{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Kontraktor diberi notis tindakan

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID
kota@utusan.com.my

Penguat kuasa CIDB Wilayah Persekutuan (tiga dari kanan) memeriksa dokumen pekerja dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan tiga notis terhadap kontraktor dan subkontraktor sebuah projek pembinaan servis apartmen di ibu kota hari ini kerana mereka tidak memiliki kad hijau.

Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Razali berkata, pemeriksaan di projek pembinaan 37 tingkat yang bernilai RM150 juta di Persiaran KLCC itu mendapati seramai 32 pekerja warga asing di situ tidak memiliki kad itu, iaitu kad pendaftaran personel binaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada penangkapan dilakukan.

"Daripada sebahagian 201 pekerja binaan itu didapati 32 orang tidak memiliki kad hijau yang merupakan syarat wajib bagi pekerja binaan.

"Sehubungan itu, pihak kontraktor utama iaitu Monoland Corporation Sdn. Bhd. diminta mematuhi notis CIDB N1/97 Peraturan-peraturan Industri Pembinaan berhubung Notis Pemberitahuan Maklumat Tentang Kontraktor/ Kerja Pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program pemeriksaan mengejut di tapak pembinaan itu.

Operasi itu melibatkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa daripada CIDB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Othman, dua daripada 23 subkontraktor di tapak projek itu diberikan notis kerana didapati menjalankan kerja tanpa pendaftaran sah disebabkan lesen tamat tempoh.

Katanya, CIDB komited melakukan operasi bersepadu mengejut bagi meningkatkan pematuhan undang-undang serta akta berkaitan di tapak pembinaan.

"Sejak tahun lalu, lebih 300 pemeriksaan di tapak pembinaan telah dijalankan oleh CIDB di sekitar ibu kota dan Putrajaya.

"Kami berharap operasi seperti ini dapat meningkatkan kesedaran pengamal industri terhadap kualiti keselamatan di tapak binaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Othman berkata, DBKL turut mengeluarkan notis kesalahan tidak mendirikan papan tanda binaan terhadap kontraktor utama berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di bawah Seksyen 46 (1) Undang-undang Kecil Bangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1985.

Dihimpit timbunan sampah

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

PERASAAN siapa yang mampu bertahan jika di hadapan rumah ditimbunkan sampah sarap yang membentuk bukit seperti ini.

KAJANG 12 Sept. - Keadaan di kawasan seluas kira-kira empat hektar itu seperti kelihatan seperti sebuah bandar yang terkena bom.

Sisa binaan terlihat di mana-mana. Batu-bata, konkrit, kayu memenuhi kawasan itu bercampur aduk dengan perabot lama. Keadaan lebih buruk kerana sisa domestik turut berlonggok di sana-sini, menimbulkan bau busuk yang meloyakan.

Tetapi bukan bom yang menjadi punca kawasan itu jadi begitu, sebaliknya tangan-tangan mereka yang tidak bertanggungjawab menjadi penyebabnya yang secara tidak rasminya telah menjadikan tempat itu sebagai tapak pembuangan sampah.

Yang menjadi mangsa ialah kira-kira 500 penduduk di sepanjang Jalan Anggerik, Kampung Sungai Ramal Dalam di sini yang terletak berdekatan tempat itu.

Mereka menjadi mangsa masalah alam sekitar apabila tersepit di antara dua kawasan pembuangan dan pembakaran sampah haram bersaiz besar yang terdapat di kampung tersebut.

Tempat itu juga terletak bersebelahan dengan Lebuh Raya SILK dan berada betul-betul di depan mata penduduk Taman Ramal Suria.

Bau dan asap hitam yang busuk akibat pembakaran sampah yang dibawa angin sudah menjadi hidangan bagi mereka saban hari. Sisa makanan yang berada di situ turut menarik kehadiran anjing liar yang menurut penduduk semakin lama semakin banyak.

Wartawan Utusan Malaysia dimaklumkan oleh penduduk tanah itu mempunyai pemilik. Ketika tinjauan dibuat baru-baru ini, terdapat lebih daripada 20 bukit sampah yang memenuhi kawasan tersebut.

Didapati juga dua batang anak sungai di kampung tersebut kini disifatkan telah mati akibat tertimbus oleh sampah.

Tetapi masalah yang dihadapi penduduk tidak terhenti di situ sahaja. Kilang-kilang kecil yang mereka percaya beroperasi secara haram, termasuk sebuah kilang jubin berdekatan dengan kawasan perumahan mereka turut memberikan masalah kepada penduduk.

Mereka mendakwa, kilang itu turut menyebabkan berlakunya pencemaran udara kerana banyak mengeluarkan debu dan habuk selain menghasilkan bunyi yang kuat sehingga mengganggu ketenteraman.

Penduduk rayu segera selesaikan masalah

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

KAJANG 12 Sept. - Berjiran dengan timbunan sampah sejak 2009, penduduk Taman Ramal Suria di Jalan Anggerik, Kampung Sungai Ramal Dalam mengharapkan simpati agensi-agensi berkaitan menjalankan tanggungjawab mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka itu setelah puas membuat aduan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria, Md. Noh Murad berkata, penduduk kesal kerana telah banyak kali perkara itu dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai jabatan kerajaan berkaitan namun sehingga kini tidak ada tindakan bersepadu diambil bagi mengatasi masalah itu.

"Adakah mereka hendak menunggu sehingga berlaku kematian di kalangan penduduk akibat demam denggi baru hendak bertindak? Kita selalu baru nak bertindak tetapi apabila segala-galanya sudah terlambat ketika itu," katanya kepada Utusan Malaysia.

"Kanak-kanak dan budak-budak sekolah selalu bermain dan berjalan kaki pergi dan balik sekolah menggunakan Jalan Anggerik ini dan sudah tentu keselamatan mereka terancam dengan kehadiran anjing-anjing liar dari tapak pembuangan sampah itu," kata Mohd. Noh.

Namun masalah yang lebih ketara berlaku di situ ialah masalah banjir kilat kerana terdapat dua anak sungai yang merentasi kawasan pembuangan sampah berkenaan telah tercemar dan mati.

"Ini menyebabkan air naik dengan cepat sehingga memasuki kawasan rumah. Mujur pihak pemaju sering membantu membersihkan kawasan setiap kali selepas banjir, tetapi soalnya sampai bila masalah ini hendak dibiarkan berlarutan," katanya.

Katanya, beliau tidak menafikan pihak berkuasa ada mengambil tindakan dengan mengenakan denda terhadap pemilik tanah yang melanggar peraturan kerana tidak mempunyai lesen atau mendirikan kilang haram di atas tanah pertanian.

"Akan tetapi mereka mampu membayar denda-denda tersebut dan selepas itu kembali beroperasi tanpa memikirkan kesannya kepada penduduk," katanya.

Tambah beliau, apabila sampah di situ dibakar, keadaannya bagaikan kawah gunung berapi dan kejadian itu kerap berlaku yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Yang menerima kesannya ialah kami yang terperangkap dalam asap hitam. Masalah ini pernah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada akhir bulan lalu tetapi pihak berkuasa tempatan hanya meletakkan papan tanda amaran supaya tidak membuang sampah di situ.

"Bayangkan asap busuk yang menyelubungi kami yang menyebabkan kami benar-benar lemas apabila berjiran dengan pelbagai punca pencemaran alam sekitar ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat