Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang
- Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap
- Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013
Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang Posted: Adi Putra bebas tuduhan skandal dengan isteri orang12/12/2013 10:17pm KUALA LUMPUR - Setelah empat bulan dikaitkan dengan skandal dan penyebaran foto sensual dengan isteri orang, pelakon sensasi Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra menegaskan dirinya kini bebas daripada sebarang tuduhan. Adi, 32, memberitahu, beliau telah menerima keputusan rasmi tersebut daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2 Disember lalu dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA). "Selepas siasatan dibuat, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai NFA. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar bagi kesudahan kes tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Disoal kenapa kes berkenaan digugurkan, Adi bagai manapun tidak boleh menyatakannya. - KOSMO! |
Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap Posted: Utamakan 45,000 petugas kontrak untuk diserap ke jawatan tetap12/12/2013 10:00pm KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengutamakan 45,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkhidmat lima hingga 10 tahun diserap ke jawatan tetap. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana penjawat awam berstatus kontrak itu diberi tempoh bekerja sehingga 31 Disember tahun depan sebelum diserap ke jawatan tetap. "Saya berharap agar selepas tarikh itu tiada lagi penjawat yang berstatus kontrak dalam sektor perkhidmatan awam," katanya selepas bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dalam satu majlis anjuran CUEPACS di sini hari ini. Beliau turut meminta jabatan dan agensi kerajaan agar tidak memberhentikan perkhidmatan kakitangan kontrak yang telah lama bekerja secara drastik. "Kita harap mereka ini janganlah diberhentikan supaya mereka dapat menikmati kemudahan sebagaimana jawatan tetap, termasuk pinjaman perumahan, perubatan dan pampasan perkhidmatan sendiri," katanya. - Bernama |
Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013 Posted: Malaysia melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 201312/12/2013 9:35pm KUALA LUMPUR - Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan melakar sejarah selepas mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013. Skuad bimbingan, Muhammad Dharma Raj Abdullah itu menewaskan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India hari ini. Kedua-dua jaringan gol Malaysia dihasilkan Shahril Saabah melalui jaringan padang pada minit ke-18 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-62. Gol tunggal Korea Selatan pula dihasilkan Anda Seungju seminit sebelum tamat separuh masa pertama. Malaysia dijadual bertemu Perancis yang menewaskan Belgium 5-4, pada perlawanan separuh akhir esok. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia Remaja ialah pada 1985 di Vancouver, Kanada. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |