{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Jaundis bayi undang risiko

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. - Gambar hiasan

Soalan
SAYA baru melahirkan anak tiga hari yang lepas. Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir? Bagaimana merawat jaundis? Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis? Adakah jaundis berbahaya?

- Ibu bimbang, Cheras

- Jawapan

Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika bayi anda mengalami jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu pakar pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya, tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning.

Punca

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang-kala hepar mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luar biasa yang disebabkan oleh penyakit hepar atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini berlaku hanya apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi.

Kira-kira 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya jaundis akan hilang selepas seminggu. 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Merawat Jaundis

Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusu bayi dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor mungkin menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya hepar dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin.

Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional adalah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif seperti fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah yang paling efektif bagi bayi menghidapi jaundis. Ada juga terdapat kes jaundis disebabkan jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

Ujian

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya adalah dengan memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

Ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

Snek sihat untuk kanak-kanak

Posted: 15 Sep 2013 05:42 AM PDT

KAJI Selidik Pemakanan Asia Tenggara mendapati satu dalam dua kanak-kanak Malaysia rendah Vitamin D dan tidak memenuhi keperluan tenaga harian mereka.

Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau kelihatan terlebih makan tetapi mereka mungkin tidak mempunyai nutrien penting dalam badan untuk proses tumbesaran dan perkembangan sihat. Pemakanan snek yang tidak dirancang dan secara rawak boleh menyebabkan masalah berat badan. Pada masa sama, pemakanan snek tanpa henti boleh mengganggu selera makan kanak-kanak. Di samping itu, tabiat ini boleh mengganggu naluri semula jadi untuk rasa lapar dan kenyang.

Bagaimanapun, tabiat makan snek yang sihat dan mengikut masa yang betul boleh membantu kanak-kanak mendapatkan berat badan ideal.

Apakah komposisi nutrien yang sesuai dalam makanan snek untuk kanak-kanak?

Saiz hidangan: Saiz hidangan untuk makanan snek kanak-kanak adalah amat penting. Bukti menunjukkan bahawa sekiranya saiz hidangan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah lebih besar, maka lebih banyak lagi mereka makan terutamanya jika makanan tersebut padat seperti kek dan gula-gula. Saiz hidangan dan pilihan kalori terkawal disyorkan bagi memastikan pilihan makanan snek adalah berkhasiat dan seimbang.

Indeks Glisemik Rendah (Rendah GI): Makanan indeks glisemik tinggi akan menghasilkan pengeluaran gula yang cepat ke dalam aliran darah dan menyebabkan gula dalam darah naik secara mendadak. Jenis-jenis makanan sebegini biasanya menyebabkan pertambahan berat badan dan rendah serat.

Oleh itu, kanak-kanak berasa cepat lapar, kemudian mereka makan secara berlebihan.

Sebaliknya, makanan yang Rendah GI pula menghasilkan pengeluaran gula secara perlahan-lahan dan gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Jenis makanan ini biasanya kurang disimpan sebagai lemak dan ia mengekalkan tahap tenaga yang lebih stabil.

Makanan Rendah GI turut membantu mengurangkan rasa lapar dengan melambatkan kadar penyerapan yang seterusnya menurunkan tahap insulin. Oleh itu, lemak lebih mudah terbakar dan ia turut mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung. Contoh makanan Rendah GI termasuk buah oren, beras perang, mihun, sushi dan kentang rebus.

Kaya nutrisi: Pilihan snek yang serat tinggi dan kaya dengan protein lebih berupaya menyokong tahap glisemik rendah dan rasa kekenyangan. Kalsium juga penting untuk membantu berat badan ideal dan menyokong kesihatan tulang badan. Anda boleh mendapatkan makanan yang penuh khasiat dalam sumber makanan seperti putih telur, susu, brokoli dan tauhu.

Mengekalkan minat kanak-kanak: Pemakanan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pengaruh rakan sebaya dan pengaruh sosial. Ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap pilihan snek yang baik dan berkhasiat perlu menarik minat kanak-kanak.

Dari segi khasiat, snek tidak banyak berbeza daripada hidangan utama walaupun saiz hidangannya adalah lebih kecil dan boleh dibawa ke sana sini dengan mudah.

Snek harus dirancang dengan teliti, sama seperti hidangan utama. Contohnya, sekeping Tiger Biskuat Susu membekalkan satu hidangan susu yang kaya dengan kalsium.

Katakan seorang kanak-kanak kurang makan semasa makan tengahari, anda boleh menghidangkan makanan berkhasiat bersaiz mini dalam tempoh dua jam pertama. Ini akan membolehkan si ibu merancang menu snek dengan wajar sebelum waktu makan yang berikutnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat