Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Bekalan air semakin pulih
- Tanda Putera jadi bahan kajian
- Batalkan konsert Lamb of God pada 28 September ini
Posted: Bekalan air semakin pulihOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA PENDUDUK terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan air bersih di Pangsapuri Mesra Ria, Taman Pandan Mesra, Ampang semalam. KUALA LUMPUR – Kawasan bekalan air yang terjejas ekoran masalah pencemaran diesel di Sungai Selangor pada Jumaat lalu kini hanya melibatkan empat kawasan iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak. Kawasan-kawasan lain yang sebelum ini turut terjejas iaitu di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya semalam. Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, empat kawasan yang terjejas itu hanya melibatkan 13 peratus daripada keseluruhan akaun pengguna yang terjejas berbanding 60 peratus kelmarin. Beliau percaya krisis bekalan itu dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Tanda Putera jadi bahan kajian Posted: Tanda Putera jadi bahan kajianOleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN KUALA LUMPUR - Filem Tanda Putera arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba akan dicadangkan supaya dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah oleh pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, filem tersebut boleh dikaji dari sudut karya dan jalan ceritanya yang berkisar mengenai sejarah serta tokoh politik negara. "Saya juga akan meminta Biro IPT Pemuda UMNO mengkaji filem tersebut daripada pelbagai sudut tanpa menyentuh hal sensitif atau politik," katanya selepas menonton filem tersebut bersama para pemimpin Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pemimpin mahasiswa di panggung GSC Mid Valley di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Batalkan konsert Lamb of God pada 28 September ini Posted: Batalkan konsert Lamb of God pada 28 September iniYAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal Lamb of God yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini. Katanya, tindakan itu perlu kerana banyak pihak bimbang terhadap kemungkinan merebaknya masalah moral dan keruntuhan akhlak khususnya dalam kalangan remaja berdasarkan latar belakang dan genre muzik yang dibawa oleh kumpulan terbabit. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan membantah kemasukan kumpulan tersebut. "Kita bersetuju dengan kenyataan itu agar pihak berwajib menimbangkannya kerana perkara seumpama itu perlu kita elak daripada dibawa masuk ke dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan santai dan bersarapan pagi dengan masyarakat setempat di pekan Sungai Limau di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |