{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


MoU 11 agensi dengan JAS

Posted: 25 Sep 2013 01:07 PM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan.utusan.com.my

KOTA BHARU 25 Sept. - Sebanyak 11 agensi membabitkan jabatan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menandatangani nota kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAS, Datuk Dr. Kamarudin Najib Ibrahim berkata, kesedaran tersebut amat penting dalam membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi membanteras kegiatan yang boleh merosakkan alam sekitar.

"Budaya kesedaran ini perlu dipupuk ke seluruh peringkat lapisan masyarakat agar mereka lebih berminat serta matang untuk memahami bahawa pentingnya penjagaan alam sekitar ini.

"Lebih-lebih lagi kita sedang menuju ke arah negara maju, maka kita kena bersedia dari sekarang untuk mengenal ciri-ciri negara maju yang rata-ratanya memfokuskan alam sekitar antara perkara penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Nota Kerjasama dan MoU Dua Hala Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Datuk Abu Hassan Isa dan Pengarah JAS negeri, Muhibah Selamat.

Beliau berkata, kerjasama seumpama itu akan memudahkan program berkaitan kesedaran alam sekitar dilaksanakan dengan lebih lancar sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

"JAS sentiasa berusaha menyusun pelbagai tindakan yang inovatif dalam menangani masalah alam sekitar demi kepentingan serta keselesaan semua pihak," katanya.

Tambahnya, JAS juga sentiasa berusaha dalam memperkasakan prosedur operasi untuk meningkatkan penguatkuasaan menerusi program pemantauan alam sekitar termasuk sungai, tanah dan udara.

Beliau menyeru orang awam turut sama berperanan menangani masalah pencemaran alam sekitar dengan lebih berkesan.

Ahmad Said tepis tuduhan

Posted: 25 Sep 2013 01:07 PM PDT

Ahmad Said

KUALA TERENGGANU 25 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menolak desas-desus yang dijaja menjelang pemilihan parti kononnya beliau mencatur barisan kepemimpinan UMNO di peringkat bahagian bagi mengukuhkan sokongan.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sesiapa sahaja boleh membuat tuduhan dengan menimbulkan pelbagai persepsi untuk mencapai cita-cita atau niat mereka berada dalam barisan kepimpinan.

Katanya, adalah sukar untuk menepis prasangka yang cuba dibangkitkan kerana berdiam diri atau bersuara juga akan menimbulkan masalah.

"Tentunya sebagai contoh, kalau seorang anggota Exco yang bertanding, calon itu mungkin sukar untuk menolak tanggapan dengan mengatakan bukan 'orang Menteri Besar'," ujarnya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Exco kerajaan negeri hari ini.

Menurut Ahmad, isu penajaan calon kononnya oleh kalangan pemimpin sentiasa berbangkit dan terpulang kepada perwakilan untuk membuat pertimbangan wajar siapa yang menjadi pilihan.

"Ini proses demokrasi dan UMNO mula membuka seluas-puasnya kepada ahli memilih pemimpin, malah ada bahagian, empat orang menawarkan diri bagi jawatan ketua.

"Kita tidak boleh halang (sesiapa yang menawarkan diri). Malah saya sendiri juga dicabar oleh Mat Dalam Awang. Kalau dia dirasakan lebih baik untuk parti, ahli boleh pilih dia," ujarnya.

Katanya, pemilihan bukan tempat menjatuhkan sesiapa tetapi proses penawaran diri untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada parti.

Beliau turut menarik perhatian bahawa dalam proses pemilihan parti di peringkat bahagian atau Pusat, tanggungjawab sebenar perwakilan adalah memilih pemimpin parti dan bukannya kawan.

"Terpulang kepada ahli untuk memilih calon kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika sekadar pilih kawan kita akan merosakkan pemimpin. Pilihlah sesiapa sahaja yang kita jangkakan dapat memberikan sumbangan terbaik," ujarnya.

ADUN tunggal tidak bertanding

Posted: 25 Sep 2013 01:07 PM PDT

tengku zaihan

BESUT 25 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman merupakan satu-satunya ADUN di negeri ini yang tidak mengemukakan pencalonan bagi menduduki mana-mana jawatan di peringkat bahagian dalam pemilihan Oktober depan.

Menurut Tengku Zaihan, 37, tidak menjadi persoalan baginya walaupun tidak berada dalam barisan kepemimpinan kelak kerana apa yang lebih penting adalah untuk bersama-sama mereka yang dipilih kelak dalam membantu memantapkan lagi parti dan mengukuhkan keyakinan rakyat.

"Tanpa jawatan pun, tidak menjadi masalah kerana saya masih akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam gerak kerja parti," katanya yang juga Ketua Cawangan Kampung Pekan Baru.

Pada 24 Julai lalu, bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan ekoran kematian Dr. A Rahman Mokhtar.

Ketika dihubungi beliau memberitahu, keputusannya untuk tidak bertanding semata-mata bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasnya sebagai wakil rakyat yang baru sahaja disandang.

Katanya, dalam PRK lalu, banyak yang dijanji oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya dan ini perlu diberi perhatian agar dapat dikotakan setelah pengundi memberi kepercayaan kepadanya dan parti.

Mengenai desas-desus tentang kemungkinan beliau akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Bahagian pula, katanya, perkara itu bergantung kepada pucuk pimpinan.

"Saya ada dengar juga di kedai-kedai kopi, tetapi macam yang dikatalah... khabar angin... jadi kita tak tahu betul atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, dengan kemenangan tanpa bertanding bagi tiga jawatan utama di peringkat bahagian kini, tumpuan terarah kepada pemilihan ahli jawatankuasa dan berharap pertandingan akan berjalan secara sihat.

"Kesemua mereka yang bertanding dan diberi kepercayaan diharap dapat memberi keutamaan kepada kepentingan parti dan menjadikan tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat sebagai fokus utama mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat