Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan
- Mandela diberi penghormatan terakhir
- Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks
Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan Posted: Pendemonstrasi usir polis di Dataran Kemerdekaan
KIEV - Pasukan Keselamatan berundur dari pusat tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota Ukraine di sini semalam selepas mengepung lokasi tersebut selama sembilan jam. Perkembangan itu memberi perangsang kepada pembangkang yang menentang Presiden Viktor Yanukovych. Polis anti rusuhan elit, Berkut dan unit tindakan khas Kementerian Dalam Negeri mula bertindak ke atas penunjuk perasaan yang menguasai Dataran Kemerdekaan di sini sejak seminggu lalu sekitar pukul 2 pagi (waktu Ukraine). Pasukan keselamatan mula merobohkan halangan-halangan yang dibina oleh penunjuk perasaan di sekeliling dataran berkenaan. Demonstrasi tersebut diadakan untuk mendesak Yanukovych berundur kerana mungkir janji untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) atas tekanan jirannya, Rusia. Beribu-ribu anggota polis pencegah rusuhan kemudian membentuk rantai manusia untuk menawan semula dataran tersebut tetapi tunjuk perasaan masih berterusan di sebahagian besar medan itu menjelang pagi. REUTERS Situasi tersebut ekoran ketibaan beribu-ribu penunjuk perasaan lain. Bilangan penunjuk perasaan kemudian menjadi terlalu besar untuk ditangani oleh pasukan keselamatan. Percubaan polis untuk menawan semula Dewan Bandar Raya Kiev yang dikuasai sekitar 200 aktivis pembangkang turut gagal. Anggota-anggota polis berundur selepas sejumlah aktivis yang berada di tingkat atas beberapa buah bangunan mencurahkan air yang sangat sejuk ke atas mereka. Aktivis-aktivis penunjuk perasaan bersorak melihat pasukan keselamatan meninggalkan dataran tersebut sebelum membina semula halangan yang telah dirobohkan. Susulan perkembangan tersebut, pemimpin pembangkang Arseniy Yatsenyuk menyeru berjuta-juta penduduk menyertai tunjuk perasaan di sini bagi menumbangkan rejim Yanukovych. "Kami tidak akan melupakan semua ini. Di bandar raya ini berjuta-juta orang akan berhimpun dengan rejimnya (Yanukovych) akan tumbang," kata Yatsenyuk. "Yanukovych meludah ke muka Amerika Syarikat dan negara anggota EU," katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri Mykola Azarov mengumumkan semalam bahawa Ukraine memerlukan pinjaman sebanyak AS$27.5 bilion (RM88.9 bilion) daripada EU sebelum ia menandatangani keanggotaan pakatan 28 negara itu. - AFP | |
Mandela diberi penghormatan terakhir Posted: Mandela diberi penghormatan terakhirAP PRETORIA - Keranda dilitupi bendera berisi mayat Nelson Mandela diarak di beberapa jalan raya sebelum tiba di bangunan Union Buildings yang menjadi ibu pejabat kerajaan Afrika Selatan di sini semalam. Kereta jenazah Mandela yang diiringi 16 pengiring bermotosikal, meninggalkan Hospital Tentera 1 dan bergerak melintasi beberapa batang jalan raya di pusat bandar. Orang ramai berbaris di sepanjang jalan sambil mengibarkan bendera negara untuk memberi penghormatan kepada ikon pejuang anti-Apartheid itu. "Saya tidak pernah bertemu dengan Mandela, oleh itu, ini satu-satunya peluang untuk saya dan penting untuk saya memberikan penghormatan. Saya anak watan Afrika Selatan saya perlu melakukannya," kata seorang lelaki berusia 28 tahun, Vaughan Motshwene. "Ia terasa seperti satu era sudah berakhir. Semua peluang yang saya dapat semasa membesar tetapi tidak dapat dirasai oleh ibu-bapa saya, Mandela memberikan semua itu," kata seorang kakitangan awam, Faaiqia Hartley, 27. "Beliau memberikan kami semua peluang untuk menjadi yang terbaik untuk diri kami," tambahnya. Konvoi berkenaan tiba di Union Buildings hampir satu jam kemudian. Turut menyertai majlis penghormatan tersebut termasuk cucu lelaki sulung Mandela, Mandla Mandela. Keranda Mandela yang dibuka seterusnya diletak di atas platform di dalam sebuah dewan teater bangunan tersebut untuk upacara penghormatan terakhir selama tiga hari. Selain keluarga terdekat dan pemimpin negara, orang ramai dan selebriti turut diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang sehingga esok. Balu Mandela, Graca Machel mendahului untuk memberi penghormatan terakhir kepada suaminya dengan diikuti pemimpin negara itu dan tetamu kehormat dari luar negara. Mandela yang juga bekas presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan jatuh sakit selama beberapa bulan sebelum meninggal dunia Khamis minggu lalu pada usia 95 tahun. - AFP | |
Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks Posted: Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseksNEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menguatkuasakan semula larangan ke atas hubungan homoseks yang bakal menyaksikan golongan gay berdepan hukuman penjara. Panel dua hakim sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi New Delhi pada 2009 yang mendapati larangan melakukan hubungan sejenis adalah bertentangan dengan hak asasi rakyat India. Larangan itu terkandung dalam seksyen 377 kanun jenayah negara berkenaan. Keputusan membenarkan hubungan homoseks empat tahun lalu memberi kebebasan kepada golongan gay untuk berkempen menentang diskriminasi dan persepsi negatif terhadap mereka. Golongan gay di negara itu masih bergerak secara tertutup tidak seperti di Eropah. Dalam keputusannya, Mahkamah Agung yang diketuai oleh G.S. Singhvi mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah melangkaui bidang kuasanya, manakala undang-undang tersebut yang diluluskan oleh pihak British pada 1860 adalah sah di sisi perlembagaan negara. "Hanya Parlimen yang boleh memutuskan isu ini," kata Singhvi. Perbicaraan yang berlangsung di pusat bandar raya ini semalam turut dihadiri oleh sejumlah aktivis pro gay. "Keputusan seperti ini tidak wajar daripada sebuah mahkamah tertinggi. Ini merupakan hari yang gelap untuk komuniti gay," kata seorang peguam sebuah pertubuhan hak gay, Forum Undang-Undang Alternatif, Arvind Narayan. "Kami amat marah dengan keputusan ini yang mundur ke belakang," tambahnya. Pada tahun 2009, kumpulan-kumpulan agama terutamanya komuniti Kristian dan Islam di India berang dengan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu yang membenarkan hubungan homoseks. Mereka yang kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung, gembira dengan keputusan semalam. Dalam pada itu, Program Pembangunan berhubung HIV/AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebebasan hubungan sejenis dapat membantu India mengekang penularan jangkitan HIV/AIDS yang menjangkiti 2.5 juta penduduk negara itu. Sejak sekian lama, hubungan jenis menjadi topik larangan di India dengan ramai penduduk negara itu melabel golongan gay sebagai menghadapi masalah mental. Keputusan Mahkamah Agung meletakkan India kembali bersama kebanyakan negara Islam dan Afrika yang mengharamkan hubungan sejenis. Negara tunggal yang membenarkan hubungan homoseks di rantau Asia Selatan adalah Nepal. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |