{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Gara-gara bibik

Posted: 18 Sep 2013 02:20 AM PDT

Sekadar gambar hiasan

PENANTIAN untuk mendapatkan pembantu rumah selama lebih setahun akhirnya berakhir bagi pasangan Azfar Ahmad, 32, dan Ruhaiza Rosdi, 31 (bukan nama sebenar).

Pasangan suami isteri ini memang amat memerlukan pembantu rumah selepas Ruhaiza melahirkan anak kedua mereka.

"Kerjaya saya dan suami memang menuntut kami untuk pulang ke rumah sekitar pukul 8 malam setiap hari. Ini membuatkan saya benar-benar memerlukan seorang pembantu untuk menguruskan rumah tangga dan menjaga anak sepanjang kami mencari rezeki di pejabat.

"Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju mendapatkan seorang pembantu rumah dari negara jiran.

"Urusan mencari dan mengambil pembantu rumah kami uruskan sendiri hinggalah Alvie Lami (bukan nama sebenar) dapat menjadi pembantu rumah kami," Ruhaiza membuka bicara.

Alvie memang seorang yang rajin. Dia bukan sahaja cepat belajar malah menganggap anak majikan umpama anaknya sendiri.

Alvie juga memiliki rupa paras yang sedap mata memandang. Kulitnya cerah dan licin. Saiz tubuhnya juga sederhana. Pendek kata dia tidaklah seperti iras kebanyakan pembantu rumah yang biasa dilihat di negara ini.

Ruhaiza bersyukur kerana dikurniakan pembantu rumah yang boleh diharap dan yang paling penting memberikannya ketenangan ketika berada di pejabat.

Tambahan, suaminya pula sering bekerja luar daerah menyebabkan Ruhaiza rasa yakin apabila Alvie menemaninya di rumah sepanjang peninggalan suami.

"Disebabkan Alvie seorang yang agak moden jadi saya begitu selesa dan menganggapnya sebagai rakan dan boleh juga sebagai seorang adik angkat.

"Pada hujung minggu apabila suami bertugas di luar daerah, saya akan membawa Alvie dan anak-anak ke pusat membeli belah dan akan menghabiskan masa bersama-sama dengan gembiranya.

"Malah, dalam tempoh enam bulan Alvie bersama kami, dia berjaya menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dia juga telah memberikan saya banyak pandangan dan nasihat terutama bab rumah tangga.

"Cerita Alvie, dia seorang janda kematian suami. Dia telah berumah tangga ketika berusia 22 tahun. Mereka tidak memiliki anak dan Alvie mengambil keputusan bekerja bersama kami kerana mahu menambah pendapatan ibu bapanya di samping mahu melupakan kenangan sedih bersama suaminya.

"Itu cerita Alvie, saya memang suka mendengar kisah dirinya dan kampung halamannya.

"Sesekali Alvie berkongsi petua rumah tangga yang menurutnya menjadi amalan tradisi keluarganya. Ini menambah teruja saya untuk mencuba petua kasih sayang suami isteri sebagai pengukuh rumah tangga yang telah saya bina selama hampir tujuh tahun bersama suami," imbas Ruhaiza.

Salah satu petua yang dikongsi Alvie ialah amalan nenek moyangnya menyimpan helaian rambut suami dalam botol. Kemudian botol itu diletakkan di tempat yang paling tinggi dalam rumah sebagai tanda kehormatan suami dan kasih sayangnya akan semakin tinggi pada si isteri.

"Saya teruja dengan tip tersebut yang pada saya mudah saja dan tak salah pun mencuba. Cuma kaedah mengambil rambut itu perlu dilakukan ketika suami sedang tidur.

"Jadi apabila suami sudah pulang dari tugasan di luar daerah, saya semakin teruja untuk melaksanakannya. Waktu malam dinantikan penuh sabar kerana saya perlu tunggu suami tidur nyenyak barulah saya boleh potong beberapa helaian rambutnya," imbas Ruhaiza.

Malam yang dinantikan akhirnya tiba. Namun alangkah terkejutnya Ruhaiza apabila suami yang disangka tidur lena rupanya tidur-tidur ayam sahaja.

"Dia telah menyentap tangan saya yang sedang memegang gunting untuk memotong rambutnya.

"Suami telah turut menampar saya dan mengherdik saya kerana berpelakuan sebegitu. Saya pula memanglah amat sedih. Padahal niat saya amat baik semata-mata untuk mendapatkan lebih kasih sayang darinya.

"Teruk kami bergaduh dan peliknya apabila suami mengatakan saya curang sepanjang peninggalannya kerja di luar negara. Padahal saya langsung tidak pernah curang padanya," ujar Ruhaiza sambil menyekang air mata yang hampir menitis.

Setelah melalui proses kaunseling untuk bercerai barulah Ruhaiza mendapat tahu kisah sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya.

Rupa-rupanya sepanjang bekerja di luar negara, Azfar telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Alvie yang mengatakan Ruhaiza sering keluar malam dan dihantar seorang lelaki muda yang kacak.

Malah Alvie turut memberitahu Azfar supaya berhati-hati ketika tidur kerana Ruhaiza telah mempelajari satu teknik ilmu hitam untuk menundukkan suaminya dengan cara mengambil beberapa helaian rambut suami ketika tidur.

"Barulah saya sedar kami berdua mangsa fitnah pembantu rumah sendiri. Patutlah suami tidur-tidur ayam kerana Alvie sudah berpesan padanya saya akan melakukan sesuatu pada waktu malam.

"Sekarang barulah saya dapat imbas beberapa perilaku pelik Alvie yang selama ini saya sangka tidak ada apa-apa.

"Saya perasan Alvie pernah memandang tepat pada suami saya beberapa kali. Saya juga pernah terlihat gambar suami saya dalam telefon bimbitnya.

"Rupanya Alvie menaruh hati pada suami dan mengatur strategi supaya suami menceraikan saya dan mengambilnya sebagai isteri.

"Patutlah anak-anak saya lebih mesra dengannya berbanding saya. Saya yakin itu semua diaturnya supaya memudahkan lagi matlamat tercapai.

"Hasratnya itu pernah disuarakan pada pembantu rumah jiran kami yang turut mendedahkan beberapa perkara lain yang mengejutkan.

"Antaranya, semasa ketiadaan saya kerana keluar berkerja dia akan memakai pakaian serta barangan kemas saya. Di depan anak-anak saya dan rakan-rakannya dia menggelar saya perempuan jahat.

"Mujur juga suami saya seorang yang beriman. Syukur juga proses kaunseling banyak membantu kami menguraikan segala permasalahan.

"Alvie akhirnya menghilangkan diri setelah Azfar tidak jadi menceraikan saya. Dia keluar rumah waktu malam dan langsung tidak kembali.

"Kami berdua juga serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Biasanya kami mendengar cerita yang hampir sama tentang pembantu rumah pemalas, gatal dan sebagainya, tetapi tidak pernah mendengar cerita mereka memfitnah majikan sendiri," kata Ruhaiza.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat