{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


Ibu tiga anak dilarikan ke Indonesia berjaya dibawa pulang ABN <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 02:30 AM PDT

SEPANG – Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz, 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

"Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.

"Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya," katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

"Saya juga mohon pihak polis supaya menyiasat kes ini sebaik Nur Idayu sembuh supaya dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa tidak boleh larikan isteri orang dan ini tidak baik untuk institusi keluarga," katanya.

Nur Idayu dipercayai dilarikan oleh empat warga Indonesia, termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang sebelum itu diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan Pahang.

Sementara itu, Mohd Riduan berkata beliau telah berhenti kerja sebagai juruteknik syarikat carigali di Qatar untuk menjaga isteri dan anaknya.

"Saya hanya mahu pulang dan berjumpa dengan anak-anak di kampung dan mencari kerja di Malaysia selepas terpaksa berhenti kerja di Qatar baru-baru ini," katanya.

Nur Idayu pula hanya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya. – Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat