{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


401 kes denggi seluruh Pahang

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

Dua anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Seri Layang di Temerloh, semalam.

TEMERLOH 13 Sept. - Sebanyak 401 kes denggi dicatatkan di negeri dalam tempoh antara Januari sehingga awal bulan ini dengan kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan melibatkan 239 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Norhizan Ismail berkata, Temerloh merupakan daerah kedua tertinggi dengan 59 kes, diikuti Bera (20 kes), Jerantut (19), Bentong dan Lipis masing-masing 10 kes, Rompin (lapan) Raub dan Pekan (tujuh) manakala satu kes lagi di Cameron Highlands.

Katanya, sehingga kini satu kawasan wabak berlaku di daerah Temerloh iaitu di Taman Saga dan sembilan lagi di daerah Kuantan tetapi kesemua kawasan wabak ini berjaya dikawal dalam masa 14 hari.

"Hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan Daerah Temerloh ke atas 35,573 premis mendapati sebanyak 200 premis telah ditemui menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Pemeriksaan juga mendapati punca utama wabak denggi berlaku apabila penduduk membuang sampah merata-merata tempat di kawasan perumahan mereka," kata Norhizan dalam majlis pelancaran Operasi Denggi 3 peringkat daerah Temerloh di Taman Rimba di Mentakab, dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, Dr. Azuwa Arif.

Tambahnya, mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000), penduduk atau penghuni rumah yang membiarkan jentik-jentik aedes di premis mereka jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

Sehingga kini, kata Norhizan, sebanyak 131 kompaun bernilai RM65,000 dikeluarkan kepada penduduk di daerah Temerloh dan 26 notis telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi pembiakan aedes.

"Enam tapak pembinaan pula ditutup kerana menjadi tempat pembiakan aedes yang tinggi. Saya menyeru supaya masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan tempat awam bersih dan bebas daripada pembiakan aedes.

"Sesiapa yang mengalami demam yang kuat secara tiba-tiba dan disertai sakit kepala atau badan dan sendi supaya segera mendapat rawatan di klinik atau hospital," katanya.

Muip kaji tubuh institusi khas kendali agihan zakat

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat pameran selepas majlis Kesyukuran dan Penghargaan Pusat Kutipan Zakat Pahang di Kuantan, kelmarin. Turut kelihatan, Adnan Yaakob.

KUANTAN 13 Sept. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sedang mengkaji untuk menubuhkan sebuah institusi khas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan mengagihkan zakat di negeri itu.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pihak Muip diberi tanggungjawab melakukan kajian mengenainya dan penubuhan institusi itu akan diputuskan selepas hasil kajian diperoleh.

"Penubuhan institusi yang berperanan dalam hal-hal pengagihan zakat ini penting supaya urusan dapat dilakukan dengan cara lebih teratur dan lebih sistematik.

"Dengan adanya institusi seperti ini kelak dapat mempertingkatkan tahap kecekapan dalam sistem penyampaian dan memaksimumkan tahap kepuasan pelanggan," titah Tengku Mahkota Pahang.

Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Pusat Kutipan Zakat (PKZ), di sini semalam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah berkenan menerima Sijil ISO 9001 dan Sijil MS 1900 yang disampaikan Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof.

Baginda bertitah, penubuhan institusi itu sebagai satu langkah untuk meningkatkan sistem pengurusan zakat melibatkan pengagihan kepada golongan yang layak.

"Sistem pembayaran zakat yang ada pada masa kini amat baik sehingga mencatatkan jumlah peningkatan pembayar zakat pada setiap tahun.

"Oleh itu, kita juga memerlukan satu sistem pengagihan yang sistematik dan sempurna agar setiap agihan direkodkan dengan jelas.

"Dalam masa sama, kita boleh melaporkan kepada pihak pembayar zakat mengenai agihan yang dilakukan Muip kepada golongan asnaf terlibat. Dengan kata lain, setiap agihan akan menjadi lebih telus," titah Tengku Abdullah.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menyifatkan pengiktirafan melalui Sijil Pengurusan Kualiti itu sebagai satu bukti bahawa PKZ mempunyai satu sistem yang baik dalam pengurusan kutipan zakat dan usaha itu perlu dicontohi oleh semua pihak.

Keberkesanan promosi dibincang

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

KUANTAN 13 Sept. - Seminar pelan induk pembangunan pelancongan yang akan berlangsung pada 18 September ini di Bukit Gambang bakal menilai keberkesanan program promosi yang dijalankan kerajaan mahupun pihak swasta dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong ke negeri ini.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Datuk Md. Hanafiah Abdul Talib berkata, seminar selama dua hari itu turut memberi pendedahan kepada pengusaha mengenai permintaan semasa dalam bidang itu.

"Kita juga akan membincangkan mengenai langkah yang perlu dilakukan pemain dalam industri ini tanpa hanya tertumpu kepada pemilik hotel dan resort malah kepada pihak yang terlibat secara langsung seperti pengusaha produk kraf dan peniaga makanan.

"Selain itu, kita mahu produk pelancongan yang ada di negeri ini dipromosi secara menyeluruh termasuk budaya, makanan, kraf tangan dan lain-lain," katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat