{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Bantu selesai masalah kami

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Md. Yusof Ismail (kiri) melihat keadaan tasik berhampiran kawasan perumahan mereka di Taman Tasik Bangi 3, Sesyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor yang didakwa masih kotor dan mengeluarkan bau memualkan. - UTUSAN/Aizzul A.Majid

KAJANG 18 Sept. - "Berhenti menuding jari sesama sendiri. Sebaliknya mencari penyelesaian kepada masalah kami".

Itulah rasa kecewa yang diluahkan penduduk Taman Tasik Bangi 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dekat sini apabila pihak yang diharap dapat menyelesaikan masalah mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dan menuding jari sesama sendiri.

Pada 12 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan mengenai kebimbangan penduduk mengenai masalah sebuah tasik di kawasan perumahan mereka yang didakwa mengeluarkan bau memualkan.

Dalam laporan tersebut penduduk merayu agar Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka sejak enam tahun lalu.

Namun dalam maklum balas MPKj yang disiarkan pada 12 September lalu, pihaknya menafikan kolam takungan tersebut di bawah pengawasannya, sebaliknya di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bagaimanapun dalam maklum balas PKNS pula kepada Utusan Malaysia yang disiarkan pada 14 September lalu, pihak PKNS pula menafikan perkara itu.

Seorang penduduk, Md. Yusof Ismail, 56, berkata, mereka akan memanjangkan isu ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd. Shafie Ngah dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Sampai bila harus kami menunggu? Tidak kira pihak mana yang bertanggungjawab terhadap kolam ini, pihak terbabit perlu segera tampil ke hadapan dalam usaha membersihkan kolam tadahan hujan ini demi kesejahteraan penduduk setempat," katanya.

Jirannya, Zainal Abidin Othman, 52, pula mencadangkan selain kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih keadaan kolam takungan itu, pemasangan pagar perlu dilaksanakan demi keselamatan pengunjung khususnya kanak-kanak.

"Setiap petang kolam ini akan dipenuhi oleh penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti riadah seperti senaman, berjoging dan berbasikal.

"Kami juga bimbang dengan keselamatan kanak-kanak yang dikhuatiri terjatuh ke dalam kolam terbabit ketika bermain," jelasnya.

Turut melahirkan kebimbangan ialah Siti Robiah Ahmad, 53,

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan kes melibatkan wabak denggi hingga membawa kepada dua kematian di kawasan perumahan di situ berpunca daripada kolam takungan itu.

"Kami bimbang jika masalah kolam takungan itu tidak diselesaikan, keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar terus terancam," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, keadaan kolam takungan itu masih dipenuhi sampah yang terdiri daripada sisa makanan, botol plastik, dan sebagainya.

Selain itu, kolam yang berkeluasan kira-kira satu hektar itu berwarna hitam, keruh, dipenuhi sisa minyak selain menjadi habitat pembiakan nyamuk termasuk haiwan liar seperti biawak dan ular.

29 keluarga, bekas asnaf Desa Kasih bimbang

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

Noh Omar (dua dari kiri) mendengar masalah yang disuarakan penduduk PPRT Desa Bakti berhubung kemungkinan mereka dipindahkan dari kawasan tersebut ketika turun padang di Kuala Selangor, semalam.

TANJONG KARANG 18 Sept. - Seramai 29 keluarga asnaf dan bekas asnaf yang mendiami kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Bakti di sini bimbang dengan masa depan mereka ekoran tapak tanah rumah mereka kini dikatakan sudah berpindah tangan kepada pihak lain.

Keadaan tersebut disedari apabila seramai sembilan keluarga asnaf dikatakan telah mendapat arahan secara lisan dalam satu taklimat baru-baru ini agar berpindah dari kawasan tersebut bagi ditempatkan di lokasi lain yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Utusan Malaysia difahamkan, keluarga asnaf tersebut diminta menandatangani borang persetujuan berpindah dalam masa dua minggu dan sekiranya enggan berbuat demikian, LZS tidak akan bertanggungjawab jika pemilik tanah berkenaan mahu menaik taraf kawasan tersebut pada masa depan dan mereka diminta keluar daripada situ.

Hal itu menyebabkan baki 20 keluarga yang melepasi status asnaf bimbang tentang nasib mereka yang juga berkemungkinan terpaksa keluar daripada kawasan perumahan yang sudah dihuni sejak kira-kira 15 tahun lalu.

Masalah mereka mendapat perhatian Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang turun padang mengadakan dialog dengan penduduk kawasan tersebut Sabtu lalu.

Menurut Noh, pihaknya dimaklumkan tapak tanah tersebut yang asalnya adalah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini sudah dipindah milik kepada Baitulmal.

"Apabila tapak perumahan ini dipindah milik kepada pihak lain, maka LZS telah mengeluarkan notis bagi memindahkan keluarga asnaf ke kawasan lain seperti di kawasan Sabak Bernam yang telah mempunyai hak milik. Namun apa yang menjadi masalah ialah lokasi tersebut jauh dari penempatan asal dan tempat kerja mereka.

"Bagi yang sudah melepasi status asnaf pula, sudah pasti bimbang kerana tapak rumah mereka sudah menjadi milik orang lain sedangkan penduduk berkenaan sudah lama tinggal di situ. Malah ada yang sudah mengeluarkan belanja membesarkan rumah mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pihaknya tidak menghalang jika keluarga asnaf mahu berpindah ke lokasi yang ditawarkan oleh LZS tetapi mahu memastikan nasib keluarga bukan asnaf terbela dan tidak menghadapi risiko rumah mereka dirobohkan pada satu masa nanti.

"Kawasan ini adalah tapak desa kasih yang kita usahakan dahulu pada 1996 ketika Barisan Nasional (BN) memerintah iaitu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti LZS menyediakan rumah untuk asnaf miskin dan kita mengenal pasti tanah kosong JPS yang ketika itu tidak mempunyai sebarang hak milik.

"Kita bangunkan kawasan ini untuk kemudahan orang miskin seperti menyediakan surau, taska, dewan dan juga lot-lot industri kecil dan sederhana melalui peruntukan Yayasan Basmi Kemiskinan," katanya.

Noh berkata, pembangunan perumahan tersebut dilakukan bagi memastikan golongan asnaf dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan perkara itu terbukti hampir berjaya apabila seramai 20 keluarga berjaya keluar daripada status asnaf miskin.

"Dulu memang kita tidak beri hak milik kerana mahu memastikan mereka benar-benar berjaya dan kita memang berhasrat mahu memberikan hak milik kepada mereka tetapi malangnya kerajaan negeri telah berubah tangan.

"Sekarang tiada jaminan rumah-rumah berkenaan tidak akan diganggu. Sepatutnya kerajaan negeri memberikan keutamaan untuk memberikan hak milik kepada penduduk yang sudah sekian lama tinggal di situ dan bukannya memberikan hak milik tanah tersebut kepada pihak lain dan meminta keluarga asnaf berpindah dengan alasan tapak rumah mereka tiada hak milik," katanya.

Dalam hal ini, Noh berkata, pihaknya akan menulis surat kepada pihak berkenaan termasuk LZS untuk memastikan semua penduduk di kawasan itu dikekalkan dan memberikan jaminan rumah mereka tidak berhadapan risiko dirobohkan dan mereka diarahkan berpindah.

"Perlu ada jaminan tersebut dan kerajaan negeri sepatutnya boleh mengusahakan pemberian hak milik kepada penduduk. Sekiranya perkara itu dapat dilakukan, kita bersedia membantu memastikan kawasan itu menjadi sebuah perumahan yang menjadi bukti kejayaan usaha mengeluarkan keluarga asnaf tersebut daripada belenggu kemiskinan," katanya.

Penduduk tidak diarah pindah - LZS

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

SHAH ALAM 18 Sept. - Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak pernah meminta mana-mana daripada 29 keluarga asnaf dan miskin yang menetap di Desa Kasih, Tanjung Karang untuk berpindah sebaliknya mengambil inisiatif mencari tempat tinggal lebih sesuai untuk sembilan keluarga asnaf atas persetujuan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, daripada jumlah tersebut enam keluarga telah menyatakan persetujuan mereka untuk berpindah ke penempatan asnaf yang telah disediakan di Sabak Bernam.

Sementara dua keluarga lagi memohon untuk membina rumah di tanah milik sendiri dengan bantuan LZS dan sebuah lagi keluarga bersetuju untuk berpindah ke rumah sewa yang akan ditanggung oleh LZS.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan kedudukan keluarga yang bukan asnaf dan status tapak kediaman mereka.

Sementara itu sumber LZS menyatakan, sebenarnya terdapat 26 rumah di kawasan tersebut dengan empat daripadanya berada dalam keadaan daif dan tidak dihuni.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat