{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Kembalikan Pemuda UMNO pendesak perjuangan Melayu - Akhramsyah

Posted: 19 Sep 2013 10:50 PM PDT

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Ketua Pemuda UMNO cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi menawarkan dirinya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu dalam pergerakan itu.

Beliau menafikan menjadi proksi mana-mana pihak dalam mencabar penyandangnya ketika ini, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Jelasnya, Pemuda UMNO perlu kembali sebagai pendesak perjuangan Agenda Melayu bagi mengembalikan sokongan golongan muda Melayu kepada UMNO.

"Saya tidak berada di kem mana-mana pihak, kalau nak katakan saya proksi, saya proksi akar umbi yang mahukan perubahan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Najib umum pertahan jawatan Presiden UMNO

Posted: 19 Sep 2013 11:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, Oktober ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di semua peringkat.

Malah jelasnya, maklum balas yang diterima daripada badan-badan perhubungan UMNO negeri turut menetapkan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai Presiden parti.

Di samping itu ujarnya, dalam pandangan-pandangan serta suara-suara yang diutarakan menerusi mesyuarat cawangan-cawangan UMNO, sebahagian besar daripada ahli-ahli UMNO mahukan perkara sama.

''Saya amat berterima kasih lagi terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan serta disuarakan oleh ahli-ahli UMNO di semua peringkat.

''Oleh itu, dengan rasa rendah diri, maka saya menerima sokongan tersebut untuk menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan sebagai Presiden parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama perasmian Persidangan The Middle Temple 2013, di sini hari ini.

Pendaftaran calon yang bercadang untuk bertanding bagi semua jawatan dalam UMNO termasuk di peringkat bahagian dan ketiga-tiga sayap akan dibuka Sabtu ini.

Najib berkata, pihaknya mengharapkan mandat dan kepercayaan yang diberikan itu akan mampu 'mengalirkan' semangat juang semua ahli parti untuk terus memperkasa serta memantapkan lagi UMNO dan seterusnya memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Ditanya sama ada beliau akan ditentang dalam merebut jawatan Presiden parti, Najib berkata : ''Tunggulah, tak usah cakap soal pencabar, tunggu Sabtu ini, baru kita tahu kedudukannya.''

Berhubung pertandingan yang dijangka berlaku dalam semua jawatan sayap parti termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti, beliau memberikan jawapan berikut : ''Tidak tahu lagi, itu masih di peringkat membuat kenyataan, Sabtu ini kita akan tahu, segalanya akan terjawab.''

Kepada soalan berhubung kemungkinan berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO kali ini, ujarnya, beliau sentiasa yakin dengan kesinambungan kepimpinan dan perubahan tetapi apa yang penting adalah kestabilan dalam UMNO.

''Ini membuktikan UMNO merupakan parti yang dinamik, perubahan berlaku dari semasa ke semasa termasuk di peringkat atasan pimpinan parti. Saya jangka pasti ada perubahan dalam pemilihan parti kali ini,'' katanya.

Najib turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'pasukan' kegemaran dalam pemilihan kali ini dan ini jawapan beliau : ''Semua adalah team (pasukan) saya. Saya kapten UMNO, semuanya adalah sepasukan.''

Menjawab teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung keadaan tenat UMNO beliau berkata, UMNO akan terus memperkukuh sistem nilai parti dalam memperjuangkan kepentingan parti serta menolak politik wang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat