{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Semua exco pertahan jawatan

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Kanan Hamidah Osman, Maznah, Hasnah Salam, Suraya Yaacob

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kesemua Exco Pergerakan Wanita UMNO akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu Oktober ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, selain barisan Exco, lebih 10 muka baharu menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tersebut setakat ini.

Beliau berkata, jawatan Naib Ketua pergerakan itu pula sehingga kini menyaksikan pertandingan antara Exco Wanita UMNO merangkap Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Dalam pada itu, menurut Hamidah, beliau sendiri tidak berhasrat untuk bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan kali ini.

"Besar kemungkinan jawatan Ketua Wanita tidak akan dicabar oleh mana-mana ahli selepas bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada bertanding," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hamidah berkata, seramai 80,000 ahli akan menentukan pucuk pimpinan tertinggi pergerakan itu pada hari pengundian yang berlangsung serentak dengan Pemuda serta Puteri di peringkat pusat dan bahagian pada 12 Oktober ini.

Katanya, penamaan calon untuk semua peringkat sayap parti termasuk Majlis Tertinggi (MT) dan bahagian pula akan berlangsung pada 21 September ini di ibu pejabat dan pejabat perhubungan negeri masing-masing.

''Pada hari penamaan calon, mereka yang mahu bertanding perlu menghantar borang mempunyai nama pencadang dan penyokong serta wakil calon masing-masing yang akan dibuka pada hari tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

''Hari pengundian bagi peringkat MT pula akan berlangsung pada 19 Oktober melibatkan seramai 150,000 perwakilan bakal membuat pilihan mereka," katanya.

Setakat ini, antara yang sudah mengesahkan bertanding mempertahan jawatan Exco Wanita UMNO ialah Datuk Armani Mahiruddin, Datuk Jamelah A. Bakar, Datuk Rosni Zahari, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin dan Datuk Norhayati Onn.

Turut mengesahkan mempertahan jawatan ialah Datuk Maznah Hamid, Datuk Marlia Abdul Latiff, Datuk Rusnah Kassim, Datuk Hasnah Salam dan Datuk Noorhayati Omar.

Calon lain ialah Datuk Noriah Mahat, Datuk Rabiyah Ali, Norliza Rahim, Azihani Ali, Roslin Abdul Rahman dan Datin Ros Suryati Alang.

Langgar etika pemilihan berdepan tindakan tegas

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ahli UMNO yang melanggar etika pemilihan parti bulan depan bakal berdepan tindakan tegas, termasuk digantung keahliannya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya mendapat maklumat di peringkat bahagian bahawa terdapat pihak bertindak negatif seperti mengoyak, membakar bahan kempen dan melakukan politik wang.

Sehubungan itu katanya, mana-mana ahli yang didapati bersalah melakukan kesalahan, pihak parti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

"Jika ada sebarang bantahan atau tidak puas hati terhadap mana-mana calon, mereka boleh membuat bantahan melalui Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian UMNO," katanya.

Tengku Adnan berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa UMNO bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa buah negeri lain dan memperhalusi kaedah terbaik untuk diselesaikan.

Beliau menambah, jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya melalui mesyuarat cawangan adalah sekitar 53 peratus.

Berhubung pemilihan yang bakal berlangsung nanti, Tengku Adnan memberitahu ia akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO 2013 dan jawatankuasa terbabit menerima pelbagai aduan.

"Semua aduan itu hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian dan sebarang siasatan berkaitan aduan itu akan disiasat oleh Badan Perhubungan UMNO negeri," katanya.

Beliau menjelaskan, antara aduan yang diterima ialah berniat dengan sengaja memburukkan anggota, cawangan ataupun bahagian; berniat sengaja membatalkan mesyuarat dijalankan dan aduan tidak munasabah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat