{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Hari Malaysia di Kelantan meriah

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berpakaian kebangsaan dan tradisional Kelantan melaungkan 'Malaysia Tanah Tumpah Darahku' sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50 di Stadium Mini Majlis Daerah Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS 16 Sept. - Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 Peringkat Kelantan di sini disambut sederhana tetapi meriah dengan kehadiran lebih 5,000 rakyat berbilang kaum.

Sebanyak 56 kontinjen menyertai perarakan majlis tersebut yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Daerah Pasir Mas di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Ismail Samah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim.

Antara acara yang mencuri tumpuan orang ramai ialah persembahan seni bela diri oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan dan operasi menyelamatkan mangsa kemalangan yang tersepit dalam kenderaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri diberi penghormatan untuk membuat persembahan berikutan kejayaannya muncul sebagai johan kawad kaki peringkat kebangsaan di Lumut, Perak, baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Amar melahirkan rasa syukur dengan kejayaan penganjuran majlis tersebut yang turut dibuat bersempena penutup sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.

"Syukur kepada Allah kerana sambutan Hari Malaysia dapat disempurnakan dengan jayanya sebagai sambutan penutup sambutan Hari Kemerdekaan negara kali Ke-56.

"Tiga acara (telah diadakan), pertama pelancaran Jalur Gemilang pada 31 Ogos, kita ada sambutan Hari Kemerdekaan dan hari ini, 16 September sambutan Hari Malaysia sebagai penutup kepada tiga program tersebut," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada urus setia program dan semua kontinjen terlibat terdiri daripada agensi Kerajaan Pusat dan negeri, pasukan polis dan tentera.

"Dari segi sambutan bagus, orang ramai macam biasa okeylah sebab kita buat di peringkat jajahan, Alhamdulillah," katanya.

Kembali kepada susur galur sejarah - MB

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Ahmad Said melihat gambar-gambar sejarah pentadbiran Negeri Terengganu pada Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Pelbagai program dan projek pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kehidupan rakyat dapat ditingkatkan sejak hampir sedekad yang lalu.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, masyarakat terutama golongan belia hari ini sewajarnya bertanggungjawab memastikan kesinambungan tersebut terus berkekalan.

"Melalui agenda 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' yang diperkenalkan lebih lima tahun lalu, pelbagai program sama ada dalam bentuk pembangunan fizikal mahu pun modal insan juga telah dilaksanakan.

"Bagi memahami dan menghargainya, setiap individu perlu kembali kepada susur galur sejarah," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia peringkat negeri di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas peringkat negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta beberapa kenamaan lain.

Beberapa aktiviti menarik turut diadakan sempena sambutan itu termasuk pameran bersejarah, persembahan Dikir Barat Merdeka, pertandingan puisi, persembahan pentomin kemerdekaan dan sebagainya yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Terengganu.

Dalam pada itu, Ahmad Razif memberitahu, sambutan tersebut diadakan serentak di seluruh negara sebagai tanda penghargaan terhadap wira-wira negara yang banyak mencurahkan keringat demi memastikan kesejahteraan tanah air.

"Selain pameran tentang kemajuan yang dicapai oleh negara, kita juga pamerkan sejarah berhubung pencapaian dan kemajuan negeri ini sejak merdeka.

"Jika mendapat sambutan, kemungkinan pameran ini kita akan teruskan pada masa akan datang," katanya.

Sempadan: Kelantan sedia beri kerjasama kepada kerajaan Pusat

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

MOHD. AMAR

PASIR MAS 16 Sept. - Kelantan sedia memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Pusat bagi meningkatkan aspek keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob juga pada dasarnya menyatakan persetujuan beliau mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri perlu meneliti dengan lebih lanjut perkara itu termasuk cadangan memindahkan penempatan penduduk dan membina tembok di kawasan sempadan yang dicadang diwartakan sebagai kawasan keselamatan.

"Bagi kita, kalau tindakan (memindahkan penduduk di sempadan) untuk keselamatan, kita tak ada masalah, sebab yang penting keselamatan negara perlu diutamakan.

"Cuma, pada pandangan saya yang penting proses perpindahan itulah, kalau dibuat mestilah ambil kira semua aspek. Kita tengok dulu, setakat ini tak ada maklumat rasmi kepada kerajaan negeri lagi.

"Saya rasa itu kena bincang di peringkat negeri, sebab kita pun tak tahu, kita nak tengok dari segi 'detail', kaedah apa (nak digunakan), kesan dia, kita kena bincang dulu di peringkat negeri," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 Tahun 2013 Peringkat Negeri di Stadium Mini Majlis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya kawasan tebing sungai sepanjang 121 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini diwartakan sebagai kawasan keselamatan.

Malah kata Ahmad Zahid, pihaknya juga mencadangkan supaya tembok dibina di kawasan keselamatan itu bagi mengelak penyeludupan senjata api dan dadah serta penjenayah dari kedua-dua negara bolos.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan meminta kerajaan negeri mengkaji cadangan memindahkan penduduk di sepanjang Sungai Golok dan status penempatan di situ dalam usaha membanteras penyeludupan di sempadan.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri perlu meneliti semua cadangan itu dalam pelbagai aspek termasuk kesannya kepada penduduk setempat.

Mengenai pembinaan tembok atau benteng katanya, dari satu sudut cadangan itu adalah baik tetapi kajian perlu dibuat bagi menilai kesan yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat