Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- SMK Langkon guna sistem solar jana elektrik
- PUITNPP rai ibu tunggal
- Penduduk Taman Sri Iman anjur program rumah terbuka
SMK Langkon guna sistem solar jana elektrik Posted: SMK Langkon guna sistem solar jana elektrikONGKILI (barisan dua, empat dari kanan) bersama pelajar dan guru SMK Langkon bergambar kenangan selepas majlis pelancaran projek sistem solar sekolah berkenaan di Kota Marudu, Sabah baru-baru ini. PRIHATIN. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, Kota Marudu, Sabah menerima sistem solar photovoltaic 9.kW (PV) yang akan menjana tenaga elektrik, di samping penjimatan bil elektrik. Pemasangan sistem itu dilaksanakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga dan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB). Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, projek tersebut akan menjadi perintis kerana ia adalah kali pertama digunakan di Sabah. "Projek ini dapat mempromosi dan menyebarkan kesedaran kepada pelajar dan masyarakat mengenai kepentingan tenaga boleh diperbaharui," katanya pada majlis pelancaran projek sistem solar sekolah berkenaan baru-baru ini. |
Posted: PUITNPP rai ibu tunggalWAKIL Reezal Merican, Hamzah Sidek (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. RAI. Seramai 50 ibu tunggal yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah mendapat perhatian Persatuan Usahawan Ibu Tunggal Negeri Pulau Pinang (PUITNPP) sempena Jamuan Hari Raya dan Program Sentuhan Kasih yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Program kali pertama anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Utara dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas itu dihadiri lebih 300 jemputan. Kesemua mereka menerima bantuan kewangan dan bahan keperluan harian yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. |
Penduduk Taman Sri Iman anjur program rumah terbuka Posted: Penduduk Taman Sri Iman anjur program rumah terbukaMOHD. SYAHBUDDIN (empat dari kanan di barisan depan) bergambar kenangan bersama penduduk pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Sri Iman Kota Bharu, baru-baru ini. MERIAH. Lebih 500 penduduk pelbagai kaum di Taman Sri Iman, Panji, Kota Bharu berkumpul bagi meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai di taman itu baru-baru ini. Timbalan Pengerusi Taman Sri Iman, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, majlis itu merupakan acara tahunan persatuan penduduk berkenaan bagi mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain. "Majlis ini turut dianjurkan bagai meraikan kemenangan Taman Sri Iman yang muncul johan Pertandingan Kebersihan 2012 kategori Taman Perumahan anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) baru -baru ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |