{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


M Nasir bersuara

Posted: 24 Dec 2013 09:45 AM PST

Sifu muzik perjelas isu terima anugerah 14 kali, cipta hampir 2,000 lagu sejak 1970-an

Jarang sekali seniman bernama Datuk M Nasir ini dilihat tampil ke depan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar berhubung sesuatu kontroversi. Apatah lagi dirinya sendiri kurang dikaitkan dengan cerita panas yang mencalarkan imej.

Namun, sekiranya dirasakan perlu, komposer dan penyanyi tersohor ini tidak keberatan untuk membuka mulut menghuraikan sesebuah persoalan mengaitkan diri mahupun kerjaya seninya. Itulah juga yang dilakukan M Nasir apabila ada sesetengah pihak dikatakan mempertikaikan pencapaiannya menerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke-14 pada Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2013, baru-baru ini.

Begitupun, sifu muzik ini seboleh-bolehnya enggan memanjangkan isu terbabit. Kata M Nasir, tiada guna dia memperjelaskan peranan MACP, sebaliknya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itulah yang seharusnya perlu maklum objektif badan berkenaan ditubuhkan.

"Saya tidak perlu marah atau berang apabila ada yang pertikaikan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah itu. Sepatutnya, sebelum perkara terbabit hendak dijadikan isu, pihak itu sendiri perlu tahu apa tujuan anugerah berkenaan diwujudkan.

"Dia pertikaikan kelayakan saya sebab dia tidak faham. Saya bukan baru setahun atau dua buat lagu. Sebaliknya saya sudah menghasilkan hampir 2,000 lagu dan masih lagi menulis sehingga kini.

"Saya juga bukan buat lagu untuk diri sendiri, sebaliknya untuk penyanyi lain juga. Saya kira, itu sudah cukup untuk menjelaskan kenapa saya masih dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan," katanya yang ditemui pada sidang media mengumumkan konsert tahun baru anjuran sebuah bank di Putrajaya, minggu lalu.

Belum putus serah trofi
Baru-baru ini, pemberian anugerah tertinggi kepada M Nasir nyata tidak disenangi sesetengah pihak, apabila mereka mencetuskan pertikaian berhubung kehebatan pencipta lagu dan penghibur kelahiran Singapura itu, sehingga tiada calon lain lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.

Ditanya adakah dia rela melepaskan anugerah itu ke tangan komposer lain tahun depan, berikutan wujudnya pihak yang mempertikaikan pencapaiannya itu, M Nasir menyerahkan perkara berkenaan kepada keputusan yang dicapai MACP pada mesyuarat mereka akan datang.

"Saya belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada MACP untuk membuat keputusan, pada mesyuarat akan datang," katanya yang mula aktif dalam bidang muzik sejak 1979.

Kuasa pelakon hebat

Posted: 24 Dec 2013 09:41 AM PST

Teater Bahayanya Wanita papar gelagat hidup berpoligami, berjaya gamatkan panggung

"Wanita itu seperti mesin penggoda yang tak habis baterinya. Wanita itu juga bom waktu yang mampu meletup bila-bila masa saja."

Itulah kekuatan dan kekuasaan wanita yang ditonjolkan dalam teater penutup tirai 2013, Bahayanya Wanita di Istana Budaya, Kuala Lumpur sejak 20 Disember lalu hingga Selasa depan.

Dibarisi pelakon ternama iaitu Zizan Razak, Erra Fazira, Datin Umie Aida, Erma Fatimah, Ziela Jalil, Nora Danish, Johan As'ari dan Lana Nordin dengan penampilan istimewa Haliza Misbun dan Syanie, teater itu merungkai kisah di sebalik hidup berpoligami.

Bukannya mudah hendak bersikap adil dalam mengurus empat isteri seperti watak Syed Maadon yang dilakonkan Zizan. Syed Maadon menjadi suami kepada Sharifah Fatimah Maruka (Umie Aida), Kamelia (Erra), Farhana (Nora - diganti Lana pada setiap Jumaat) dan Suti Lambung (Erma Fatimah) yang menempuh situasi rumah tangga agak bercelaru.

Lelaki mana yang dapat menahan nafsu apabila digoda, apatah lagi oleh wanita cantik seperti Kamelia dan Farhana. Sungguh lucu melihat aksi Zizan menghidupkan watak Syed Maadon lebih-lebih lagi apabila dialog terpacul sendiri tanpa mengikut skrip.

Sepanjang pementasan, pelakon turut mendendangkan 18 lagu pelbagai genre termasuk dangdut. Disebabkan tempoh latihan hanya dua minggu dek jadual pelakon yang padat, lagu terbabit dirakam terlebih dulu. Mana mungkin dapat menghafal skrip dan lirik lagu dalam tempoh singkat, Zizan mengakui pelakon terpaksa merakamkan lagu di studio bagi melancarkan persembahan.

Berlatih hanya dua minggu
Seperti yang dinyatakan pengarah Bahayanya Wanita, Bombay, pementasan teater muzikal memerlukan tenaga yang banyak daripada pelakon.

Katanya, disebabkan kekurangan masa latihan, selain tidak mahu pelakon tampak letih, mereka hanya menggerakkan mulut apabila menyampaikan lagu.

"Jika mahu pelakon menyanyikan semua lagu secara langsung, mereka memerlukan kira-kira dua bulan untuk berlatih. Kita hanya ada dua minggu," katanya.

Bagaimanapun, bukanlah bermakna hakikat itu memberi kesan kepada persembahan teater berkenaan. Cuma apa yang dilihat, kesan realistik tidak ketara dalam pementasan itu. Kelemahan itu ditutup oleh pengalaman pelakon yang bukan kali pertama menjayakan teater. Aksi bersahaja dan spontan mereka cukup menghiburkan.

Siapa yang tidak ketawa melihat Zizan dengan gelagatnya yang mencuit hati. Malah pelakon yang digandingkan dengannya tidak dapat menahan tawa melihat aksi spontan Zizan. Selain Zizan dan Umie, Aida dan Lana, penonton dapat melihat penulis skrip, Erma Fatimah menghidupkan karakter sebagai janda dan isteri keempat.

Seperti kata Erma, wanita mampu menggoncang dunia. Jadi, jika mahu melihat bagaimana Suti Lambung 'mengalahkan' ketiga-tiga madunya, usah bertangguh menempah tiket menyaksikan teater ini. Aksi Ziela juga mengubat rindu peminat selepas sekian lama tidak muncul di pentas teater.

Tidak dinafikan, pelakonlah yang menguatkan persembahan dan menarik penonton menyaksikan karya ini. Apatah lagi penampilan istimewa dua pelakon yang jarang beraksi di pentas teater, Haliza dan Syanie. Namun, Nora Danish tidak beraksi pada setiap Jumaat berikutan komitmennya bersama program realiti, Maharaja Lawak Mega. Tempat Nora digantikan Lana setiap Jumaat.

Keseluruhannya, pementasan Bahayanya Wanita berlarutan hampir tiga jam, suatu tempoh yang agak panjang. Mengapa tidak, setiap kisah yang berlaku dalam kehidupan keempat-empat isteri Syed Maadon dipaparkan, selain kewujudan subplot yang mungkin jika tidak dilakonkan, tidak mencacatkan jalan cerita. Pujian harus diberi kepada pereka set dan visual yang menghidupkan latar pemandangan termasuk mahligai indah dan kehidupan penempatan pinggir kota secara realistik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat