{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Guna topi keledar dilulus SIRIM

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Mohd. Zairasyahli Shah (kanan) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal dalam kempen keselamatan jalan raya dan program tukar topi keledar anjuran JKJR bersama sebuah syarikat insurans di Jalan Besar, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 7 Sept. - Terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga masih menggunakan topi keledar yang tidak diluluskan oleh SIRIM Berhad (SIRIM) ketika menunggang motosikal sekali gus mengundang risiko kecederaan jika terbabit kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pahang, Mohd. Zairasyahli Shah berkata, ramai golongan tersebut kurang prihatin dengan pemilihan topi keledar yang tidak mempunyai kualiti serta logo SIRIM.

"Ramai mengambil mudah soal keselamatan pemakaian itu terutama yang dipakai anak-anak kecil hinggakan ada antara mereka hanya mengenakan topi keledar mainan sedangkan itu membabitkan soal nyawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam kempen keselamatan jalan raya dan program tukar topi keledar anjuran JKJR bersama sebuah syarikat insurans di Jalan Besar di sini baru-baru ini.

Dalam program itu, sebanyak 70 topi keledar saiz dewasa dan kanak-kanak diedarkan kepada penunggang motosikal yang melalui laluan tersebut.

Turut diedarkan sebanyak 600 pelekat reflektif bagi yang menggunakan topi keledar yang disahkan oleh SIRIM.

Katanya, program seumpama itu akan diperluaskan ke seluruh negeri dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan meningkatkan tahap kesedaran penunggang motosikal tentang kepentingan keselamatan di jalan raya.

Pembangunan Jerantut diteruskan demi rakyat

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Ahmad Nazlan Idris

JERANTUT 7 Sept. - Proses pembangunan dan penyediaan kemudahan infrastruktur di daerah ini akan diteruskan demi kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau akan menilai kembali projek yang telah dirancang oleh bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar agar dapat diteruskan.

"Kita akan lihat kembali senarai projek yang telah dirancang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan dilaksanakan biarpun mengalami kelewatan.

"Semua pembangunan yang dirancang sebelum ini tidak akan diabaikan, malah kita tidak akan mengubahnya supaya masyarakat dapat mengecapi pembangunan dan kemudahan dengan baik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, seluruh penduduk di sini ingin melihat Jerantut membangun seperti daerah lain di negeri ini dan perkara tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, daerah ini semakin membangun jika dibandingkan 30 tahun lalu.

"Saya yakin Jerantut bukan sahaja akan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun, malah menjadi bandar pelancongan apabila jalan berharga kira-kira RM300 juta dari Kuala Tahan ke Kampung Raja, Terengganu siap dibina kelak," katanya.

Beliau berharap penduduk bersedia dengan pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan untuk kebaikan bersama.

nnnn

Operasi: 15 PATI ditahan

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Sebahagian daripada pekerja asing yang diperiksa dalam Ops Bersepadu 6P di kawasan Perindustrian Jerantut pagi kelmarin.

JERANTUT 7 Sept. - Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh ditahan dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan di sekitar kawasan perindustrian Jerantut di sini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Temerloh, Kamaruddin Embong berkata, seramai 35 anggota Imigresen dan masing-masing 10 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terlibat dalam operasi berkenaan di tiga kawasan yang menjadi penempatan pekerja asing.

Menurutnya, operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir 5.30 pagi dengan melakukan pemeriksaan ke atas 112 pekerja asing di dua kilang memproses papan dan papan lapis.

"Kita berjaya menahan 15 pekerja asing yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki pasport, tidak mempunyai permit kerja atau permit kerja telah tamat tempoh.

"Kesemua mereka dihantar ke Depot Tahanan Semenyih, Selangor untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi itu berjalan lancar dan tiada pekerja asing yang cuba melarikan diri semasa serbuan dijalankan.

Dalam pada itu, seorang anggota Rela yang enggan namanya disiarkan berkata, berdasarkan maklumat terdapat ramai PATI tidak lagi berada di kawasan penempatan kerana menyedari kemungkinan rumah kongsi mereka akan diserbu pihak berkuasa.

Menurutnya, difahamkan mereka sanggup tinggal di kawasan hutan dan semak bagi mengelak ditangkap selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menjalankan Ops Bersepadu 6P.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat