{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Rakan Cop dijenamakan semula

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISAbadrul.isa@utusan.com.my

AHMAD Zahid Hamidi (dua, kiri) menunjukkan tanda bagus selepas merasmikan Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, semalam. Turut hadir (dari kiri) Pengasas Riders Haven, Ahmad Sabrey Idris; Azman Idris; Setiausaha Agung Persatuan Superbike Malaysia (SAM), Sulaiman Samian dan Kamaruddin Ismail. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Program Rakan Cop yang bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat membantu polis memerangi jenayah akan dilancarkan semula dengan penjenamaan yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan keahlian yang bertambah, Rakan Cop akan ditambah dengan pelbagai aktiviti dalam usaha pembanterasan jenayah serta memberikan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kemungkinan nama dan logo Rakan Cop itu akan dikekalkan, namun yang pastinya program itu ditambah baik dengan pengenalan nombor 911 untuk saluran maklumat aktiviti jenayah yang dilihat oleh ahli-ahli Rakan Cop," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Bilik Pameran Riders Haven dan Pelancaran Kelab Motosikal Riders Haven di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Riders Haven, Datuk Kamaruddin Ismail dan Pengarah Urusannya, Azman Idris.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif, Persatuan Superbike Malaysia (SAM) memberitahu, pihaknya akan menjemput para penunggang motosikal di negara ini untuk menjadi ahli Rakan Cop.

"Terdapat tidak kurang 50,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi serta ratusan ribu lagi penunggang motosikal berkuasa rendah, kita akan satukan mereka di dalam Rakan Cop.

"Mereka akan diberikan kad autoriti dan asas-asas latihan, sekali gus menjadi 'mata dan telinga' pasukan polis bagi usaha pembanterasan jenayah," katanya.

4 Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan tidak dicabar

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Hanya empat daripada 13 bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan menyaksikan jawatan ketuanya tidak dicabar iaitu Cheras, Putrajaya, Kepong dan Titiwangsa manakala selebihnya bakal ditandingi.

Keempat-empat mereka ialah Datuk Syed Ali Alhabshee (Cheras), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Rizuan Abd. Hamid (Kepong) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Selain Rizuan yang tidak dicabar, jawatan ketua setiap sayap bahagian Kepong juga tidak berlaku pertandingan.

Dalam pada itu, selain mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong juga tidak dicabar.

Perebutan jawatan ketua bahagian di Bandar Tun Razak pula menyaksikan pertembungan enam penjuru yang antaranya turut melibatkan Datuk Rizalman Mokhtar, Datuk Amil Salleh dan Syed Abdul Rahman Mohammad Alhabshi.

Malah, jawatan timbalan ketua dan naib ketua bahagian turut membabitkan jumlah calon yang ramai manakala ketua Wanita bahagian pula ditandingi oleh tiga calon.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman OUG, Saarah Basham menjadi satu-satunya wanita yang menawarkan diri sebagai calon Ketua Bahagian Seputeh.

Beliau akan menentang dua calon lain iaitu penyandang ketua bahagian, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dan bekas ketua bahagian itu, Datuk Hisham Abd Majid.

Bumiputera perlu jadi usahawan - Ahmad Maslan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Orang Melayu khususnya golongan muda disaran mempelopori bidang keusahawanan dengan lebih proaktif demi mencapai hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun tiga perempat penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera namun kuasa ekonomi negara ketika ini didominasi kaum Cina.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, kita masih belum mencapai prestasi yang diharapkan malah terlalu rendah, misalnya dari segi pencapaian ekuiti, pemilikan premis perniagaan, simpanan dalam bank dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda dan Keusahawanan 2013 di sini hari ini.

Forum yang julung-julung kali diadakan itu disertai lebih 600 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kaedah terpenting dalam mengangkat ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera adalah melalui keusahawanan.

"Jika kita tidak menjadi bangsa usahawan, negara akan rugi kerana sembilan daripada sepuluh punca kekayaan adalah daripada hasil perniagaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat