Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Seni jinak ular makin dilupakan Posted: 01 Sep 2013 06:27 AM PDT Susunan ADLINAHANI KHALIL Seorang daripada penjinak ular memasukkan ular tedung 'gokhra' ke dalam mulutnya. - AFP DEMI mendapatkan tuah yang baik atau restu dalam melakukan sesuatu perkara, masyarakat hari ini sanggup melakukan apa sahaja, biarpun berdepan dengan risiko maut. Situasi itu berlaku di sebuah perkampungan di Purba Bishnupur, India apabila beratus-ratus penduduknya sanggup beratur panjang dalam cuaca panas semata-mata ingin mendapatkan 'restu' daripada ular dalam satu festival ular yang berlangsung baru-baru ini. Ular dianggap sebagai tuhan atau Dewa Manasa dalam kalangan masyarakat yang beragama Hindu dan peluang untuk mendekati haiwan tersebut amat ditunggu-tunggu oleh mereka untuk memperoleh nasib yang baik dalam kehidupan. Bagaimanapun, bukan mudah untuk mendekati haiwan berbisa itu dan khidmat tukang penjinak ular diperlukan oleh mereka yang berhajat memohon nasib baik daripada haiwan tersebut. Penjinak ular pada mulanya akan bertepuk tangan dan memukul gendang berwarna-warni bagi 'memukau' haiwan berbisa itu untuk keluar dari bakul atau bekas yang diperbuat daripada tanah liat. Seorang daripada penjinak ular yang mengambil bahagian dalam festival tersebut, Hyder Mal berkata, menjinakkan ular adalah satu seni yang unik dan perlu dipelihara keasliannya. Saban tahun, penduduk kampung dari kawasan berdekatan akan berkumpul di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 85 kilometer dari Kolkata untuk menyembah Dewa Manasa. Manasa dipercayai akan memberi tuah ketika musim menuai, selain dapat melindungi hasil tanaman daripada rosak. Mal, 46, kelihatan tenang dan bersahaja ketika dia memegang seekor ular tedung sambil disaksikan orang ramai yang ingin menderma. Bapa kepada enam orang anak itu berkata, pekerjaan sebagai penjinak ular kini berbeza berbanding zaman dahulu. Hal ini kerana, masyarakat kini semakin moden dan berfikiran terbuka, menyebabkan tugasnya tidak lagi dipandang penting. Mal menjelaskan bahawa, dia mengenakan bayaran setiap kali penduduk kampung menggunakan khidmatnya untuk menjinakkan ular. "Namun, hasilnya tidaklah seberapa dan saya hanya memperolehi bayaran lumayan bagi mereka yang menginginkan bisa ular untuk dijadikan penawar patukan," katanya. Mal turut menyatakan dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang mencari pendapatan dengan menjinakkan ular. Masa depan Mal sebagai penjinak ular semakin parah apabila kerajaan India menguatkuasakan undang-undang yang melarang orang awam menggunakan binatang liar sebagai tujuan komersial pada 2002. Penguatkuasaan undang-undang tersebut menyebabkan ramai penjinak ular di India bertukar kerjaya, namun golongan itu masih boleh ditemui di kawasan kampung serta kawasan tumpuan pelancongan. Kumpulan aktivis haiwan sebelum ini mengkritik kerjaya penjinak ular sebagai menganiaya binatang apabila kebanyakan haiwan berbisa itu diletakkan di dalam bekas tertutup yang boleh menyebabkannya mati akibat kekurangan oksigen. Selain itu, taring haiwan berbisa itu dicabut dan mulut dijahit bagi mengelakkan patukan. Bagaimanapun, Mal menafikan dakwaan tersebut sambil menjelaskan bahawa ular adalah Tuhan bagi mereka dan tidak mungkin akan menzalimi haiwan itu. - AFP |
Posted: 01 Sep 2013 06:27 AM PDT MESKIPUN berada di minggu akhir Syawal, sambutan Aidilfitri masih meriah. Bulan ini lebih bermakna apabila negara turut meraikan kemerdekaan yang ke-56 semalam Begitu juga buat Siti Roswanie Haris Fazilah, 25 yang lebih mesra dengan panggilan Wanie menganggap perayaan berganda ini sungguh bermakna buat dirinya. Bagi Wanie, dia dan keluarga menyambut Aidilfitri dan kemerdekaan dengan cara yang sederhana tetapi meriah. Walaupun Wanie tidak pernah berada dalam zaman penjajahan tetapi dia tetap merasai keperitan orang dulu mendapatkan kemerdekaan melalui sejarah. "Bagi saya merdeka adalah negara kita bebas daripada penjajahan, rakyat bebas berfikir dan kita boleh lakukan apa sahaja yang diingini selagi tidak melanggar undang-undang negara. Walaupun pelbagai kaum, kita semua rakyat Malaysia," katanya yang menjalankan perniagaan sendiri dan model sambilan Ditanya apa perasaannya menyambut kemerdekaan, dia bangga dengan Malaysia dan transformasi yang telah dikecapi. Wanie turut berkongsi pendapatnya tentang kemerdekaan di kalangan generasi muda sepertinya. "Setiap generasi muda mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang masih menghayati kemerdekaan, ada yang anggap merdeka hanya sebuah acara untuk bergembira sahaja dan menyaksikan konsert hiburan. Saya rasa semangat merdeka itu masih ada cuma pengertian merdeka itu berbeza-beza," katanya penuh semangat. Bercerita tentang aktiviti masa lapang, Wanie akan menghabiskan masanya dengan bercuti bersama keluarga. Katanya, tuntutan kerja yang memerlukan dia berulang-alik Kelantan dan Kuala Lumpur sangat letih tetapi dia dapat mengawal stres tersebut dengan berehat di tempat peranginan seperti resort tepi pantai. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |