{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Perak puas hati peranan NCIA

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
utusanperak@utusan.com.my

GERIK 19 Sept. - Kerajaan negeri berpuas hati dengan peranan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam melaksana projek yang dirancang di taman negeri Royal Belum di sini, khususnya menaik taraf kem pelancongan di kawasan pelancongan terkemuka itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang melawat satu daripada tiga kem pelancongan yang telah siap dinaik taraf oleh NCIA di sini hari ini, iaitu di Sungai Tiang, memuji NCIA kerana berjaya menyiapkan projek tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menurut beliau, NCIA memberi kerjasama baik dalam memastikan semua projek pelancongan yang dirancang di Royal Belum dilaksanakan dengan lancar.

"Umpamanya di kem pelancongan Sungai Tiang di sini, saya berpuas hati dengan kedudukan bangunan dan calet yang dibina kerana NCIA mengambil kira faktor penjagaan alam sekitar.

"NCIA juga terlibat membangunkan kem pelancongan Sungai Papan, Sungai Kejar yang terdapat di Royal Belum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kem pelancongan Taman Negeri Belum di sini, hari ini.

Secara keseluruhan, kos menaik taraf kesemua kem pelancongan di kawasan Royal Belum melibatkan perbelanjaan RM4.7 juta.

Zambry berkata, kem pelancongan di Royal Belum dilengkapi kemudahan terbaik dari segi calet, bilik air dan elektrik.

"Saya mengesyorkan beberapa penambahbaikan dilakukan seperti meletakkan papan tanda nama spesies pokok supaya alam semula jadi di sini dapat dihayati pengunjung.

"Hutan Tropika di sini merupakan khazanah alam yang istimewa dan saya difahamkan terdapat 10 spesies burung enggang di kawasan ini dan ini merupakan tarikan besar untuk pelancongan di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, Royal Belum merupakan satu daripada dua teras projek pelancongan yang dilaksanakan agensi itu di koridor utama.

"Selain Royal Belum, NCIA juga giat memperkembang projek pelancongan di Taiping sebagai bandar warisan.

"NCIA akan terus melaksanakan projek ini dan bekerjasama dengan kerajaan negeri," ujarnya.

NC: Graduan UniMAP laris

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

Kamarudin Hussin beramah mesra bersama beberapa graduan yang menghadiri raptai Konvokesyen Ke-8 UniMAP di Kangar, semalam.

KANGAR 19 Sept. - Sebanyak 60 peratus iaitu 980 graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) daripada 1,894 yang bakal menerima ijazah sempena majlis konvokesyen kelapan institusi itu pada 21 dan 22 September ini sudah ditawar pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, peratusan itu dijangka meningkat lebih 80 peratus selepas konvokesyen tersebut.

"Jumlah ini membanggakan kerana berbanding tahun lepas hanya 55 peratus sahaja ditawarkan, ini menunjukkan UniMAP sebagai universiti baharu sudah mampu melahirkan graduan yang laris di pasaran kerja," katanya dalam sidang akhbar sempena Istiadat Konvokesyen Ke-8 UniMAP di Dewan 2020 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Fo'ad Sakdan.

Kamarudin berkata, pada konvokesyen kali ini sebanyak 27 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana Sains (46), Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (17), Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (1,292), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (298) dan Diploma Kejuruteraan (214).

"Buat pertama kali juga 17 pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) akan menerima ijazah masing-masing sejak pengambilan dimulakan pada 2011," katanya.

Katanya, sebanyak empat peratus pelajar ijazah sarjana muda berjaya menamatkan pengajian dengan kelas pertama.

Tambahnya, sebanyak 11 pelajar antarabangsa dari China, Yemen, Mauritius dan Indonesia juga akan dianugerahkan ijazah dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan.

Menurut beliau, UniMAP juga akan menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada tiga individu yang memberi input serta sumbangan idea dalam pembangunan universiti ini.

"Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan diberikan kepada Tan Sri Zainul Ariff Hussain, 67, yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP kerana banyak memberikan sumbangan besar membangunkan universiti ini sehingga dikenali di mata dunia," katanya.

Katanya, Datuk Yusof Jusoh, 63, pula menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan atas sumbangan dalam pembangunan fizikal kampus dan kapasiti UniMAP.

"Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pula diberikan kepada Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid atas jasanya dalam aktiviti pendokumentasian sejarah negara menerusi Arkib Negara Malaysia," katanya.

Kamarudin berkata, sesi konvokesyen tahun ini juga diadakan sebanyak empat sidang.

"Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan menyampaikan ijazah dalam sidang pertama dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 21 September dan sidang ketiga pada waktu sama pada 22 September ini," katanya.

Tambahnya, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP berkenan menyampaikan ijazah dalam sidang kedua dari pukul 2.30 petang hingga 5 petang pada 21 September ini manakala sidang keempat waktu yang sama pada 22 September ini.

Mahasiswa perlu jadi pencetus idea - Raja Muda Perlis

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melakukan gimik perasmian Festival Konvokesyen Ke-8 UniMAP sambil diperhatikan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kiri) di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, kelmarin.

KANGAR 19 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan mahasiswa perlu menjadi pencetus ke arah menyumbangkan idea bersifat intelektual dalam mencorak Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih membanggakan.

Baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah, usaha itu perlu supaya pencapaian mahasiswa seiring dengan transformasi yang dijalankan oleh kerajaan.

''Ingatlah bahawa cabaran yang datang selalunya adalah di luar jangkaan kita, tetapi ia bukanlah menjadi batu penghalang untuk kita mara ke hadapan," titah baginda dalam majlis perasmian Festival Konvokesyen Kelapan (Feskon 8), Karnival Pendidikan UniMAP - Utusan Sempena Istiadat Konvokesyen Kelapan UniMAP dan Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Utusan Melayu di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini malam semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro-Canselor UniMAP.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Ketua Biro Utusan Perlis, Zainu'l Azhar Ash'ari.

Titah baginda, walau apa pun cabaran yang mendatang, mahasiswa perlu menjadikannya sebagai satu semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih, melakukan yang terbaik terhadap diri serta masyarakat.

''Mahasiswa perlu bersikap produktif dalam menjalankan aktiviti dan berdikari untuk mencari peluang serta prospek baru yang dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada diri malah semua pihak," titah baginda.

Baginda bertitah, selain itu mahasiswa juga perlu peka terhadap isu semasa yang melibatkan kepentingan diri dan masyarakat luar kampus.

Mereka titah baginda, harus berfikir dan tahu bagaimana cara untuk menyuarakan pandangan secara rasional, berhemah dan bertanggungjawab.

Sementara itu, Kamarudin dalam ucapannya berkata, UniMAP menyasarkan sebanyak 6,000 pengunjung di sepanjang enam hari Feskon 8 pada kali ini berbanding hanya 5,000 orang tahun lalu.

Katanya, festival itu mengambil konsep 'komuniti' dengan 95 peratus program adalah melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

"Penyertaan gerai pada tahun ini juga meningkat di mana 69 kesemuanya termasuk khemah basah (22), khemah kering (27), pameran (11), khemah penaja pula sembilan,'' katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat