Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Wajah ala bidadari, badan berotot Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT Julia Vins si jelita berbadan sasa. RUSIA sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai jelitawan berwajah bagaikan anak patung seperti Valeria Lukyanova, Anastasia Shpagina and Anzhelika Kenova yang digelar 'Barbie' hidup. Namun, tidak seorangpun yang setanding dengan Julia Vins dari Engels. Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung porselin. Peliknya, si cantik itu mempunyai tangan dan kaki berotot yang mampu membuat lelaki termalu sendiri. Julia ialah atlet muda bina badan dan baru-baru ini gambar-gambarnya tersebar di Internet membuatkan ramai yang tergamam lalu mengubah persepsi tentang wanita yang suka dengan sukan bina badan. Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebih berkeyakinan dengan diri sendiri. Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat profesional. Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti program senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada profesional. Dalam tempoh setahun mendapat tunjuk ajar jurulatih di gim sekolahnya, perkembangannya amat menakjubkan. Kini dia bersiap-sedia menyertai pertandingan mengangkat berat pertama. Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan si cantik ini, cerita Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri. Namun, dia tidak mempedulikan cercaan mereka kerana Julia percaya tiada siapa ada hak menghancurkan impiannya. |
Posted: 22 Sep 2013 06:15 AM PDT Wanita hari ini dilihat berani memilih pakaian berasaskan warna terang dan kontra berbanding rona lembut dan gelap. ini termasuklah, memiliki koleksi pakaian konsep funky, comel dan ceria. Ramai bersetuju dengan pendapat yang mengatakan trend fesyen ini tercetus daripada pengaruh muzik Korea atau K-Pop yang terkenal dengan imej seumpama itu. Penampilan artis Korea dilihat cukup menarik dan sarat dengan elemen segar serta mempesonakan. Paling ketara, penjualan koleksi baju-T konsep funky dan legging (sarung kaki ketat) pelbagai corak yang dijual secara meluas di beberapa gedung di sekitar Lembah Klang. Menyedari fesyen K-Pop menjadi trend di Malaysia, butik fesyen tempatan, Magazine Boutique melalui labelnya MAGlifestyle mempersembahkan koleksi ready-to-wear terbaru mereka bersempena musim luruh dan musim sejuk. Koleksi yang dinamakan Work It In Pastel & Monochrome itu menampilkan seleksi pakaian yang direka khas untuk digayakan dalam dua suasana berbeza. Kedua-dua koleksi yang sarat unsur gaya dari Korea ini meliputi variasi pakaian berpotongan menarik khusus untuk wanita, sama ada dari jenis blaus, dress mini dan peplum, skirt mini sehinggalah gaun malam. Kebanyakan koleksi ini menampilkan kombinasi warna pastel dan neon tetapi ada juga koleksi yang tampil dengan warna terang. MAGlifestyle turut menawarkan pelbagai aksesori yang menarik seperti beg tangan, clutch, rantai, cincin dan kasut. Selain menyediakan pembelian melalui laman sesawang www.maglifestyle.com, anda juga boleh mengunjungi butik di Tingkat 1, Isetan, Suria KLCC dan di Magazine Boutique, 34-1, Tingkat 1, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |