{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Gangguan haid

Posted: 01 Sep 2013 06:28 AM PDT

Soalan
SAYA berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.

- Suzy, Selangor

Jawapan

Wanita yang mengalami masalah pengeluaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan awal. Doktor akan mengambil sejarah perubatan yang penuh, seperti sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan Namun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian juga perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti aras hemoglobin (sel darah merah) dan juga aras pelbagai hormon. Ujian fungsi tiroid dan prolaktin juga patut diambil. Ini adalah penting untuk mendapat diagnosa yang tepat dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan imbasan ultrabunyi untuk mengimbas sistem reproduksi wanita sama ada mengalami masalah atau tidak. Tujuannya untuk meneliti rahim bagi masalah seperti fibroid, mengukur ketebalan dinding rahim dan kemungkinan wujudnya sista dalam ovari.

Bagi wanita yang berusia lebih dari 40 tahun, mereka disyorkan menjalani ujian histeroskopi dan persampelan tisu endometrium (tisu dalam rahim) untuk mencari punca dalam rongga rahim. Sampel tisu endometrium akan dihantar bagi tujuan histologi. Apa yang penting, adalah untuk melihat jika wujudnya masalah seperti barah atau kanser rahim. Pendarahan haid banyak berlaku pada wanita berusia melebihi 40-an kerana gangguan pada kitaran ovulasi pada ovari. Kitaran normal memerlukan interaksi hormon dari kelenjar pituitari, ovari dan rahim. Paksi pituitari, ovari dan rahim berjalan normal sekiranya tiada masalah pada ketiga-tiganya. Apabila usia melebihi 40 tahun, ada folikel atau benih telur tidak dapat membesar dengan baik hingga ke peringkat ovulasi. Apabila tiada ovulasi, dinding akan dirangsang terlalu lama dan maksimum kerana folikel akan menghasil hormon estrogen yang berlebihan. Apabila dinding terlalu tebal, ia akan luruh dengan banyak sekali dan ini menyebabkan menoragia. Fibroid tidak mengganggu haid kecuali jika ia sudah terlalu besar atau membesar di dalam rongga rahim. Fibroid yang berada di dalam rongga rahim dipanggil fibroid jenis submukosa.

Ada pelbagai rawatan untuk masalah menoragia. Pakar sakit puan banyak menggunakan rawatan menggunakan sistem intrauterin (intrauterine system- IUS), iaitu Mirena. Kaedah ini sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah menoragia dan tidak mempunyai niat untuk mengandung lagi serta sesuai bagi mereka berusia 40 tahun ke atas. Penggunaan IUS sesuai bagi mereka yang mempunyai rahim bersaiz normal dan rahim tidak mempunyai masalah lain seperti fibroid. Kaedah ini juga sesuai bagi mereka yang tidak mahu atau tidak sesuai membuat pembedahan dan ingin mencuba kaedah yang konservatif.

Bagi golongan remaja, kaedah rawatan ialah menggunakan hormon seperti pil pencegah kehamilan yang perlu diambil selama 21 hari. Dengan mengambil pil berkenaan, kitaran dan jumlah haid akan berkurangan. Malah, jika mempunyai senggugut, masalah itu pun akan berkurangan dan ada yang hilang terus. Pil ini juga boleh diambil dalam masa yang agak lama dan berisiko rendah pada remaja.

Lazimnya, doktor akan memberikan rawatan yang dirasakan terbaik untuk mereka tetapi tidak menjaminkan ia benar-benar dapat memulihkan menoragia. Jika gagal doktor akan pergi ke langkah kedua. Begitulah seterusnya. Ini kerana rawatan terakhir bagi kes menoragia ialah histerektomi iaitu pembedahan pembuangan rahim.

Khasiat daun belalai gajah

Posted: 01 Sep 2013 06:28 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Foto SAIFUL BAHARI ASHARI

tREND masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarkan suplemen kesihatan, Uturn Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)," katanya.

Tambah Norsham, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah diambil.

Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.

Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat