Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Rayu bantuan untuk rawatan isteri hidap barah usus Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT MOHD. Adnan Abd. Hamid bersama isterinya, Suhaiza Che Pa melihat keratan akhbar yang menyiarkan kisah mereka di pejabat Mingguan Malaysia di Kuala Terengganu, kelmarin. KUALA TERENGGANU 31 Ogos - Satu-satunya harapan Mohd. Adnan Abd. Hamid, 29, adalah melihat isterinya yang dinikahi setahun lalu, Suhaiza Che Pa, 32, kembali ceria seperti biasa dan mampu menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu seperti dulu. Hal ini kerana, setelah disahkan menghidap barah usus pada 2010 oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Suhaiza tidak lagi dapat menjalani kehidupan dengan baik termasuk menguruskan dua anaknya, Nurhakim Lukman, 10, dan Mohd. Amar Afiq, 8. "Gaji saya hanya RM600 sebulan hasil kerja di kedai 'hardware' di Kota Bharu dan itulah duit yang diguna untuk membeli ubat isteri, belanja sekolah anak-anak dan belanja dapur. "Belanja perubatan pun dah dekat RM400 sebulan, jadi kami harap sangat kalau ada pihak yang sudi bantu untuk ringankan beban kami," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini semalam. Kisah mereka sebelum ini pernah disiar dalam sebuah akhbar tetapi tidak mendapat respons daripada mana-mana pihak, malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berjumlah RM200 sebulan untuk dua anaknya juga telah dihentikan. Suhaiza juga, katanya, hanya sempat mengikuti dua sesi kemoterapi pada Januari lepas yang ditetapkan setiap dua minggu dan bergantung kepada ubat-ubatan serta produk kesihatan yang diberikan oleh kenalan serta saudara terdekat. "Kami nak ulang alik ke hospital memang susah, jadi bergantung pada ihsan orang sahaja," kata Mohd. Adnan sambil menambah, isterinya pernah dua kali menjalani pembedahan. Menurutnya, kekangan kelayakan akademik pula menyukarkan dia mendapat kerja lain selain isterinya juga tidak lagi dapat bekerja selepas disahkan menghidap penyakit itu. Mohd. Adnan yang berasal dari Kampung FELCRA Keruak, Besut berkata, dia menyimpan hasrat untuk berniaga kecil-kecilan sekiranya mendapat bantuan modal tetapi sehingga kini perkara itu belum terlaksana. Sementara itu, dia mengakui tidak kisah dengan tuduhan pelbagai pihak yang mengatakan mereka 'mengemis' kerana berkongsi kisah kesukaran hidup mereka dengan masyarakat melalui akhbar. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Adnan di talian 014-291 1633 atau Suhaiza 011-1207 6630. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |