Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
UMW Toyota lancar kempen jejak Vios baharu Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT ORANG ramai perlu mengambil gambar dengan model Vios baharu yang dipamerkan untuk menyertai kempen jejak Vios. KUALA LUMPUR 12 Sept. - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) melancarkan kempen Vios Spot & Snap Cruiser yang menawarkan hadiah menarik sempena pelancaran model terbaharu Vios tidak lama lagi. UMW Toyota dalam kenyataannya hari ini menyatakan, kempen berkenaan berlangsung dari 6 hingga 22 September ini. Model Vios baharu akan ditunjukkan di beberapa tempat tertentu di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sepanjang tempoh berkenaan dan orang ramai perlu mengambil gambar bersama kereta berkenaan untuk menyertai kempen tersebut. Gambar yang diambil perlu dimuat naik ke akaun Facebook peribadi dan anda berpeluang memenangi hadiah istimewa dari UMW Toyota. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan boleh melayari laman sesawang www.toyota.com.my untuk mengetahui lokasi kemunculan Vios baharu. Vios baharu menawarkan perubahan rekaan sepenuhnya, teknologi terkini dan penambahbaikan dari segi keselamatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |