu telah mengakibatkan bumbung rumahnya rosak manakala dinding turut pecah.

"Mujurlah saya dan isteri, Sarah Karim, 70, dan anak saudara yang mengidap penyakit diabetes kronik tidak dihempap pokok itu kerana tersangkut pada peti sejuk.

"Jika tidak, mungkin anak saudara yang sedang tidur dihempap pokok itu. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak dapat berjalan akibat angin ahmar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Paiman berterima kasih kepada UMNO Bahagian Batu Pahat yang menghulurkan bantuan awal selain membaik pulih rumahnya dengan menggantikan bumbung dan dinding yang rosak.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyalurkan bantuan RM5,300 kepada pasangan itu bagi membeli zink, kayu dan kelengkapan lain.

Beliau berkata, usaha membaik-pulih pula dilakukan secara gotong-royong kerana dapat menjimatkan kos.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat