{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pusat tidak abaikan Pulau Pinang

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

ABDUL Rahman Abbas menandatangani plak khas sambil diperhatikan oleh Zainal Abidin Osman (dua dari kanan) selepas merasmikan Masjid Jamek Tasek Junjong di Mukim 16, Simpang Ampat Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 27 Sept. - Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini walaupun Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan negeri.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perkara berkenaan dapat dilihat berdasarkan peruntukan besar berjumlah hampir RM200 juta untuk tujuan pembangunan syiar Islam di negeri yang disalurkan sejak 2008 sehingga kini.

" Jumlah berkenaan termasuklah sebanyak RM76.2 juta bagi pembinaan 14 buah masjid baharu di seluruh negeri manakala RM130.6 juta lagi untuk pembayaran gaji guru agama Islam dan elaun pegawai agama, selain membaik pulih surau-surau yang uzur.

" Ini menunjukkan kerajaan Pusat tetap menjalankan tanggungjawab, sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa untuk agama Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perasmian Masjid Jamek Tasek Junjong yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Rahman bersama Zainal Abidin dan lebih 500 jemaah turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang dibina dengan kos sebanyak RM3.4 juta iaitu menggantikan masjid lama yang agak kecil dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Masjid itu yang mula dibina pada September 2011 siap sepenuhnya awal bulan ini dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik audio, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), selain mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding hanya 600 jemaah sebelum ini.

Sementara itu, Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, selain masjid tersebut, lapan lagi masjid telah siap dibina baharu menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

"Antaranya termasuklah Masjid Abdullah Fahim yang menelan belanja RM35 juta, Masjid Jalan Kelawai (RM2.3 juta), Masjid Farlim (RM1.1 juta), Masjid Jalan Telaga Air (RM3.8 juta), Masjid Kota Aur (RM2.5 juta), Masjid Lahar Kepar (RM2.5 juta), Masjid Tasek Gelugor (RM3 juta) dan Masjid Sungai Gelugor (RM3.26 juta)," katanya.

" Lima lagi masjid kini sedang dalam proses pembinaan pula ialah Masjid Teluk Kumbar (RM5 juta), Masjid Simpang Tiga (RM4 juta), Masjid Sungai Acheh (RM5 juta), Masjid Lahar Tabut (RM2.4 juta) dan Masjid Timah Kampung Belah Dua (RM2.93 juta)," katanya.

MPKK agensi kerajaan pertama tandatangani CIP di Perak

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

SUTINAH Sutan (tiga dari kiri) menyaksikan Ketua Ahli Majlis MPKK, Hamdan Mat Siat (dua dari kiri) menyerahkan dokumen kepada Abdul Halim Hamed pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat bersama SPRM di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, semalam. - utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin

KUALA KANGSAR 27 Sept. - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) muncul sebagai agensi kerajaan pertama di negeri ini yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usaha pencegahan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu sekali gus merupakan satu manifestasi sokongan dan kerjasama bersama SPRM dalam membanteras gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, sebanyak 280 organisasi kerajaan dan swasta telah menandatangani CIP sejak tahun 2010.

"CIP adalah satu ikrar terbuka serta komitmen agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk memerangi rasuah serta memperkukuhkan integriti dalam organisasi masing-masing.

"Ini tidak bermakna mereka tidak mengambil sebarang usaha pencegahan rasuah sebelum ini, malah langkah menandatangani CIP memperkemas lagi usaha membasmi rasuah secara lebih sistematik, berstruktur dan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut yang ditandatangani oleh Yang Dipertua MPKK, Abdul Halim Hamed dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Dalam pada itu, Sutinah berkata, mana-mana organisasi yang menandatangani CIP perlu membudayakan lima prinsipnya termasuk mempromosi nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik serta memperkukuh mekanisme kawalan dalaman ke arah sokongan pencegahan rasuah.

Selain itu katanya, setiap organisasi berkenaan juga perlu membanteras segala bentuk rasuah serta menyokong inisiatif pencegahan yang diusahakan oleh kerajaan dan SPRM.

"Jenayah rasuah ini wujud di mana-mana sekiranya terdapat masa dan ruang, justeru, harus dielak daripada terjebak sama," katanya.

Anggota tentera perlu ketahui perkembangan semasa

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) bersama sebahagian anggota Askar Wataniah dalam Sambutan Ulang Tahun Ke-80 ATM Peringkat Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri di Kangar, Perlis, baru-baru ini.

KANGAR 27 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melengkapi diri dengan pengetahuan yang sejajar perkembangan semasa.

Titah baginda, keadaan geostrategik dan persekitaran terkini memerlukan ATM, khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan mengatasinya sebaik mungkin.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah turut mahukan TDM sentiasa memiliki anggota tentera yang sentiasa bijak berfikir.

"Secara umumnya profesion ketenteraan merupakan antara yang terunggul dan dihormati, justeru setiap warga ATM, termasuk Askar Wataniah wajar bersifat profesional, berketerampilan dan berwibawa sepanjang masa," titah baginda.

Raja Muda Perlis mengutarakan perkara itu ketika bertitah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 ATM Peringkat Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri di sini kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri oleh 10 pegawai dan 43 anggota lain-lain pangkat yang sedang menjalani kem tahunan siri 1 tahun 2013 yang berlangsung selama dua minggu dan berakhir esok.

Terdahulu, keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin yang diiringi oleh putera baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Timbalan Komander Rejimen 504, Lt. Kol. Zulfakar Abdul Wahid dan Anggota Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Perlis. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat