{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


'Helah Anwar alih isu'

Posted: 03 Sep 2013 11:11 AM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Sept. - Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdialog dengan kerajaan disifatkan helah terbaharu mengalih pandangan orang ramai terhadap kandungan surat misteri yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bimbang sekiranya surat misteri yang sedang disiasat polis tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti beliau di mata rakyat.

Menurut beliau, Anwar tidak mempunyai sebarang asas untuk mengadakan dialog dan beliau juga bukan Presiden PKR yang layak tampil berdialog dengan kerajaan mengenai isu kepentingan negara.

"Kita berasa sangsi kenapa Anwar mahu mengadakan dialog dan ini menjadi bukti beliau cuba mengalih isu yang pernah didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung 6,000 keping surat misteri melibatkannya dan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mazlan mendedahkan beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' Anwar dan Karpal.

Namun, Anwar dan Karpal ketika membuat laporan polis terhadap pengedaran surat misteri tersebut menafikan dakwaan wujud 'urus niaga' antara mereka, sebaliknya mendakwa perkara itu fitnah UMNO.

Menurut Mohd. Puad, sekiranya pemimpin pembangkang itu serius mahu mengadakan dialog perkara tersebut perlu dibawa ke Parlimen dan dibincangkan secara terbuka.

Katanya, rakyat perlu mengetahui isu yang mahu dibawa Anwar itu bukan bertujuan memerangkap kerajaan.

"Kita anggap beliau mempunyai agenda lain, kalau tarikh 16 September pun boleh berbohong apatah lagi tentang dialog ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, isu tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat MT yang diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Katanya, dalam perbincangan itu semua MT sebulat suara menolak dialog tersebut daripada diadakan.

Isu 13 Mei: Nazri bidas cadangan Kit Siang

Posted: 03 Sep 2013 11:11 AM PDT

Mohamed Nazri, Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya perkara itu perlu dirujuk kepada pakar sejarah dan tidak perlu untuk mengubahnya.

Sejarah adalah sejarah. Kita tidak perlu menulis semula sejarah yang telah berlaku.

Serahkan sahaja kepada pakar sejarah kerana merekalah yang menulis buku sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan projek Impression Melaka di sini hari ini.

Projek Impression Melaka yang bernilai RM213.2 juta merupakan satu produk pelancongan yang akan memaparkan persembahan mega di kawasan terbuka di Pulau Melaka.

Projek itu menyasarkan 1.2 juta pelancong melawat Melaka setahun dan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM179 juta kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyelar tindakan sasterawan negara yang juga aktivis propembangkang, A. Samad Said yang belum menyerah diri kepada pihak polis kerana mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam kemerdekaan tempoh hari.

Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.

Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat