{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Maut pertama denggi berdarah

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN rodelio.taucan@utusan.com.my

Ghazali Hasni Md. Hassan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak anak-anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa HRPZ II Bersama Pelanggan di pekarangan kediaman kakitangan HRPZII di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 31 Julai - Demam denggi berdarah di Kelantan meragut satu nyawa, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai ancaman wabak penyakit itu yang semakin meningkat di negeri ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Pasir Mas dekat sini, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pertengahan bulan ini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, dua buah kampung di daerah ini diisytiharkan dilanda wabak iaitu Panchor dan Taman Seri Rambai berhampiran pusat bandar Kota Bharu.

Katanya, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sebanyak 772 kes demam denggi direkodkan berbanding 682 kes tempoh sama tahun lalu dan secara keseluruhannya sebanyak 1,245 kes dicatatkan tahun lalu dengan jangkaan meningkat kepada lebih 1,400 kes.

"Peningkatan jumlah kes ini amat merisaukan namun kematian akibat denggi berdarah lebih merisaukan, sehubungan itu saya menasihatkan orang ramai segera ke hospital sekiranya menghidap simptom denggi.

"Jabatan kecemasan tidak akan menolak sebarang kes yang disyaki denggi begitu juga di setiap Klinik 1Malaysia seorang doktor telah ditempatkan di situ sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa HRPZ II Bersama Pelanggan di pekarangan kediaman kakitangan HRPZII di sini semalam.

Sementara itu, Dr. Ghazali berkata, pemeriksaan awal juga penting untuk mengesan jangkitan leptopirosis atau jangkitan kencing tikus yang turut meningkat akhir-akhir ini.

Katanya, 10 kematian akibat leptopirosis berlaku tahun ini berbanding hanya empat tahun lalu, namun langkah pencegahan perlu dilakukan segera kerana kesemua kes terbabit berlaku di kawasan bandar.

Tiada geran tanah punca tiada elektrik

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

KOTA BHARU 31 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menjelaskan, masalah bekalan elektrik yang dialami oleh 16 buah rumah di Kampung Pelupok, Aring 2, Gua Musang disebabkan keluarga berkenaan tidak mempunyai geran tanah bagi membolehkan kerja-kerja membekalkan elektrik dilakukan.

Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Zulkffli Ab. Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati kesemua rumah berkenaan berada di dalam kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran pihak Felda terlebih dahulu sebelum TNB boleh membuat kerja-kerja membekalkan tenaga kerana tanah berkenaan di bawah kendalian agensi kerajaan itu.

"Kita ada prosedur sendiri yang perlu diikuti iaitu Felda perlu memberikan pelepasan izin lalu dan tapak pencawang terlebih dahulu serta pengesahan tapak yang diduduki penduduk kampung berkenaan supaya tiada isu pemilikan tanah timbul pada masa akan datang.

"Selain itu, perlu ada permohonan rasmi daripada pihak penduduk atau Felda kepada pihak kami," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bekalan elektrik berkenaan boleh diberikan melalui sambungan talian grip sahaja kerana jarak kampung terlibat lebih kurang tiga kilometer dari pencawang elektrik.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan dilema dihadapi 16 keluarga terbabit yang tidak menikmati kemudahan elektrik sejak 30 tahun lalu, meskipun negara sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan.

Sejak itu juga, keluarga berkenaan terpaksa mengunakan sistem penjana kuasa elektrik dan ada kalangan mereka yang hanya mengunakan lilin.

Penduduk terbabit mendakwa, mereka telah banyak kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab, namun tiada satu usaha pun dilakukan bagi membantu mereka.

Pengguna tanggung caj komisen bil air dibayar di bank

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU 31 Julai - Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) terpaksa memindahkan caj komisen bayaran bil air yang dibuat di bank-bank komersial atau agensi kutipan luar kepada pengguna mulai Jun lalu kerana tidak mampu lagi menanggung kos yang terus meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husain Embong menjelaskan, caj komisen itu dikutip terus oleh agensi kutipan berkenaan di atas perkhidmatan yang mereka berikan dengan kadar yang berbeza-beza dan Satu tidak mengambil satu sen pun daripada caj berkenaan.

"Satu tidak membuat keuntungan daripada caj itu, bayaran yang diterima adalah mengikut jumlah penggunaan air sebagaimana yang dibilkan kepada pengguna. Satu tidak dan jauh sekali daripada bertujuan membuat keuntungan mudah dalam hal ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan sama ada membuat bayaran di agensi kutipan luar dan dikenakan caj oleh agensi berkenaan atau berurusan di kaunter Satu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Telekom Malaysia (TM) dan tidak dikenakan caj," jelas beliau dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, caj perkhidmatan oleh agensi kutipan luar telah dikenakan sejak penubuhan Satu lagi dan pihaknya yang menanggung caj tersebut dengan membuat bayaran kepada pihak berkenaan mengikut bilangan bil air yang dikendalikan.

Beliau menarik perhatian sebagai contoh, Pos Malaysia telah menaikkan caj komisen daripada 50 sen kepada 70 sen pada tahun ini manakala sebahagian bank telah memohon menaikkan kadar yang tidak dipersetujui Satu kerana akan membebankan pengguna.

"Pada setiap tahun, Satu berbelanja lebih RM500,000 bagi tujuan ini dan jumlahnya semakin besar mengikut bilangan bil yang dibayar oleh pengguna di agensi-agensi berkaitan. Satu tidak mampu lagi menanggung caj perkhidmatan ini," ujarnya.

Sehubungan itu juga katanya, Satu telah menamatkan khidmat beberapa agensi kutipan luar termasuklah bank komersial kerana mengenakan kadar caj perkhidmatan yang lebih tinggi, sekali gus akan membebankan pengguna.

"Satu meletakkan syarat jika bank-bank komersial berhasrat menjadi ejen kutipan bil Satu, mereka hendaklah mengekalkan kadar caj komisen sedia ada dan perlu membuat pengubahsuaian pada sistem kutipan mereka,'' katanya.

Namun demikian katanya, ada sebahagian bank telah memohon untuk menaikkan kadar caj komisen dan pihak Satu tidak bersetuju kerana akan membebankan pengguna.

"Keadaan itu menyebabkan sebahagian bank telah menggantung urusan penerimaan bayaran bil Satu.

"Namun bank seperti CIMB Bank, Bank Islam, AgroBank, Bank Rakyat dan RHB Bank masih menerima bayaran bil Satu sama ada di kaunter mereka atau melalui perbankan internet.

"Pihak Satu masih meneruskan rundingan dengan bank-bank lain untuk menambahkan kemudahan kepada pengguna dan akan memastikan caj komisen yang dikenakan oleh bank terlibat berada pada tahap minimum dan munasabah bagi menjaga kepentingan pengguna, selain memulakan kaunter kutipan bergerak," ujar beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat