Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Suprima S Model taruhan terbaik Proton Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT Oleh fairus kassim Proton Suprima S menawarkan reka bentuk yang lebih sporty terutama di bahagian belakang. PROTON Suprima S boleh dikatakan model terbaik keluaran syarikat kereta nasional berkenaan dengan gabungan reka bentuk hatchback yang cukup menawan dan ciri-ciri keselamatan melangkaui harganya. Daripada hadapan saling tidak tumpah seperti model Preve tetapi apabila anda beralih ke bahagian belakang barulah anda sedar kenapa pihak Proton menegaskan model ini bukan versi hatchback bagi Preve. Ketepikan dahulu soal nama yang sedikit kontroversi, yang penting bagi sebuah kereta adalah rekaan, prestasi, keselamatan, gajet dan kepuasan pemanduan yang ditawarkan kepada pembeli. Suprima S merupakan kereta Proton paling moden dan canggih dengan mengikuti standard piawaian antarabangsa dan S hujung namanya pula membawa maksud Sport yang menggambarkan kehebatan prestasi jentera ini. Belakang Suprima S merupakan bahagian yang paling menonjol dengan rekaan yang cukup sporty dengan kemasan bampar separa hitam, spoiler dan garisan pada badannya mampu membuatkan mata kita melirik ke setiap inci kereta ini. Bagi menaikkan imej kereta ini berbanding pesaingnya Proton telah meletakkan logo Lotus dan Turbo di bahagian belakangnya. Pada waktu malam, lampu LED cluster di bahagian belakang cukup menarik perhatian dan anda pasti dapat meneka bahawa kereta di hadapan anda adalah Suprima S dengan hanya melihat lampu tersebut. Di bahagian hadapan pula, sayap Proton yang sudah menjadi lambang kebanggaan syarikat itu diterapkan pada bahagian tengah gril baharu iaitu honeycomb, berbeza dari Preve. Rasanya anda tidak perlu membuat sebarang ubah suai apabila membeli Suprima S kerana semuanya hampir lengkap disertakan seperti lampu brek tambahan di bahagian tengah bampar belakang, sport rim 17 inci, kamera undur, spoiler, sistem bebas kunci, skrin sesentuh, GPS, lampu serta pengelap cermin automatik dan cermin sisi tertutup secara automatik apabila kereta dikunci. Dari segi keselamatan pula, Suprima S yang menerima pengiktirafan lima bintang daripada ANCAP ini telah dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), BA, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan kawalan tarikan (Traction Control), tingkap automatik anti-perangkap, sensor hadapan dan bantuan bukit. Beralih ke bahagian kabin pula, tidak banyak perubahan dibuat berbanding Preve dan antara perbezaan yang dikesan adalah, warna papan pemuka, kerusi kulit, suis bonet belakang di pintu pemandu, LCD dengan sistem operasi Android, tambahan dua tweeter pada sistem audio dan stereng kulit. Suprima S masih menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan sepanjang sesi uji pandu kenderaan ini tiada jurang besar berbanding Preve tetapi pihak Proton telah membuat sedikit talaan pada sistem penyerap hentak bagi menyokong penggunaan rim 17 inci. Kehebatan kawalannya memang tidak boleh dinafikan berikutan mendapat sentuhan terus daripada jurutera Lotus termasuklah ketika memandu laju, membelok dan memintas. Kereta segmen C ini turut dipadankan dengan ProTronic Continuous Varible Transmission (CVT) berserta tujuh kelajuan automatik dan pilihan manual menerusi pedal shifter dan di tombol gear apabila ditolak ke sebelah kiri. Penulis sedikit tidak berpuas hati dengan gear manual menggunakan tombol gear kerana terlalu lembut dan tidak terasa kemasukan gear apabila ditolak ke hadapan atau ke belakang. Secara keseluruhannya, Suprima S memang sangat berbaloi untuk dimiliki dan penulis yakin Proton semakin berdaya saing dengan model-model baharunya berbanding sebelum ini. Suprima S ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive pada harga RM76,688 (metalik) dan RM76,338 (solid). Manakala varian Premium pula berharga RM79,988 (metalik) dan RM79,638 (Solid). Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima S iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun. |
Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT BMW Group Malaysia telah melancarkan dua varian istimewa kereta BMW 3 Series M Sport iaitu, 320d dan 328i dengan penambahan kemasan serta imej lebih sporty. Presiden & Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Gerhard Pils berkata, BMW 3 Series merupakan kenderaan paling banyak terjual dan kereta sedan premium paling berjaya serta menjadi penanda aras dari segi prestasi, keselesaan dan rekaan. "Saya yakin edisi terbaharu ini akan terus menerajui segmen sedan premium dunia," katanya dalam satu kenyataan. BMW 320d M Sport dijual pada harga RM 268,800 sebuah manakala BMW 328i M Sport pula RM 309,800 sebuah tanpa insurans dan ditambah dengan pakej penyelengaraan BMW. BMW 3 Series M Sport bahru menawarkan rekaan luar lebih dinamik dengan rekaan semula secara menyeluruh dari segi pakej aerodinamik sekali gus membezakannya dengan varian lain. Kereta ini dilengkapi dengan ekzos perak dan kemasan eksklusif Shadow Line berkilau pada tingkap selain talaan M Sport di bahagian penyerap hentak untuk merendahkan kereta sebanyak 10 milimeter serta menyokong rim M Star-spoke bersaiz 18 inci bagi menonjolkan imej sport. Bahagian kabin juga turut menerima sentuhan sama seperti M Sport yang lain seperti, stereng bersalut kulit Nappa dengan kawalan butang pelbagai fungsi manakala kerusi hadapan mendapat kemasan kulit Dakota serta dekorasi menggunakan Aluminium Hexagon. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |