{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Horizon

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Horizon


Muhararat ladang terbesar Gaza

Posted:

Muhararat ladang terbesar Gaza

Muhararat ladang terbesar Gaza

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KEBERANGKATAN Nor Helmee Zainal Abidin, 31, bersama 40 orang peserta rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), al-I'tisam Relief Program (ARP) ke Gaza, Palestin pada Februari lalu ternyata meruntun jiwanya. Saat berlepas dari tanah air, hatinya berdebar-debar dan teruja untuk melihat bumi anbia itu.

Pengalaman tujuh kali berkunjung ke Baitulmuqaddis sebelum ini diimbas kembali. Terbit juga di benak hatinya adakah suasana di Gaza sama seperti apa yang dilaluinya ketika berada di kota terletaknya Masjid al-Aqsa itu?

Apabila tiba di Gaza dari Pintu Rafah, Mesir, dia begitu gembira kerana dapat menjejakkan kaki sekali lagi di bumi Palestin. Apa yang dipaparkan di kaca televisyen dan kebanyakan media sosial berbeza dengan yang dilaluinya sepanjang lapan hari di negara itu.

Keadaan di Gaza kelihatan aman seperti bandar-bandar lain di seluruh dunia. Penduduknya bebas melakukan aktiviti harian walaupun kesan-kesan peperangan masih kelihatan.

"Di bumi Gaza, Allah SWT memberi pelbagai nikmat kepada penduduknya. Tanah dan ladang yang subur. Penduduk juga tiada halangan untuk melakukan ibadat," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pakej pelancongan anjuran ARP itu turut bertujuan untuk menukar persepsi rakyat Malaysia bahawa Gaza tempat yang tidak selamat dilawati ekoran konflik peperangan di sana.

Selain itu, kedatangan pelancong dapat membantu kota tersebut yang kini malap ekoran kekangan ekonomi dan politik oleh rejim Israel.


MUHARARAT merupakan sebuah kawasan pertanian terbesar di Gaza. - Gambar hiasan


Kegiatan ekonomi

Melalui pakej pelancongan itu, Nor Helmee berkata, dia dapat melihat banyak tempat menarik di kota itu selain berpeluang mendekati dan menyelami kehidupan masyarakat Islam di sana.

"Sepanjang percutian di Gaza, rombongan kami bebas bergerak ke segenap pelosok kota Gaza tanpa rasa takut diancam tentera Zionis. Kami dibawa ke kawasan pertanian dan ladang-ladang untuk melihat kegiatan ekonomi penduduk.

"Bagi saya, matlamat asal saya mengikuti pakej pelancongan ini adalah untuk membantu umat Islam di sana secara terus. Sebagai contoh, saya membeli barangan cenderamata penduduk tempatan sebagai cara untuk meningkatkan kegiatan ekonomi mereka," ujar Penerbit dan Pengarah syarikat penyiaran Urusan Bil Hikmah Sdn. Bhd. itu.

Tambahnya, kunjungan ke kediaman Allahyarham Sheikh Ahmed Yassin, bekas pemimpin tentera Islam dan parti politik Hamas di Gaza merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Walaupun Sheikh Ahmed seorang pemimpin terhebat di Gaza, kehidupannya serba sederhana. Kediamannya yang kecil itu masih menyimpan jubah, tilam dan kitab-kitab miliknya," ujarnya.

Sheikh Ahmed meninggal dunia akibat serangan roket yang dibedil oleh helikopter Apache Israel. Semasa kejadian, beliau dalam perjalanan dari masjid untuk pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh pada 22 Mac 2004.

Selain melancong, pakej tersebut juga merupakan salah satu projek misi kemanusiaan untuk membantu umat Islam di Gaza.

Penyelaras Projek ARP bagi Pakej Pelancongan Gaza, Mohd. Shah Sapiei, 56, memberitahu, pihaknya menyediakan kemudahan yang lengkap kepada pelancong sepanjang berada di Gaza.


MASJID Umari ini merupakan pusat ibadat umat Islam tertua dan terbesar di kota Gaza.


Menurutnya, pakej yang ditawarkan meliputi penginapan, makanan, pengangkutan dan bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati.

"Hotel Mathaf merupakan tempat penginapan pelancong. Ia sebuah hotel lima bintang yang terletak di pesisiran Laut Mediterranean. Pelancong dapat melihat keindahan pemandangan laut itu hanya dari tingkap bilik hotel.

"Pihak kami juga mempunyai wakil di Gaza bagi menjaga keselamatan pelancong. Selain itu, wakil kami juga menyediakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat lawatan," ujarnya.

NGO dan pegawai-pegawai kerajaan Palestin juga sering menunggu kehadiran pelancong dari Malaysia untuk meraikan mereka.

Tambah Mohd. Shah, di sana pelancong dibawa ke beberapa tempat yang sinonim dengan pelancongan di bandar itu.

Kesan peperangan

Muhararat ialah antara destinasi menarik untuk pelancong melihat sisi berbeza kota Gaza. Muhararat merupakan kawasan ladang terbesar di negara itu.

Ia juga sebuah projek pertanian hasil sumbangan NGO dari luar negara. Di situ, pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam sebelum dijual di pasar Gaza.

"Muhararat pernah didiami orang Yahudi sebelum dibebaskan oleh penduduk Palestin selepas peperangan Intifada 2 pada tahun 2005. Sejak itu, kawasan tersebut didiami orang Palestin," ujar Mohd. Shah.

Pelancong-pelancong turut melawat kawasan yang mempunyai kesan peninggalan dua peperangan besar di Gaza iaitu Hijjaratul Sijjil dan al-Furqan.


KANAK-KANAK Gaza dididik agar menghormati tetamu dan pelancong yang berkunjung ke sana.


"Masjid al-Umari merupakan tempat bersejarah yang dikunjungi oleh pelancong. Masjid berusia lebih 3,000 tahun itu pada asalnya tempat menyembah matahari. Ia pernah dijadikan gereja sebelum dijadikan masjid oleh sahabat Rasulullah, Saidina Umar al-Khattab.

"Struktur binaan masjid itu masih utuh sehingga hari ini. Kawasan luar masjid itu menjadi tempat kanak-kanak bermain dan mereka akan terus bersolat apabila masuk waktu," tambah Mohd. Shah.

Kawasan jeti nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan dari Laut Mediterranean juga tempat yang wajib dikunjungi.

Walaupun nelayan-nelayan itu hanya dibenarkan menangkap ikan kira-kira enam batu nautika dari jeti dan pelabuhan, hasil tangkapan mereka amat lumayan. Hasil tangkapan dijual di pasar di Gaza dan turut dieksport ke Mesir.

Inap santai di tengah bandar

Posted:

Inap santai di tengah bandar

Inap santai di tengah bandar


PERABOT yang disusun rapi di dalam bilik Deluxe ini membuatkan percutian semakin bermakna.


MENJEJAKKAN kaki di Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur (Hotel Prince), kelihatan ramai pelancong dari negara Asia Barat berada di kawasan lobi hotel tersebut.

Kebanyakan mereka yang terdiri golongan sudah berkeluarga sedang menunggu kenderaan untuk bersiar-siar di ibu kota. Ada yang menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak hotel, malah tidak kurang juga yang menaiki teksi.

Senario itu merupakan suasana biasa bagi pelancong asing mahupun tempatan sekiranya berkunjung atau menginap di hotel lima bintang yang terletak di Jalan Conlay itu.

Hotel yang mula beroperasi sejak 11 tahun lalu itu terletak dalam kawasan segi tiga emas ibu kota yang terkenal dengan daya tarikan komersial seperti pusat beli-belah, makanan dan hiburan.

Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Hotel Prince, Elisa Saw memberitahu, penginapan di hotel itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bilik hotel dan apartmen.

"Kami menyediakan sebanyak 445 buah bilik hotel dan 157 unit apartmen untuk tetamu yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing dan pengembara korporat.

"Pilihan ini memberi peluang kepada tetamu untuk memilih penginapan yang memenuhi keperluan percutian mereka," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, lokasi hotel itu yang berada di tengah-tengah bandar raya memudahkan pergerakan tetamu, sekali gus menyumbang kepada tempahan yang memberangsangkan sepanjang tahun.

Setiap bilik hotel dan apartmen menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pendingin hawa, meja tulis, televisyen paparan cecair kristal 32 inci dan bilik yang luas dan selesa.


KOLAM renang Taman Tropika sesuai untuk seisi keluarga beriadah.


Tetamu juga dapat menikmati keindahan panorama Kuala Lumpur pada waktu malam dari tingkap bilik mereka.

Urutan tradisi Melayu

Bagi tetamu yang ingin merehatkan minda dan mendapat urutan daripada ahli terapi, anda boleh berkunjung ke The Sompoton Spa.

Teknik urutan tradisi Melayu yang dikendalikan oleh tujuh ahli terapi di spa tersebut memang terkenal dalam kalangan pelanggan. Istimewanya, urutan regangan dan tekanan menggunakan ibu jari itu mampu melancarkan peredaran darah.

Selain itu, tetamu boleh menikmati hidangan di empat restoran utama Hotel Prince iaitu Eccucino, restoran masakan Cina Tai Zi, restoran masakan Jepun Enju dan di ruang makan lobi yang dibuka 24 jam.

Bagi yang mengutamakan kecergasan diri, kemudahan gimnasium dibuka sepanjang hari.

Tetamu juga boleh beriadah bersama keluarga di kolam renang Taman Tropika.

Bagi yang membawa anak berumur 4 hingga 10 tahun, Kid's Club merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Di sini, ibu bapa berpeluang meluangkan masa melakukan aktiviti menarik bersama anak-anak mereka.

Pihak pengurusan hotel mengadakan aktiviti berlainan pada setiap hari termasuk mewarna dan melukis.

Hotel Prince turut menyediakan kemudahan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak di situ.

Sebagai melengkapkan pengalaman penginapan tetamunya, pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan pengurusan teksi dan limusin ke pusat beli-belah Suria KLCC, Berjaya Times Square dan Jalan Petaling pada setiap Isnin hingga Jumaat. – MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Berkhemah di kota New York

Posted:

Berkhemah di kota New York

Berkhemah di kota New York


KHEMAH mewah di laman Hotel Affinia Gardens khas buat mereka yang bercita rasa tinggi.


DALAM kepadatan hutan batu di kota metropolitan New York, sukar untuk menikmati keindahan bintang di langit yang terbentang luas.

Cita rasa mewah, bertemankan kerdipan bintang dan kilauan lampu kota menjadi taruhan baharu bandar raya tersebut.

Hotel Affinia Gardens yang terletak berdekatan bandar Manhattan, New York, menawarkan pemandangan tanpa gangguan di kawasan balkoni bertingkatnya.

Balkoni tersebut dihiasi reka bentuk dalaman yang minimalis, moden dan berdindingkan kaca.

Ia boleh diibaratkan seperti sebuah bilik tidur luar bertaraf lima bintang yang bernilai AS$1,995 (RM6,470) semalam.

Trend

Bilik tidur mewah tersebut dilengkapi sebuah katil, pakej makan malam, tempat unggun api, sudut romantis dan teleskop untuk melihat bintang-bintang.

Sungguhpun harganya mahal, itulah nilai yang perlu dibayar pelanggan untuk tidur sambil menyaksikan keindahan alam pada waktu malam di New York.

Hotel Affinia Gardens menjadi kegilaan penduduk tempatan, Brazil, Australia dan Asia Barat yang mahu menikmati setiap detik berkhemah dalam suasana penuh glamor yang dikenali sebagai glamping itu.


TETAMU hotel boleh berkunjung ke Central Park yang terkenal dengan jolokan hutan dalam bandar.


Seorang pelanggan hotel tersebut membuat keputusan untuk tidak lagi berkhemah secara tradisional selepas mengalami sendiri percutian hebat itu.

Fenomena berkhemah serba mewah itu mula melanda New York pada musim sejuk 2011. Penduduk di sana tidak mahu terperap di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti luar.

Kewujudan hotel khemah tersebut membuatkan impian penduduk di situ menjadi kenyataan.

Pakej bilik tidur di dalam khemah itu ditawarkan pada harga serendah RM3,000 hingga RM2,272 semalam dan ia bergantung kepada musim.

Selepas kejadian serangan 11 September, 12 tahun lalu, nilai pemandangan waktu malam menjadi begitu berharga. Rakyat AS mula menghargai apa yang dimiliki mereka sesudah kehilangan menara berkembar tersebut.

Sesuai dengan imej mewah, Hotel Affinia Gardens terletak di kawasan kejiranan terbaik dan sangat berdekatan Jalan Lexington, perkhidmatan kereta api bawah tanah dan taman bandar terkemuka, Central Park.

Tidak lengkap percutian mewah tanpa menikmati hidangan yang lazat. Namun, pelanggan khemah mewah tersebut tidak perlu bimbang kerana lokasinya berdekatan beberapa restoran terkenal di New York.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat