Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu
- 2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTM
- Muslimat DPP anjur majlis khatam al-Quran
Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu Posted: Larian Hari Malaysia Maksak di Kota Kinabalu
RIADAH. Lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam program Larian Hari Malaysia Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) 2013 sempena sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Program tersebut adalah anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dengan kerjasama Maksak. Lapan kategori dipertandingkan iaitu veteran wanita dan lelaki 41 tahun ke atas, pelajar wanita dan lelaki (menengah), pelajar perempuan dan lelaki (rendah) serta terbuka wanita dan lelaki. Acara larian yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang sihat dan bersemangat dalam menjalankan tugas seharian. | |
2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTM Posted: 2,553 mahasiswa baharu mendaftar di kampus UTMMOHD. ISMAIL (kanan) beramah mesra dengan sebahagian mahasiswa baharu yang mendaftar masuk bagi sesi 2013/2014 di UTM, Skudai, Johor Bahru baru-baru ini. DAFTAR. Seramai 2,553 pelajar Ijazah Sarjana Muda dari seluruh pelosok negara mula mendaftar secara rasmi di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada hari pendaftaran universiti itu baru-baru ini. Selain mendengar taklimat daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTM, Prof. Mohd. Ismail Abd. Aziz, semua pelajar diwajibkan mengikuti program Minggu Mesra Mahasiswa yang telah diaturkan. Mereka antara lain diberi pendedahan mengenai kemudahan dan servis kampus, sesi ramah mesra dengan pelajar senior termasuk pegawai serta kakitangan universiti. | |
Muslimat DPP anjur majlis khatam al-Quran Posted: Muslimat DPP anjur majlis khatam al-QuranMOHD. ASRAFF (berdiri tengah) bergambar bersama sebahagian daripada peserta pada majlis khatam al-Quran di Desa Pinggiran Putra Fasa 2, Kajang, Selangor baru-baru ini. SILATURAHIM. Seramai 25 orang muslimat dari kariah Desa Pinggiran Putra (DPP) menyertai majlis khatam al-Quran dan silaturahim di Surau Al-Mukhlisin, DPP Fasa 2, Kajang, Selangor baru-baru ini. Semua muslimat yang terlibat mula membaca al-Quran pada awal Syaaban dan berakhir pada Ramadan yang lalu. Pembimbing Muslimat, Fauziah Isnin berkata, program tadarus yang dipraktikkan sejak tiga tahun lalu itu merupakan sebahagian daripada aktiviti muslimat DPP. "Sambutan yang diterima sangat membanggakan kerana ia dapat mengisi masa lapang kaum muslimat dengan majlis-majlis ilmu selain mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan betul," katanya baru-baru ini. Sempena majlis itu, satu ceramah agama bertajuk Tip Meraih Reda Allah Melalui al-Quran yang disampaikan oleh pembimbing al-Quran, Mohd. Asraff Ayob Al-Hafiz turut diadakan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |