Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Polis Sudan lepas gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan Posted: 25 Sep 2013 12:08 PM PDT KHARTOUM, 25 Sept. - Polis Sudan terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan anti-kerajaan di bandar ini semalam kerana menentang kenaikan harga bahan api. Penunjuk perasaan tersebut berkumpul di bangunan universiti dan beberapa stesen minyak dan juga menyekat jalan utama yang menuju ke lapangan terbang berhampiran Hotel Rotana. Seorang wartawan Reuters menyaksikan polis melepaskan tembakan serentak kearah penunjuk perasaan yang berkumpul manakala beratus-ratus lagi pegawai dan agen keselamatan bergegas ke pusat bandar. - REUTERS |
Tiga daerah timur Afghanistan dalam kawalan Taliban Posted: 25 Sep 2013 12:07 PM PDT KABUL 26 Sept. - Tiga daripada tujuh daerah di timur Afghanistan kini berada dalam kawalan kumpulan Taliban. Menurut jurucakap Gabenor wilayah Nuristan, Mohammad Zaher Bahand, antara daerah yang dikawal termasuklah Kamdesh, Waigal dan Barg-e-Matal. "Kegiatan kumpulan Taliban semakin meningkat dua kali ganda sejak tentera asing meninggalkan negara ini tahun lepas," kata Zaher, yang kini berada di Kabul untuk membuat rayuan. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |