{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


300 pesawah Besut gelisah

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my

Abdul Wahab Omar menunjukkan tali air yang kering kontang di kawasan Skim Pelagat di Besut, Terengganu, semalam.

BESUT 27 Dis. - Kira-kira 300 petani yang mengerjakan sawah di kawasan seluas lebih 500 hektar tanaman padi milik Skim Pelagat dekat sini gelisah berikutan masalah ketiadaan bekalan air di tali air skim pengairan tersebut sejak lebih sebulan lalu.

Keadaan semakin meruncing apabila tanah yang selesai dibajak dan ditabur benih memerlukan air untuk disiram dan diracun namun masih tertangguh kerana menunggu bekalan air yang sepatutnya disalurkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Lebih memeritkan ada kalangan petani yang tidak sempat membajak sawah mereka kerana tiada bekalan air dan terpaksa menggunakan sumber air hujan yang ditakung dalam sawah masing-masing untuk tujuan berkenaan.

Petani yang terlibat terdiri daripada penduduk beberapa kampung di bawah Skim Pelagat iaitu Kampung Padang Luas, Kampung Padang Landak, Kampung Denger, Kampung Gong Penaga, Kampung Tok Has, Kampung Air Terjun dan Kampung Kenjeng.

Menurut Ketua Kelompok Sawah Gemilang, Harun Yusof, petani di situ mendapat maklumat kononnya bekalan yang sepatutnya disalurkan dari Rumah Pam Skim Pengairan Pelagat tidak dapat digunakan kerana kabel elektriknya telah dicuri.

Dia mendakwa, terdapat maklumat lain yang menyatakan bahawa pam tersebut rosak dan terpaksa dihantar untuk diperbaiki.

"Mengikut jadual air untuk sawah di bawah Skim Pelagat itu sepatutnya dibekalkan pada awal bulan lalu bagi membolehkan petani membajak kali kedua, membaja kali pertama dan mengawal rumpai.

"Bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada bekalan air yang mereka terima dan keadaan itu memaksa penanam padi menggunakan air hujan yang bertakung di dalam sawah masing-masing bagi mengelak berlaku masalah lebih besar," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang petani, Yusof Osman, 44, berkata, mereka mungkin terpaksa menanggung kerugian lebih besar jika air tidak dapat dibekalkan dalam masa terdekat kerana kebanyakan benih padi sedang bercambah di petak sawah.

"Sudah banyak belanja dikeluarkan untuk membajak dan menabur benih padi di sawah yang saya usahakan seluas 6.8 hektar. Oleh kerana tiada bekalan air, kerja meracun rumpai tidak dapat dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, Yusof menggesa pihak berkenaan supaya turun padang untuk melihat sendiri serta mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut.

Seorang lagi petani, Abdul Wahab Omar, 58, pula memberitahu, setakat ini hanya 2.8 daripada empat hektar sawah miliknya telah selesai ditabur benih dan menunggu bekalan air yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja meracun.

"Jika bekalan air masih tidak dapat dibekalkan ke sawah kami, kami terpaksa menanggung kerugian kerana sudah banyak modal dikeluarkan untuk kerja membajak dan menyediakan benih padi," katanya.

Hanya 29 peratus premis makanan berdaftar

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

KOTA BHARU 27 Dis. - Hanya 29 peratus atau 4,023 premis makanan yang beroperasi di negeri ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir (gambar) berkata, jumlah itu adalah kecil berbanding pelbagai promosi dan kempen penerangan yang dilaksanakan pihaknya.

Beliau menegaskan, pemilik yang gagal berbuat demikian akan berdepan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini.

"Menurut peraturan yang diwartakan pada 28 Februari 2009 itu, setiap premis makanan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dan tuan punya yang gagal mematuhinya berdepan dengan hukuman denda atau penjara.

"Premis makanan bermaksud premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula atau pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Razin berkata, kategori premis makanan yang perlu didaftarkan adalah seperti pengilangan makanan, katering, premis yang makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan dan semua kenderaan menyediakan makanan untuk dijual.

Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana fasiliti kesihatan seperti Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah, Pusat Perkhidmatan Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kota Bharu atau melalui laman sesawang www.fosimdomestic.moh.gov.my.

"Proses pendaftaran adalah percuma dan setiap pendaftaran premis makanan adalah sah untuk tempoh tiga tahun manakala sebarang permohonan semula hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh sah laku.

"Sijil Perakuan Pendaftaran Makanan wajib dipamer di setiap premis makanan yang berdaftar," katanya.

JKKN saran hidupkan seni silat

Posted: 27 Dec 2013 11:01 AM PST

JERTEH 27 Dis. — Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri meminta masyarakat Melayu di kampung supaya terus menghidupkan kegiatan seni silat dalam kalangan generasi muda bagi memastikan khazanah bangsa itu tidak luput ditelan zaman.

Pengarah JKKN negeri, Zaifri Hussin berkata, silat merupakan seni warisan bangsa sewajarnya dipertahankan sampai bila-bila bagaimanapun perubahan zaman menyaksikan warisan silat yang sinonim dalam kalangan orang Melayu suatu ketika dahulu semakin terpinggir.

Beliau berkata, bagi memastikan kegiatan seni silat terus kembali aktif di Terengganu, pihaknya membantu mana-mana kampung mahu menubuhkan persatuan silat, tahun depan.

"JKKN akan memastikan seni silat seperti silat tari, silat tongkat, silat pulut, silat gayong, silat gajah dan sebagainya terus dikuasai anak-anak muda sebagai kebanggaan bangsa," katanya ketika merasmikan penutup tamat latihan Seni Silat Tari Jatuh di Kampung Durian Telur, Hulu Besut sempena Program My Kampung My Future di sini semalam.

Silat adalah seni yang lengkap pada zahir dan batinnya dan merupakan seni tempur bela diri yang cukup sempurna serta boleh dijadikan kegiatan bagi memenuhi masa lapang, kata Zaifri.

Seramai 53 kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun menyertai program itu yang turut dihadiri Timbalan Pengarah JKKN, Zahari Mat dan 500 penduduk tempatan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat