{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


Anjakan drastik untuk bumiputera

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PENGUMUMAN strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin menandakan bermulanya satu anjakan drastik dalam membela nasib golongan itu yang mewakili 67.9 peratus daripada 27.4 juta rakyat Malaysia.

Kemuncak kepada pelaksanaan strategi berkenaan adalah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEB).

Lebih istimewa, MEB itu akan dipengerusikan sendiri oleh Najib dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak sebagai Timbalan Pengerusinya serta dianggotai beberapa menteri berkaitan.

Strategi baharu ini turut melibatkan penubuhan Dana Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM1 bilion dalam bentuk dana sepadan bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi untuk golongan bumiputera.

Inisiatif yang diumumkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu telah mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional dengan menempatkannya ke tahap yang lebih tinggi sama seperti yang dilakukan oleh ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) beberapa dekad lalu.

Langkah terbaharu itu juga dapat menangkis dakyah sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib telah mengabaikan kepentingan ekonomi bumiputera setelah bertindak memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 2009.

Komitmen Perdana Menteri bagi membela nasib bumiputera sudah pasti tidak boleh dipertikaikan lagi dan ini jelas terbukti apabila beliau kelmarin telah menyentuh mengenai Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu yang jelas menyatakan tidak boleh diabaikan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Cukup menarik banyak strategi yang diumumkan Perdana Menteri merupakan cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan ahli ekonomi bumiputera yang pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia antaranya Yayasan Wakaf Malaysia menjadi entiti wakaf korporat dan penyertaan bumiputera dimasukkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan (GLC).

Secara khususnya, fokus pertama strategi itu yang melibatkan langkah mendaya modal insan akan membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Mara memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi menambah bumiputera berlelulusan tinggi di bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

Fokus kedua bagi memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat melibatkan langkah Permodalan Nasional Bhd. melancarkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) pula akan diberi tanggungjawab mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) bagi membimbing syarikat-syarikat bumiputera yang di senarai di Bursa Malaysia.

Fokus ketiga dalam memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera akan melibatkan langkah memperkasakan UDA Corporation bagi membolehkannya membangunkan hartanah bumiputera termasuk rumah, kompleks dan ruang niaga serta bangunan industri di bandar.

Fokus keempat yang melibatkan langkah memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera pula membabitkan tambahan dana berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan RM300 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Bagi mereka yang berminat merebut peluang bergelar usahawan dalam bidang-bidang strategik, kerajaan telah memperkenalkan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (Superb) menerusi dana sebanyak RM100 juta.

Fokus kelima yang membabitkan usaha memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan pula akan melibatkan langkah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif agenda bumiputera.

Dalam pada itu, para pakar ekonomi menyambut baik strategi terbaharu kerajaan berkenaan kerana ia dilihat mampu melonjakkan penyertaan bumiputera dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan teras utama ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan golongan itu.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Perniagaan Kecil dan Sederhana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, inisiatif itu mampu mewujudkan persaingan sihat antara PKS serta menyediakan negara ke arah negara perindustrian menjelang 2020.

Menurut beliau, usaha tersebut juga memberi impak kepada agenda pembangunan bumiputera memandangkan wujud pemusatan pelaksanaan yang digerakkan Jabatan Perdana Menteri.

"Langkah ini dapat menyelaraskan agenda bumiputera dalam pelan pembangunan negara yang mana apabila agensi-agensi kerajaan diselaraskan, tidak lagi berlaku perbezaan arahan," katanya.

Bagi penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Dr. Jorah Ramlan, inisiatif yang diumumkan itu tepat pada masanya bagi meningkatkan tahap pendapatan dan kuasa membeli masyarakat bumiputera.

"Dengan pendapatan yang lebih tinggi dan peningkatan kuasa beli, kumpulan ini akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi," katanya.

Menurut beliau, jumlah bumiputera yang membentuk 67.9 peratus daripada penduduk negara ini mewakili tenaga kerja terbesar dan juga kumpulan konsumer terbesar kepada ekonomi negara.

"Ini kekuatan yang tidak dapat disangkal, apatah lagi jaminan ekonomi kumpulan ini sangat signifikan dalam mencapai matlamat ekonomi nasional," ujarnya.

Beliau berkata, strategi terbaharu berkenaan yang memfokuskan kepada satu kumpulan sasar terbesar iaitu golongan bumiputera juga harus dipuji.

"Tidak ada persoalan mengenai keadilan kerajaan terhadap kaum-kaum lain kerana mengikut statistik dan sasaran ekonomi, kerajaan bersikap adil dalam mengagihkan peluang ekonomi kepada semua kaum.

"Apa yang dilakukan kerajaan sekarang ialah merapatkan jurang ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera untuk menjamin kestabilan ekonomi, sosial, politik dan keselamatan negara," katanya.

Nampaknya tidak mustahil segala strategi yang digariskan itu dapat dicapai dalam tempoh tujuh tahun menjelang 2020 sekiranya semua pihak yang diberikan tanggungjawab bersungguh-sungguh memainkan peranan masing-masing.

Ingatlah, sejarah dunia membuktikan apabila kaum majoriti tertinggal dalam sektor ekonomi di sesebuah negara, maka akan timbul rasa tidak berpuas hati sehingga boleh mencetuskan ketidakstabilan. Kita sudah tentu tidak mahu perkara itu terjadi.

Pemerkasaan ekonomi orang Melayu suatu jihad penuhi amanah, aspirasi

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

DARI JENDELA TOK KI

MAKSUD jihad di sini adalah perjuangan. Perjuangan memenuhi amanah dan aspirasi. Ketinggalan yang berlaku perlu ditebus. Ekuiti atau pegangan orang Melayu dan bumiputera perlu ditingkatkan. Bila keseimbangan tidak wujud, jurang akan terjadi.

Pelancaran strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini memberi makna yang besar kepada orang Melayu dan bumiputera.

Ada lima fokus pemerkasaan yang diberi bermula dengan Mendaya Modal Insan Bumiputera, Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam Sektor Korporat, Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera, Memperhebat Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera dan Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

Adalah sesuatu yang logikal menjadikan Mendaya Modal Insan sebagai sesuatu yang utama. Menghadapi pengaruh globalisasi di alaf 21 ini menuntut daya dan kualiti modal insan yang mampu respons kepada cabaran dan menyumbang kepada perubahan dan kemajuan.

Malaysia dengan strategi negara maju Wawasan 2020 menuntut kemajuan itu berasaskan acuan kita sendiri. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baru dilancarkan cuba memberi asas supaya hal-hal fundamental dalam konteks keMalaysiaan disuburkan seperti Bahasa Melayu, etika dan nilai dan identiti nasional.

Dalam masa yang sama mengambil manfaat berbanding dalam proses pengilmuan dan pendidikan dari sumber global dilakukan supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam memberikan kemahiran berfikir dan berfikir tinggi dalam kalangan warganya.

Maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat membangun Insan Seimbang dan Harmoni menjadi faktor yang melatari pendidikan negara supaya asas etika dan nilai mendasari proses pengilmuan dan pendidikan.

Hal ini menjadi pra-syarat kejayaan pemerkasaan ekonomi kerana lebih separuh abad usaha membangunkan umat Melayu dan bumiputera berjalan kita hanya baru mencapai sekitar 23.5 peratus sahaja.

Antara faktor yang menyebabkan ini terjadi adalah sikap orang Melayu terlalu bergantung dan menyebabkan mentaliti subsidi terjadi. Kedua, daya kompetensi yang kurang menyebabkan daya saing tidak berkembang.

Mendaya Modal Insan menuntut orientasi pengilmuan dan pendidikan yang menyeluruh supaya landasan etika dan nilai dijadikan pedoman utama. Amalan rasuah yang terjadi, ketirisan yang berlaku, penyelewengan yang terdapat adalah antara faktor yang menyebabkan peluang diberi tetapi disalahgunakan.

Johor Corporation adalah salah satu model terbaik dalam pengurusan keusahawanan dan korporat berasaskan jihad bisnes. Kemampuannya menguruskan 22 hospital termasuk hospital pakar di dalam dan luar negara di samping kegiatan bisnes, pelaburan dan wakafnya seharusnya menjadi inspirasi bahawa orang Melayu kalau diberi peluang dengan jihad bisnes yang tinggi mampu menyaingi pihak lain.

Strategi pihak kerajaan memperkasa generasi muda di dalam dan luar negara merupakan suatu pelaburan. Harus ada cetusan mendalam di kalangan generasi muda semangat jihad yang tinggi bagaimana apabila mereka tamat pengajian bersedia untuk menyumbang memperkasa kedudukan umat Melayu dalam ekonomi.

Ia harus dilihat sebagai suatu amanah besar. Pelan Pemerkasaan Ekonomi orang Melayu ini harus dilihat sebagai cabaran penting dalam dunia persaingan ini kerana tanpa dukungan ilmu, kemahiran dan profesionalisme agak payah untuk kita bersaing dalam dunia yang amat terbuka di samping mengukuhkan jati diri supaya akhirnya kita memiliki jiwa mandiri yang tinggi untuk maju.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat