{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Surendran tidak faham Perlembagaan

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

N. Surendran

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera apabila mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Surendran juga seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi-agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

''Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.

''Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Surendran semalam dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.

Dalam hubungan itu, Khairy mempersoalkan adakan kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi.

Sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi.

''Tetapi jika Surendran mengesahkan itu kenyataan peribadinya, maka Anwar digesa menasihati Naib Presidennya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka,'' katanya.

Beliau menambah, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana hanya akan membuatkan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tersebut tidak tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan.

'Tahaluf siyasi' haram jika mudarat perjuangan Islam

Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Dewan Pemuda Pas berpandangan, tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, cadangan supaya tahaluf siyasi itu dikaji semula adalah wajar.

Menurut beliau, kajian tersebut perlu melihat sama ada tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.

"Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam, maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama parti anggota yang bertahaluf.

"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Malaysia Official) hari ini.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, Kedah semalam, mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa memberitahu, pucuk pimpinan Pas terutama Majlis Syura Ulama mesti melihat aspek-aspek yang perlu diperbaiki dalam tahaluf siyasi itu.

Beliau berpandangan, tahaluf siyasi antara Pas dan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang sepatutnya membawa keuntungan kepada parti.

"Kita serahkan kepada pimpinan tertinggi. Mungkin pada muktamar nanti ada usul kaji semula," ujarnya.

Norazli berkata, kajian semula itu hendaklah merangkumi semua sudut termasuk isu pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat