{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pemilihan di Kelantan sengit

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 21 Sept. - Pemilihan UMNO di Kelantan berlangsung sengit selepas semua jawatan di 12 bahagian dicabar sebaik sahaja tempoh pencalonan tamat petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Kelantan, Datuk Hassan Harun (gambar) berkata, hanya Ketua UMNO Jeli yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menang tanpa bertanding selepas jawatan yang disandang mereka tidak dicabar.

Menurut beliau, saingan paling sengit membabitkan UMNO Rantau Panjang sekurang-kurangnya berlaku pertembungan enam penjuru dalam semua jawatan dipertandingkan termasuk Ketua UMNO Bahagian.

Katanya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bachok turut mendapat saingan sengit daripada tiga pencabar lain menjadikan pertembungan empat penjuru di bahagian itu.

"Pertembungan empat penjuru turut berlaku di UMNO Bahagian Pasir Mas dalam beberapa jawatan termasuk ketua," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Menurut beliau, jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu turut menjadi perebutan antara tiga calon termasuk penyandangnya, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh.

Sehingga penamaan calon ditutup petang ini, sebanyak 13 Ketua UMNO Bahagian menghantar borang pencalonan mempertahan jawatan masing-masing kecuali penyandang Ketua UMNO Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail.

Kejutan, pertandingan sengit di Terengganu

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU 21 Sept. - Proses pencalonan pemilihan UMNO bahagian di Terengganu menyaksikan kejutan, selain beberapa pertandingan sengit bagi merebut jawatan Ketua UMNO bahagian melibatkan kesemua lapan bahagian di negeri itu.

Lebih menjadi tumpuan adalah kejutan di UMNO Bahagian Besut apabila penyandangnya, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Besut kemudiannya hanya memilih bertanding jawatan Naib Ketua UMNO bahagian itu dan tidak dicabar mana-mana calon.

Persaingan merebut jawatan ketua UMNO bahagian itu pula, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Nawi Mohamad dan Mohd. Pehimi Yusof.

Satu lagi kejutan berlaku dalam proses pencalonan pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman apabila penyandangnya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan ditentang oleh Mat Dalam Awang.

Enam lagi jawatan Ketua UMNO bahagian turut dipertandingkan iaitu Marang, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Menepati ramalan, empat calon akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang pada pemilihan parti bulan depan apabila kesemua mereka menyerahkan borang pencalonan hari ini.

Mereka ialah penyandangnya, Datuk Yahya Khatib Mohamad yang akan dicabar oleh A. Latiff Awang, Datuk Dr. Abdul Latiff Awang dan Zainal Alam Abdul Rahman.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Setiu pula, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Datuk Mohd. Jidin Shafei dengan Datuk Mohd. Ghazali Abd. Rahman.

Diikuti UMNO Bahagian Kuala Terengganu apabila Ir. Mohd. Johari Awang dan Datuk Sabri Alwi akan bertembung bagi merebut jawatan ketua bahagian itu.

Datuk Tengku Putera Tengku Awang pula akan dicabar oleh Datuk Jailani Johari bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

Bagi pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pula akan menyaksikan pertandingan sengit antara penyandangnya, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri yang akan dicabar Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said dan Shapian Ali.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Dungun mempertaruhkan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Dr. Rosli Mat Hassan, Datuk Din Adam dengan Mohd. Abdul Rahman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat