Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Israel dan Palestin mahu adakan rundingan damai Posted: 08 Sep 2013 11:29 AM PDT PARIS 9 Sept. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, Israel dan Palestin memutuskan untuk mengadakan rundingan damai. "Kedua-dua buah negara berpegang teguh dengan komitmen mereka untuk meneruskan rundingan, kata Kerry di sini hari ini, sambil menambah bahawa beliau merancang untuk berjumpa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam masa terdekat. - AFP |
Menteri Luar Iran anggap serangan keatas Syria menyalahi piagam PBB Posted: 08 Sep 2013 11:29 AM PDT BAGHDAD 9 Sept. - Serangan ketenteraan terhadap Syria yang bakal diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) adalah 'menyalahi undang-undang' berdasarkan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javed Zarif di sini hari ini. "Negara bertamadun 65 tahun lalu telah membuat pilihan dengan menolak piagam PBB untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang. "Mengapa mereka yang menyokong serangan tersebut memanggil diri mereka sebagai negara bertamadun dan terus mendesak semua pilihan yang ada, kata Zarif dalam satu sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |