{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Perkasa minta Ku Li kemuka pelan induk Pelan Amanah

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memperincikan cadangannya supaya perancangan ekonomi dilindungi semangat Perlembagaan Persekutuan bagi berkongsi kekayaan semua pihak sehingga ke generasi akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, saranan supaya Pelan Tindakan Ekonomi Amanah Negara (Pelan Amanah) sebagai pelan perancangan untuk mewujudkan model ekonomi masa depan Malaysia serta memberi pelindungan saksama kepada setiap lapisan masyarakat adalah selaras dengan perjuangan Perkasa selama ini.

Bagaimanapun, cadangan tersebut hanya bersifat dasar dan perlu memperincikan dalam bentuk yang lebih spesifik menerusi satu pelan induk jika benar perkara itu mampu memberi manfaat besar kepada rakyat.

"Walaupun disebut untuk kemakmuran bersama, beliau perlu menjelaskan secara terperinci seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini yang jelas dengan agenda untuk membantu bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau percaya sesuatu tindakan yang baik mampu menarik sokongan rakyat, namun Tengku Razaleigh perlu menjelaskan secara komprehensif kepada orang ramai supaya hala tuju cadangan tersebut dapat dicapai secara bersama.

Semalam, ketika menyampaikan ucaptama Majlis Pelancaran Meja Bulat Ekonomi anjuran Yayasan Mahkota di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tengku Razaleigh berkata, formulasi dan pelaksanaan Pelan Amanah mesti berada dalam lingkungan konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang mewakili kontrak sosial antara rakyat di negara ini.

"Perkasa selama ini melihat pelbagai kenyataan dasar yang diumumkan semuanya nampak baik tetapi akhirnya matlamat tak tercapai kerana kelemahan dari segi pelaksanaannya.

"Kami ingin mengingatkan apa yang hendak ditentukan bukan sahaja satu pelan ekonomi yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat tetapi agenda bumiputera sebagai agenda nasional," katanya.

Tegas beliau, Perkasa mahu melihat kehidupan rakyat semua kaum terjamin bebannya dan pembahagian kekayaan kek ekonomi negara dapat membantu 97.9 peratus bumiputera.

Ibrahim berkata, jika pembahagian kek ekonomi tidak dibahagi-bahagikan secara seimbang, maka kepimpinan negara perlu campur tangan dengan mengemukakan tindakan yang dilihat bukan hendak 'menolong' bumiputera semata-mata tetapi berdasarkan kepada kepentingan nasional.

Usaha halang DAP adakan Kongres Khas parti gagal

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan keputusan sesebuah parti politik atau mana-mana perkara berkaitan hal ehwalnya.

Hakim Datuk Rosnaini Saub menyatakan demikian ketika membatalkan saman serta permohonan Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass untuk mendapatkan perintah injunksi menghalang DAP daripada mengadakan Kongres Khas parti itu, Ahad ini.

David memfailkan saman itu pada 10 September lalu bagi menuntut antaranya perintah injunksi menghalang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan DAP daripada mengadakan Kongres Khas pada 29 September ini atau pada bila-bila tarikh kemudian untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

David selaku pihak plaintif antaranya memohon beberapa deklarasi supaya mahkamah mengisytiharkan pelantikan 20 ahli CEC hanya boleh dibuat melalui pemilihan dalam Kongres Kebangsaan Parti menurut Fasal VIII Perkara 5(d) Perlembagaan Parti. David diwakili peguam, K. Harikrishnan.

Bagaimanapun Hakim Rosnaini berpendapat, mahkamah tiada bidang kuasa memutuskan perkara tersebut seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu menyatakan, keputusan yang dibuat oleh parti politik adalah muktamad dan konklusif selain tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan.

Beliau menyatakan, dalam menggubal seksyen berkenaan, niat Parlimen adalah jelas iaitu keputusan yang dibuat oleh sesebuah parti politik adalah muktamad lagi konklusif dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Katanya, DAP apabila mendapat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memilih semula ahli-ahli CEC, telah merujuk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Parti (Perintah Tetap).

Justeru itu, Hakim Rosnaini menyifatkan, dakwaan David yang menyatakan DAP mungkin dibatalkan jika mengadakan kongres khas untuk memilih semula ahli-ahli CEC bukanlah suatu perkara untuk mahkamah menentukannya ataupun membuat sebarang spekulasi.

"Sebaliknya, ROS yang perlu memutuskannya dan bukan mahkamah yang membuat spekulasi tentang apa yang akan ditentukan oleh ROS," ujar beliau yang membatalkan saman itu dengan kos RM5,000 untuk dibayar oleh David.

Hakim Rosnaini turut menyifatkan, permohonan pihak plaintif untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang DAP mengadakan Kongres Khas Parti itu, atas dakwaan telah melanggar perlembagaan parti, sebagai tidak berasas.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat