felda keratong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda keratong - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda keratong</b> - Google Blog Search Posted: 18 Sep 2013 11:26 AM PDT ROMPIN: Penduduk Felda Keratong yang ditemui semalam sangat teruja dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Rata-rata penduduk yang ditemui Harakahdaily meluahkan rasa gembira dengan berita pengumuman itu yang didakwa dinanti sudah lama. Ditanya apakah sebab mereka begitu gembira, mereka berkata 'kami sudah tidak sabar mahu mengundi untuk membuat perubahan". Abdul Aziz Musrani, 49, seorang pesara kerajaan menyeru agar penduduk felda memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya pembaharuan dapat dilakukan. "Sebagai penduduk di Keratong saya mengharapkan agar seluruh penduduk menyokong Pakatan Rakyat supaya kita dapat mengalahkan Barisan Nasional. "Saya akan bertemu dengan kawan-kawan untuk sama-sama mengambil peluang terbaik ini memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk pembaharuan yang lebih baik," kata beliau yang ditemui pada siri jelajah Treler Negara Berkebajikan di Bandar Tun Razak di sini. Tomirim Mohd Fadzil, 66, pula menjelaskan keluarganya kini mahu membuat perubahan untuk masa depan yang lebih baik khususnya soal bebanan hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung mereka sedangkan pemimpin negara terus mengaut hasil negara. Selain itu katanya, beliau melahirkan rasa kecewa berhubung bantuan pendidikan kepada anak-anaknya, sehingga beliau terpaksa berkerja keras menampung kos pengajian mereka. "Saya menyambut baik manifesto Pakatan Rakyat yang mahu memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat, inilah impian yang kami nantikan selama ini. "Rata-rata penduduk di sini tidak mendapat bantuan pendidikan, kami mahukan jaminan masa depan kepada anak kami sehinggakan terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi memastikan masa depan mereka lebih baik," katannya. Sementara itu, Mohd Khairul Azuad, 25, melahirkan rasa teruja untuk mengundi buat kali pertama dalam hidupnya pada PRU13 ini. Malah katanya lagi, generasi muda tidak perlu takut untuk membuat perubahan, memilih kerajaan yang lebih baik. "Generasi muda sekarang ini sudah boleh menilai sesebuah kerajaan, mana yang baik dan mana yang banyak melakukan penyelewengan. "Saya yakin peluang ini akan diambil oleh kesemua generasi muda dan ia bukan satu kesalahan kalau kita membuat perubahan," jelasnya. Dalam pada itu, seorang pengundi wanita yang sempat ditemui merasakan pengumuman pembubaran parlimen semalam merupakan satu rahmat untuk membuat pilihan menukar kerajaan. Norsiah Sekak, 57, berkata wanita felda wajib berubah dan perlu keluar dari takuk lama dan jangan biarkan BN terus memerah keringat rakyat untuk kepentingan pemimpin mereka sendiri. "Kami dari golongan wanita mahu kerajaan yang ada sekarang ini ditukar kerana tidak sanggup bersongkong dengan penyelewengan mereka. "Saya pasti jika Pakatan Rakyat memerintah ia akan menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik dari BN, tidak salah untuk kita mencuba dalam mencari kelainan jika itu terbaik untuk rakyat," jelasnya. Beliau yang berharap agar wanita-wanita felda tidak menonton berita di televisyen mulai hari ini hinggalah hari mengundi untuk mengelakkan mereka terus terpengaruh dengan berita sebelah pihak. |
You are subscribed to email updates from felda keratong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |