{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Sembelit semasa berpantang

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

Soalan 1

Saya berusia 28 tahun dan baru saja melahirkan anak pada Oktober lalu. Saya musykil kerana dalam tempoh berpantang, saya mengalami masalah sembelit dan sekarang ini menghadapi penyakit buasir yang teruk. Apakah punca dan rawatan masalah saya ini?

n Rozi, Kuala Lumpur

Jawapan

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu. Anda perlu mengawasi diet. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Janganlah terlalu berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.

Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu. Lakukan aktiviti seperti biasa. Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang sesuai kepada anda.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

BuasirBuasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

RawatanProses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.

Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.

Kaedah lain pula adalah kaedah Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation).

Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.

Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Kanser payudara vs terapi aprikot vitamin B17

Posted: 08 Dec 2013 05:01 AM PST

PERCAYA atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 peratus kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor penyumbang & langkah pencegahan Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

l Jantina (95 peratus lebih tinggi menyerang kaum wanita)

l Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)

l Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)

l Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)

l Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko)

l Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan risiko)

l Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)

Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 peratus kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:

l Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.

l Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang bertanggungjawab.

l Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.

l Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.

Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk KanserMampukah saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu pesakit-pesakit kanser. Berdasarkan buku yang bertajuk

"Understanding Cancer and Complementary Therapies" yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.

Vitamin B17 Sebagai Langkah AlternatifSalah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim rhodanese yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini telah disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan amygdalin yang paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin dari teras biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini bagi memastikan teras biji aprikot tersebut bebas daripada sebarang unsur negatif seperti bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh membahayakan para pengguna.

Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan seterusnya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan laut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat