{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Lelaki itu hanya seorang teman - Hanez Suraya

Posted: 16 Sep 2013 12:37 AM PDT

Oleh MOHD KHAIRUL MOHD ALI

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Pelakon Hanez Suraya menafikan dirinya kini sudah kembali bercinta ekoran tersebar sebuah gambar aksi mesranya dengan seorang lelaki berlatar belakangkan sebuah pantai yang dipercayai di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.

"Saya masih solo tanpa teman istimewa. Lelaki dalam gambar tersebut hanyalah seorang kawan yang turut berada di sana sewaktu saya sedang bekerja," katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Hanez memberitahu, dia terpaksa berdepan dengan isu gambar mesra itu dengan pihak media dan tidak berniat untuk melarikan diri daripada bercakap mengenainya.

"Dia hanya teman biasa. Saya tidak risau untuk berdepan dengan pihak media dan sedia menjelaskan mengenai gambar-gambar tersebut," kata Hanez lagi.

Beberapa hari lalu beberapa keping gambar berpelukan Hanez dengan seorang lelaki yang tidak dikenali telah dimuat naik di Internet. Ini menimbulkan spekulasi pelbagai pihak yang mendakwa pelakon wanita berusia 28 tahun ini kembali dilamun cinta. - UTUSAN ONLINE

Bukan cinta status

Posted: 15 Sep 2013 07:20 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar ZAKARIA IDRIS

SELURUH keluarga kedua-dua belah pihak telah memberi restu kepada perkahwinan Black dan Cira.

BUKAN mudah sebenarnya seseorang individu bergelar artis menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang. Apatah lagi kerana kehidupan peribadi mereka turut menjadi tatapan peminat.

Disebabkan itu juga, Hanifah Md. Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black telah menetapkan dalam hatinya mahu mencari seorang wanita selayaknya untuk menjadi isteri dan yang tidak mengenali dirinya sebagai seorang artis.

Niatnya yang menjurus ke arah kebaikan itu menjadi kenyataan pada 18 Oktober 2012 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Black bertemu dengan seorang wanita bernama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28.

Jelas Black, walaupun pada waktu itu dia belum popular, namun tidak kira dimana dia pergi, orang sudah mengenalinya.

Jadi dia sedikit terkejut kerana Naquia Yasirah atau lebih mesra dengan panggilan Cira tidak mengenalinya langsung.

"Waktu itu kira-kira pukul 6 petang, apabila bertemu, kami bersalaman. Melihat kepada caranya bersalam, saya yakin dia tidak mengenali siapa saya pada waktu itu.

"Perkara tersebut ternyata sedikit memeranjatkan saya. Disebabkan itu juga, saya semakin tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat," katanya mengenang detik pertemuan pertama mereka.

Tepat pada pukul 12.06 tengah hari 13 September lalu, Black selamat bergelar suami kepada Cira dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan petugas media.

Mas kahwin yang diberi berjumlah RM80, manakala wang hantaran sebanyak RM12,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang terdiri daripada telekung, sebentuk cincin, kasut, sepersalinan pakaian, gajet dan set barangan kosmetik.

Pengantin perempuan yang dinikahkan oleh bapanya sendiri, Mohd. Khairi Abu Hassan, 55, membalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya barangan seperti al-Quran, jam tangan dan kasut.

Tambah Black, dia amat bersyukur kerana perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini berjalan dengan lancar selain hubungan yang mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak.

"Pastinya, perasaan yang saya rasakan ini adalah kesyukuran dan kegembiraan kerana perkenalan kami berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan," jelasnya yang merancang untuk menunaikan ibadah Umrah bersama isteri awal tahun hadapan.

Sorok kisah tunang

Mengimbas kembali tindakannya yang seolah-olah merahsiakan pertunangan dahulu, apatah lagi pertunangan mereka pada 26 Januari 2013 turut diadakan secara tertutup, Black mengakui, dia berbuat demikian kerana takut hubungan mereka tidak berjalan seperti dirancang.

Meskipun sudah bertunang, Black masih ragu-ragu apakah perhubungan akan berjalan lancar bagai diimpikan. Sebab itu mereka mengambil keputusan merahsiakan pada awalnya.

"Bukan niat saya mahu merahsiakan perkara sebenar. Tetapi saya bimbang sekiranya perhubungan kami tidak berakhir dengan perkahwinan pada waktu itu.

"Pasti saya sendiri yang akan menanggung malu tetapi syukurlah kini segalanya telah selesai dan kami sah bergelar suami isteri," jelasnya penyanyi Teman Pengganti itu.

Menurut Black, dia juga terpaksa berbuat demikian atas menghormati permintaan kedua-dua buah keluarga sebelum tiba tarikh pernikahan.

Perkara lazim bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pasti akan ada persoalan berapa ramai cahaya mata yang diidamkan dan soalan tersebut turut diajukan kepada Black dan Cira pada hari pernikahan mereka.

Menurut Black, dia dan Cira berasal daripada keluarga yang tidak mempunyai ramai adik-beradik. Kedua-dua mereka mempunyai tiga orang adik-beradik sahaja.

"Persoalan anak adalah urusan Allah. Tetapi jika ditanya kepada saya, pastinya saya mahukan sebuah keluarga yang besar iaitu dengan anak-anak yang ramai.

"Ini kerana saya dan Cira hanya mempunyai tiga orang adik beradik. Pastinya sebuah keluarga yang besar akan terasa lebih meriah khususnya apabila kami sudah semakin berusia nanti," katanya sambil ketawa kecil.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat